Isu Semasa
Hiburan
Global
Pelancongan
Performance
‹
›
Pelbagai
Misteri Sejarah
Informasi
Bayangkan jika kamu harus makan lalat di meja makan kamu, pastinya bagi anda yang tidak suka dengan lalat pasti akan jijik dan tidak mungkin untuk memakan lalat.
Namun tahukah anda jika di masa depan nanti manusia pasti akan makan lalat. PBB bahkan meramalkan di masa depan manusia akan memakan serangga seperti ini kerana petambahan jumlah penduduk yang meningkat sementara jumlah makanan berkurangan.
Diberbagai belahan bumi di dunia ini ada beberapa masyarakat yang memakan serangga. Serangga merupakan makanan yang kaya dengan protein akan menjadi makanan yang menjadi penganti makanan asasi di dunia.
Seorang perancang industri bernama Katherine mencipta sebuah alat ladang lalat yang bernama Farm 432. Dengan alat ini anda boleh mengembangkan biakkan larva lalat sebagai bahan makanan yang berprotein tinggi.
Pasti kamu akan geli memakan lalat kerana ia mengandungi kuman. Lalat yang dihasikan dari alat ini tidak mengandungi kuman sehingga selamat untuk dimakan manusia.
Selain protein tinggi, lalat juga mengandungi kalsium dan asid amino, dua elemen yang akan membantu pembaikan rangkaian dan otot di tubuh, seperti dinukil PCAuthority.
Kita tunggu saja apa benar suatu masa di masa depan manusia akan makan lalat.

[Wow] - Macam macam

Kereta yang digunakan suspek diperiksa anggota polis.
KULIM - Seorang pengawal keselamatan menangis meminta polis membebaskannya kerana takut dimarahi isterinya selepas ditahan akibat mengambil dadah dan menyamar sebagai anggota polis dalam kejadian jam 1.30 pagi.
Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Ghuzlan Saleh berkata, ketika kejadian, anggota polis sedang membuat rondaan cegah jenayah di sekitar jalan Sungai Ular menghala ke Taman Seri Mahkota.
Menurutnya, tiba-tiba sebuah kereta jenis Proton Persona yang dipandu suspek berusia 20 tahun itu dilihat memotong kenderaan awam dipandu polis.
"Apabila tiba di kawasan perindustrian Sungai Ular, tiga kenderaan polis berhenti di tepi jalan. Bagaimanapun, polis curiga kerana kenderaan dipandu suspek turut berhenti dan memasang lampu kecemasan.
“Apabila kenderaan polis mula bergerak, suspek dilihat memecut laju ke arah kilang lama. Curiga dengan keadaan suspek, polis memburunya. Dalam usaha melarikan diri, suspek gagal berhenti di enam lampu isyarat," katanya kepada Sinar Harian.
Ghuzlan berkata, apabila tiba di simpang tiga jalan Kilang Lama, polis memintas kereta suspek yang cuba mengundurkan keretanya bagaimanapun dihalang oleh van polis yang ada di belakangnya.
Katanya, dari pemeriksaan dijalankan, polis menemui plastik lut sinar dipercayai bekas menyimpan dadah. Selain itu, beberapa peralatan untuk menghisap dadah turut ditemui di dalam beg di bahagian belakang kereta suspek.
"Suspek menyatakan semua peralatan serta bungkusan dadah yang sudah dihisap itu dimiliki abangnya. Suspek kemudiannya dibawa ke Bahagian Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kulim untuk menjalani ujian saringan air kencing dan polis mendapati suspek positif dadah dan akan ditahan mengikut Seksyen 15 (1)(a) Akta Dadah Merbahaya kerana memasukkan dadah dalam badan.
"Ketika kenyataan diambil, suspek menangis dan meminta polis membebaskannya kerana takut dimarahi isteri yang baru dinikahinya tujuh bulan lalu. Menurut suspek, isterinya memberi amaran supaya jangan menghisap dadah," katanya.
Sinar Harian

