Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi


Belum pun memasuki pawagam, pembikinan Ustaz, Mung Tunggu Aku Datang arahan terbaru dari Pierre Andre mencetuskan sedikit kontroversi. Semuanya gara-gara pengumuman nama Ustaz Azhar Idrus sebagai salah seorang pelakon filem terbabit.

Bagaimanapun, yang menimbulkan isu apabila Azhar mendedahkan dia tidak memberi kata putus lagi untuk berlakon dalam filem berkenaan. 

Menjelaskan situasi yang berlaku, Pierre atau nama sebenarnya, Mohd Pierre Andre Nazrul Andre berkata, dia dan pihak MIG Production (MIG) sememangnya sudah melamar Azhar untuk menjayakan watak ustaz dalam filem ini.

Bagaimanapun, sehingga kini, belum ada sebarang kata putus dari Azhar, biarpun dia kelihatan berminat untuk turut serta dalam filem ini.

“Saya bukannya mencipta kontroversi murahan, menjual nama Ustaz Azhar Idrus. Sebaliknya saya memang sudah menyampaikan hasrat kepada beliau dan dalam perbincangan tersebut, beliau nampak senang dengan jalan cerita tersebut.

“Justeru, saya berharap ALLAH SWT permudahkan urusan saya kerana filem ini adalah filem dakwah dan ustaz juga dapat turut serta dalam filem ini.

“Bagaimanapun, jika ustaz tidak dapat menerima, kita akan ke plan B dan saya akan berbincang dengan Mejar David Teo terlebih dahulu mengenai perkara ini,” katanya kepada Zass.

Pierre berkata, penggambaran filem ini sudah berjalan dan ia hanya melibatkan Shiro selaku teraju utama.

“Saya rasa tidak ada masalah untuk menjalani penggambaran biarpun ustaz masih belum memberi kata putus, kerana pelakon utamnya adalah Shiro. Jadi kita selesaikan dahulu babak yang melibatkan Shiro,” katanya yang kini sedang sibuk mempromosikan filem terbarunya, Cerita Kita.[metro]
media kanada


Walaupun Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengambil tindakan saman ke atas TV3 dan Utusan Malaysia agar tidak mensabitkan nama beliau dalam isu pencerobohan pengganas di Sabah, namun itu tidak dapat menghalang media seluruh dunia melaporkan apa yang mereka rasa benar.


Masih ingatkah kejadian Jaya Simunul, Kampung Seri Semporna?

Mungkin kita boleh imbas kembali apa yang berlaku.
Seorang pegawai dan lima anggota polis telah terkorban selepas mereka diserang hendap oleh sekumpulan lelaki bersenjata yang dipercayai mempunyai kaitan dengan pengganas Sultan Sulu ketika itu.



Nama Betty Rahmad mungkin agak jarang kedengaran. Ini kerana dia bukanlah seorang pelakon mahupun penyanyi sepenuh masa.
 
Namun, namanya tidak asing lagi dikalangan selebriti tempatan berikutan dia merupakan adik kepada pengarah terkenal, Erma Fatima dan juga aktres Umie Aida.

LAHAD DATU: Pengganas Sulu yang melarikan diri dari Kampung Tanduo ke Kampung Tanjung Batu di FELDA Sahabat 18 dikesan cuba memasuki semula. 
Tiga beradik ditahan selepas pihak berkuasa menemui rangka ibu mereka di rumah didiami pasangan terbabit, semalam.
Menurut pihak berkuasa, pasangan adik-beradik itu mendakwa tidak melakukan sebarang kesalahan atas kematian ibu mereka.

Hangzhou (China): Gara-gara mahu sampai cepat ke rumahnya, seorang lelaki tersepit di antara dua dinding ketika pulang dari bar di Xinqiao di bandar Wenzhou, Zhejiang.
Menurut media tempatan, Jian Tsui tersepit di situ begitu rapat sehingga dia sukar bernafas atau menjerit untuk meminta tolong.

“Saya sudah tidak tahan. Baru setahun mengenali pengarah itu, dia sudah menunjukkan belangnya kerana lebih 50 kali mengajak saya melakukan hubungan seks.
“Kerana menolaknya, saya bukan saja dipukul dan ditampar malah diugut disebarkan fitnah kononnya menjalin hubungan dengan ramai artis lain,” kata pelakon baru, Carmen Chew Richy, 22.

