Isu Semasa
Hiburan
Global
Pelancongan
Performance
‹
›
Pelbagai
Misteri Sejarah
Informasi
Moscow: Lebih 20 kampung di pedalaman dan wilayah gersang di Russia didiami lelaki saja.
Menurut bancian rasmi Russia, 23 kampung kecil di wilayah Krasnoyarsk langsung tidak mempunyai wanita.
[Wow] - Berita Dunia
Los Angeles: Penyanyi, Janet Jackson semalam mengaku sudah berkahwin dengan ahli perniagaan Qatar tahun lalu, sekali gus menafikan khabar angin kononnya perkahwinan itu akan berlangsung tahun ini.
Janet, 46, adik mendiang Michael Jackson, bertunang dengan bilionair Wissam Al Mana, 37, tahun lalu tetapi merahsiakan perkahwinannya.“Khabar angin majlis perkahwinan besar-besaran tidak benar sama sekali. Kami berkahwin dalam majlis ringkas dan tertutup tahun lalu,” kata Janet dan Wissam, dalam kenyataan kepada Entertainment Tonight. “Perkahwinan kami merupakan satu sumbangan kepada tabung kebajikan kanak-kanak kegemaran kami,” sambung kenyataan itu.
Janet memang terkenal kerana merahsiakan kehidupan peribadinya daripada media. Dia jarang bercakap mengenai bekas suaminya.
Dia berkahwin dengan penyanyi soul, James DeBarge pada 1984 dan bercerai setahun kemudian. Perkahwinannya pada 1991 dengan pengarah video muzik, Rene Elizondo juga berakhir dengan perceraian pada 2000. - Reuters
[Wow] - Selebriti
Lain kali, apabila anda mahu keluar dari bilik hotel, sesuatu yang perlu anda ingat ialah: Jangan sesekali melakukannya tanpa pakaian di badan.
Rakaman video seorang lelaki yang tersilap langkah itu kini muncul di YouTube dan menjadi tontonan ramai.
Melalui rakaman kamera litar tertutup berkenaan, lelaki tidak dikenali itu dilihat meletakkan dulang berisi sisa makanan di luar biliknya tanpa berpakaian.
[Wow] - Macam macam
SHAH ALAM – Seekor tapir jantan dewasa ditemui mati dipercayai akibat dilanggar kenderaan di Kilometer 11, Jalan Batu Arang berhampiran hutan simpan Bukit Cherakah di sini semalam.
Bangkai tapir seberat lebih 100 kilogram itu dijumpai orang ramai yang lalu di kawasan berkenaan pada pukul 9.15 pagi dan kemudian menghubungi Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Selangor.
[Wow] - Berita Tempatan
BAMAKO, Mali - Sejumlah tengkorak haiwan dijual di sebuah pasar di sini yang dipercayai boleh digunakan untuk mengubah kehidupan pembeli.
Gerai milik Adama Kamara menjual tengkorak buaya yang dipercayai boleh menguatkan tenaga batin.
[Wow] - Berita Dunia
PARIS - Seekor lembu jantan berusia lima tahun menjadi haiwan paling berat yang dipamerkan pada Pameran Pertanian Antarabangsa di sini kelmarin.
Lembu jantan yang bernama Chabal itu seberat 1,790 kilogram.
[Wow] - Berita Dunia
SEKSI tetapi tidak sehingga kelihatan lucah, malah kelihatan menawan dan bercita rasa tinggi dalam berfesyen.
Itu gambaran positif yang ditunjukkan oleh penyanyi Britney Spears yang sebelum ini sering terbabit dengan kontroversi negatif.
[Wow] - Hiburan
JAKARTA — “Kalau alat kelamin tak ada, lebih baik mati saja,” begitu kata seorang ibu berusia 38 tahun dalam keterangan kepada polis ketika mengaku membunuh anak lelakinya berusia tujuh tahun kerana malu dengan jiran-jiran di Jatinegara, Cakung, Jakarta Timur pada Selasa.
[Wow] - Berita Dunia
Putera Harry, 28, disenaraikan sebagai jejaka paling popular di dunia, demikian menurut editor Town & Country. Pewaris takhta ketiga Britain itu mendahului senarai 50 orang yang dipertimbangkan oleh majalah itu.
Senarai yang dikeluarkan tidak begitu spesifik apabila nama George Clooney dan Jack Nicholson juga tidak berada dalam senarai.
[Wow] - Macam macam
Agensi berita Xinhua melaporkan, lapangan terbang itu akan dibina 100 meter lebih tinggi daripada rekod yang dipegang oleh sebuah lagi lapangan terbang di wilayah Qamdo.
Katanya, lapangan terbang Naggu akan dibina pada altitud 4,436 meter di atas paras laut, tinggi sedikit berbanding lapangan terbang Qamdo yang mempunyai ketinggian 4,334 meter.
[Wow] - Biar Betul
Bot solar terbesar dunia, Turanor PlanetSolar tiba di pelabuhan Grand Harbour.
Bot itu sebelum ini telah mencipta rekod kerana bejaya mengelilingi dunia dengan menggunakan kuasa solar.Ia memperoleh kuasa dengan menggunakan sel solar yang disediakan oleh syarikat Sunpower Corporation.
[wow] - Teknologi
AKRON- Aiden dan Donavyn Nelson dilahirkan hanya selang dua jam menjelang tahun baru oleh ibu mereka yang merupakan kembar seiras.
Akron Beacon Journal melaporkan ibu muda berusia 19 tahun itu, Aimee dan Ashlee Nelson tidak merancang akan melahirkan bayi mereka pada tarikh yang sama.
Akron Beacon Journal melaporkan ibu muda berusia 19 tahun itu, Aimee dan Ashlee Nelson tidak merancang akan melahirkan bayi mereka pada tarikh yang sama.
[Wow] - Berita Dunia
Subscribe to:
Posts (Atom)



Recent Comments