[Wow] - Berita Tempatan
![]() |
| Foto: AFP |
SINGAPURA - Pernyataan seorang pastor Singapura, Kong Hee telah menuai kontroversi. Bagaimana tidak, Kong Hee dalam khutbahnya Selasa (30/7/2013) menyebut bahawa Tuhan telah meminta maaf kepadanya.
Dalam khutbah yang dimuat naik ke laman YouTube itu terdengar di hadapan orang ramai, Kong menceritakan soal permintaan maaf Tuhan itu.
"Saya mendengar Tuhan menangis, Dia berkata, 'Anakku, Kong, terima kasih. Saya ingin kamu melewati masa-masa sulit ini sendirian dengan sekuat mungkin, Saya (Tuhan) meminta maaf, tapi sekali lagi kamu harus berjuang sendiri, supaya misi mengubah generasi ini dapat diwujud ', "kata Kong disambut tepuk tangan riuh pengikutnya.
Kong kemudian menambah, "Untuk pertama kali dalam lapan bulan, saya mendengar Tuhan berkata, 'Kong, Saya mencintai kamu, saya menyayangi kamu'."
Kong menegaskan, dia percaya krisis yang sedang dialaminya akan berakhir dengan bahagia.
Ketika ini, Kong sedang terlilit kes dugaan korupsi. Pimpinan Gereja City Harvest ini dituduh rasuah bernilai 23 juta dollar Singapura.
Dana yang diselewengkan itu diduga dipakai untuk membiayai karier muzik Sun Ho, isteri Kong, yang kini berada di Hollywood, Amerika Syarikat.
Video khutbah Kong itu menuai kritikan pedas dari masyarakat Singapura.
"Sungguh lancang dia membandingkan dirinya dengan Tuhan, mendengar Tuhan meminta maaf kepadanya atas kes korupsinya sangat menggelikan," ujar seorang mahasiswa yang menolak disebutkan namanya.
Seorang umat Kristian lain menyebut doktrin yang diajarkan Kong jelas-jelas salah.
Namun, jemaah Gereja City Harvest cuba membela pastornya itu.
"Masyarakat telah salah mentafsir maksud Pendeta Kong, pada dasarnya Tuhan ingin menunjukkan simpati kepada beliau," tegas seorang jemaah.
[Wow] - Berita Dunia
![]() |
| Foto: Google |
Majalah itu menjelaskan, air tebu mengandungi fruktos dan glukos yang tidak memerlukan tindak balas insulin untuk metabolisme jika dibandingkan dengan gula yang berasaskan sukros.
"Sebabnya, tubuh manusia menjalankan proses metabolisme berasaskan gula tumbuhan ini dalam hati dan bukan dalam usus kecil. Fruktos dan glukos daripada jus tebu akan diserap lebih perlahan berbandingkan sukros dan tidak menyebabkan perubahan mendadak dalam paras gula darah," menurut majalah itu.
Pakar kesihatan percaya, walaupun jus tebu tidak mengandungi kumpulan vitamin seperti A, C atau E, ia masih mengandungi antioksidan daripada bahan flavonoid dan fenol.
Flavonoid adalah penentang virus, alergi, keradangan, tumor serta membawa kesan antioksidan dalam tubuh manusia.
Jus tebu diperoleh dengan memerah batang tebu yang telah dikupas kulitnya menggunakan mesin pemerah yang diputar dengan tangan atau mesin. Jus itu lebih enak jika diminum sejuk.
Ia sememangnya popular dalam kalangan masyarakat Malaysia kerana jus itu mudah didapati di banyak lokasi.
Di Malaysia, air tebu boleh didapati di seluruh negara terutama di gerai tepi jalan dan di medan selera. Ia juga dibotolkan bagi pasaran tempatan dan antarabangsa.
Jus tebu juga mempunyai kalori tinggi untuk membekalkan tenaga kerana kandungan gulanya.
[Wow] - Informasi
Tak banyak maklumat yang boleh kita cari dari Area 51 sebab lokasi ini sangat dirahsiakan oleh kerajaan Amerika Syarikat, tidak banyak data yang boleh di cari untuk apa sebenarnya Area 51 ini dibuat.
Namun ramai orang yang percaya Area 51 ini dibuat untuk menguji teknologi pesawat pejuang terbaru milik Amerika Syarikat, namun ramai juga orang yang percaya Area 51 digunakan untuk mengkaji UFO dan Alien, bahkan khabarnya ada hangar besar yang digunakan untuk menyimpan pesawat pesawat UFO, namun kebenaran ini sampai saat ini masih menjadi sangat rahsia dan misteri.
Pada 21 Julai 2013, foto yang diambil Google Earth di Area 51 mendapati bahawa ada bangunan berbentuk piramid dengan dua objek yang diduga pesawat UFO terbang di sekitarnya. Foto tersebut diambil pada koordinat 37 5'45 .66 "N 116 5'35 .77 di Area 51.
"Piramid ini dijumpai di kawasan 51. Berhampiran Piramid ada dua pesawat yang melayang. Kerana struktur bentuk piramid (yang dibuat), itu memberitahu kita bahawa (mungkin) para saintis dan tentera tidak ingin bertemu makhluk angkasa luar tanpa tata wilayah yang sesuai, "kata Scott C. Waring, seorang pemerhati UFO, seperti dinukil BeforeItsNews.
Apakah benar Area 51 memang digunakan untuk kajian Alien dan tempat menyimpan pesawat pesawat UFO?.