PETALING JAYA – Isteri kepada penyanyi Awie iaitu Ruzana Misbun memberi keizinan kepada suaminya untuk bekerjasama dengan bekas kekasihnya, Erra Fazira, menerusi rakaman program bual bicara Tunggu Sekejap di TV3.
Awie atau nama sebenarnya Ahmad Azhar Othman, 45, berkata, selepas mendapat tahu pihak produksi program yang dikendalikannya itu menjemput Erra sebagai tetamu undangan, dia terus memberitahu perkara tersebut kepada isterinya agar tidak berlaku salah faham.
“Sebenarnya isteri saya tidak mempunyai masalah tentang gandingan ini. Apa yang telah berlaku dahulu sudah menjadi sejarah dan sekarang kami mempunyai kehidupan keluarga masing-masing.
“Dia (isteri) juga sangat sporting. Malah dia merupakan peminat Erra dalam program bual bicara Primadona (Astro),” katanya yang dihubungi mStar Online petang Jumaat.
Awie yang merupakan hos Tunggu Sekejap dan Erra telah digandingkan bagi menjayakan rakaman rancangan itu musim kedua yang berlangsung di studio ntv7, Glenmarie Shah Alam, Khamis lalu.
Penyanyi itu menemu bual Erra selama sejam dan ini merupakan kerjasama pertama mereka selepas berlakon bersama menerusi filem Cuci pada tahun 2008.
Sebelum ini, Awie dan Erra pernah bertunang pada tahun 1997 selepas bercinta selama empat tahun, namun perhubungan itu putus pada tahun 1998.
Tambah Awie, dia sebenarnya tidak senang apabila isu gandingan mereka diperbesarkan kerana kerjasama itu lebih bersifat profesional.
“Perlu diingat apabila bekerja di bawah satu industri yang sama, pergilah ke mana sekalipun kita pasti akan berjumpa.
“Sebenarnya saya tak suka komen tentang hal ini, kami tidak ada masalah apa-apa pun. Cumanya… masalah akan timbul jika ada orang yang tidak senang dengan kami,” ujarnya.
Dalam pada itu, Awie berkata, dia turut merancang untuk mengambil Erra sebagai pelakon utama dalam filem yang bakal diterbitkan di bawah syarikat miliknya iaitu Awie Entertainment tidak lama lagi.
Selain itu Awie juga merancang untuk menganjurkan sebuah konsert trio yang menggandingkan dia, Erra dan Ziana Zain, bagi mengingati filem Sembilu lakonan mereka yang pernah menjadi fenomena sebelum ini.
“Jika masa mengizinkan, konsert ini bakal berlangsung pada tahun ini, tetapi semuanya masih lagi dalam perancangan.
“Saya percaya konsert ini pasti memberi kenangan pada zaman filem Sembilu yang pernah menjadi fenomena pada tahun 1994,” katanya yang baharu menamatkan penggambaran filem Zombie Kilang Biskut. – mStar Online

MANILA – Agbimuddin Kiram, yang dikenali sebagai Raja Muda Sulu, dilaporkan masih berada di Lahad Datu tetapi beliau bersama pengikutnya dipercayai berhadapan dengan masalah kekurangan bekalan makanan kerana sentiasa melarikan diri bagi mengelak daripada bertembung dengan pasukan keselamatan Malaysia.
Jurucakap Jamalul Kiram III, Abraham Idjirani berkata, pengikut Agbimuddin berkumpul semula selepas diserang pada 1 Mac lalu.

China – Sanggupkah anda meletakkan api di muka semata-mata untuk kelihatan muda.
Jawapannya ya, ada pihak yang sanggup melakukannya.
Ada wanita di China yang sanggup berbuat demikian di salon yang menawarkan rawatan muka berapi dikenali sebagai Huo Liao.


KUALA KURAU – Seorang pekerja kilang nyaris maut apabila kereta dipandunya terhumban ke dalam parit akibat cuba mengelak objek misteri seperti pocong yang merintangi jalan di Kampung Sungai Baru, di sini, semalam.
Mangsa yang hanya dikenali Janariah, 38, berkata, dalam kejadian lebih kurang jam 6.15 pagi itu, dia yang memandu kereta jenis Perodua Kancil dalam perjalanan ke tempat kerja.