[Wow] - Biar Betul
Pelanggan yang dicekup berbogel kelam kabut mengenakan pakaian semula.
SUBANG JAYA – Tidak padan dengan usia mereka yang sudah layak bergelar datuk, tiga lelaki lingkungan umur 50 hingga 60 tahun leka mendapatkan khidmat urutan batin di sebuah rumah urut di SS15, dekat sini.
Aktiviti tidak bermoral terbabit bagaimanapun terbantut apabila Jabatan Penguatkuasaan Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) menyerbu premis itu, malam kelmarin.
Ketika diserbu, pengunjung tua berkenaan sedang leka diurut dalam keadaan berbogel oleh tukang urut warga China berusia lingkungan 30-an.
Pengarah Jabatan Penguatkuasaan MPSJ, Mejar (B) Mohd Rasip Rasul berkata, bertindak atas aduan pihaknya kemudian melakukan pemantauan dan pemeriksaan ke rumah urut berkenaan.
Menurutnya, premis didapati mempunyai lesen sah daripada pihak majlis bagi menjalankan perniagaan bekam namun pengusaha melanggar syarat-syarat ditetapkan.
Katanya, pengusaha premis menawarkan khidmat seks dan urutan batin kepada pelanggan.
“Sebaik diserbu, anggota mendapati beberapa pelanggan sedang berbogel dan kesemua mereka berlari untuk memakai pakaian semula,” katanya.
Beliau berkata, majlis merampas peralatan urut dan menutup premis di bawah UUK 13(k) Undang-undang Kecil Pusat Kecantikan dan Penjagaan Kesihatan MPSJ 2007 kerana melanggar syarat-syarat sekatan lesen dikeluarkan MPSJ.
Sementara itu, ketika serbuan dilakukan, seorang pelanggan pusat urut berkenaan didapati cuba menimbulkan kekecohan dengan bertindak memarahi pegawai MPSJ yang mengambil tindakan.
Kekecohan itu kemudian beransur reda apabila anggota penguat kuasa dan penjaga premis cuba menenangkan pelanggan berkenaan. Operasi berkenaan diketuai Penolong Pegawai Penguat Kuasa MPSJ, R Ravinthran bersama 16 anggota.
Sinar Harian
[Wow] - Berita Tempatan
..jpg)
Pramugari Wang Lin adalah seorang peminat fotografi dan sering merakamkan kehidupan beliau dan rakan-rakanya ketika di udara dan juga di darat. Baru-baru ini, Wang telah menyaman majikannya, Okay Airline dan meminta bayaran pampasan setelah beliau digantung tugas selama sembilan bulan kerana didakwa foto-foto tidak senonoh rakannya telah tersebar di internet dan telah menjejaskan imej syarikat penerbangan tersebut.
Wang Lin, lahir pada 1973 di Tianjin telah menjadi pramugari untuk Hainan Airline (ingatkan nasi ayam aja ada Hainan, syarikat penerbangan pun ada…) pada tahun 1992, tetapi berhenti pada tahun 2003 untuk menyambung pelajaran dalam bidang fotografi di Beijing Academy of Fine Arts. Dalam tempoh 2005 hingga 2010, beliau telah bertugas semula sebagai pramugari di Okay Airline dan di sinilah bermulanya beliau mula merakamkan semua gambar-gambar rakan sekerjanya dengan persetujuan mereka.
Rakaman gambar tersebut memaparkan saat-saat mereka tidak bertugas dan bersantai. Mereka kelihatan sedang berehat-rehat ketika penerbangan dan di dalam bilik selepas penerbangan, bersolek, bercakap dengan keluarga melalui telefon, kekasih dan juga beberapa aksi yang agak seksi.
Wang telah mempamerkan hasil fotografinya ini di dalam sebuah festival dan pernah memenangi hadiah.
Namun begitu, hasil-hasil rakamannya itu telah mencetuskan kontroversi apabila seorang pengguna laman web yang tidak dikenali telah memuatnaik foto-foto berkenaaan sebagai aksi skoden dan sebarkannya dilaman-laman web.
Akhirnya, Wang telah dituduh menceroboh dan menyebarkan privasi orang lain kepada umum. Untuk pengetahuan semua, di China, pramugari merupakan satu fantasi yang hebat untuk lelaki-lelaki miang!

Foto Bah

Seorang penuntut wanita universiti di Lembah Klang berusia 22 tahun yang dipercayai selesai membersihkan diri selepas ‘bersama’ teman lelakinya, terkejut apabila mendapati penguat kuasa agama berkopiah memenuhi ruang bilik rumah tumpangan disewa bersama kekasih yang juga penuntut universiti di Kota Kinabalu, kelmarin.
Gadis tempatan yang juga penuntut IPTA di Kuala Lumpur itu dikatakan menjalani latihan amali di Wisma Majlis Ugama Islam Sabah dan mengambil kesempatan berasmara dengan kekasihnya, jam 11.30 malam.
Bagaimanapun, perbuatan pasangan kekasih itu dihidu penguat kuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) yang menyerbu bilik berkenaan sebelum mendapati teman lelakinya yang berusia 21 tahun terbaring keletihan di atas katil.
Pemeriksaan di bilik berkenaan mendapati pakaian dalam gadis berkenaan bertaburan di atas lantai, malah ketika disoal siasat, mereka mengaku hanya pasangan kekasih dan mengambil kesempatan memadu kasih di rumah tumpangan itu. Penolong Ketua Penguat kuasa Agama JHEAINS, Khamis Jamil berkata, ketika serbuan beberapa penguat kuasa mengetuk pintu bilik pasangan terbabit beberapa kali sebelum dibuka seseorang. - See more at:
[Wow] - Berita Tempatan
Ibu rayu Fizz Fairuz dan Almy kembali bercinta - Sejak putus tunang dengan isteri orang, Azlyn Massiela pada 10 Februari lalu, Fizz Fairuz atau nama sebenarnya Mohd Fairuz Zainal Abidin, 34, kini lebih berhati-hati dalam menjalinkan sebarang hubungan cinta dengan kaum hawa.
Terbaru, pelakon drama Nur Kasih ini dikatakan telah diminta oleh ibunya untuk kembali ke pangkuan Almy dan meletakkan syarat kepadanya agar berkahwin dua tahun lagi serta bertunang dua jam sebelum ijabkabul.
"Mak saya, sejak dia tak berapa sihat ni dia asyik selalu tanya, bila nak kahwin? Sebagai anak, saya iyakan saja dan saya kata pada dia, InsyaAllah kalau ada jodoh. Lepas tu dia mula lah buka topik nak kenalkan saya dengan beberapa gadis. Ada yang bekerja sebagai doktor. Dia juga ada sebut-sebut nama Almy. Dia ada suruh saya balik (bercinta) semula pada Almy."

Ketika ditanya mengenai hubungannya dengan Almy Nadia setakat ini, Fizz memberitahu dia masih berhubung dengan Almy tetapi sebagai kawan biasa.
"Sekarang ni saya memang ada berhubung dengan dia (Almy). Bezanya dulu, kami sangat rapat. Sekarang ni kami dah jarang-hanya kawan biasa. Saya pun tak mengharap sangat. Tapi jodoh semua tu di tangan Allah, kita tak tahu lagi. Kami profesional dan boleh bekerjasama. Saya baru habis penggambaran dengan dia drama Seiring Sejalan Raya untuk RTM sebanyak 13 episod."

[Wow] - Gosip Hiburan
"Sebenarnya saya memang kekok kalau hendak berlakon dengan wanita, lebih-lebih lagi watak suami isteri ni. Bukan dengan isteri orang saja, dengan pelakon yang bujang pun saya dah rasa kekok.
"Tapi bila sudah bercakap dan kami mula brainstorming, saya dapati Lisa seorang yang senang untuk dibawa berbincang dan dia panda buat saya masuk dalam watak itu sehingga saya benar-benar jatuh cinta kepada watak Lisa iaitu Linda.
"Lagipun, kami dah kenal lama dan Lisa orangnya sangat terbuka sehingga kami senang untuk memberi atau membwa watak itu bila berbincang," katanya selepas sidang media Cicakman 3, baru-baru ini.
Selain Lisa dan Zizan, Cicakman 3 yang menggabungkan usahasama tiga studio penerbitan filem gergasi tanahair iaitu KRU Studios, Grand Brialiance dan Astro Shaw Sdn Bhd itu turut dibintangi oleh Fizz Fairuz sebagai pelakon utama.
Apabila ditanya, bagaimanakah watak suami yang cuba ditonjolkan di dalam Cicakman 3 itu, Zizan berkata dia cuba elak daripada bersentuhan dengan Lisa sebaliknya menggunakan cara lain untuk menunjukan kasih saying suami isteri.
"Pada saya jika membawakan watak suami isteri ini, saya boleh gunakan cara atau kaedah lain daripada yang biasa barat lakukan seperti berpelukan dan bersentuhan.
"Demi menghormati adat melayu kita saya akan lebih banyak gunakan ayat dan cara percakapan serta gesture badan untuk menujukan kasih saying sebagai seorng suami," ceritanya lagi.
Cicakman 3 yang bakal menjalani penggambaran bermula 15 ogos ini dijangka ditayangkan di seluruh pawagam di seluruh Malaysia pada 29 Mei 2014.
Secara ringkas, Cicakman mengisahkan mengenai Man yang merupakan peminat tegar Cicakman yang kecewa kerana terpaksa berpisah dengan isterinya Linda dan anaknya Boboy. Dia kemudian cuba membuktikan yang dia mampu berubah.
Keadaan semakin tertekan apabila Adam, beask rakan sekolahnya cuba memeangi hati Linda. Kehidupan Man berubah apabila dia menemui sebuah kotak rahsia peninggalan Cicakman dan Malan belajar menjadi Cicakman yang baru. Bagaimanakah kehidupan baru Man selepas itu? Nantikan kemuncualn Cicakman 3 pada 29 Mei tahun hadapan.
[Wow] - Hiburan
Trend popular sekarang bagi kereta-kereta berkuasa tinggi juga mewah ialah memaparkan keratan rentas kereta tersebut untuk menunjukkan keindahan dalaman engin. Dengan membuka atau memotong bahagian luar kereta, pengunjung boleh melihat secara dekat agar berasa kagum dengan tahap kejuruteraan yang ada hari ini dalam bidang permotoran.
Beberapa gambar berikut menunjukkan keratan rentas terbelah dua, malah ada juga yang dibelah dengan pelbagai cara dan bentuk. .jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
[Wow] - Motokar
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
[Wow] - Motokar
Subscribe to:
Posts (Atom)

.jpg)
Recent Comments