Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

Nigeria – Presiden Nigeria, Goodluck Jonathan dilaporkan telah membelanjakan wang sebanyak $1 juta daripada tabung bantuan penduduk miskin semata-mata untuk membawa masuk penyanyi pop Beyonce dan Jay-Z pada 2006.

Ia bagi persembahan pada festival muzik di negara miskin itu.
London: Polis dipercayai merampas komputer milik seorang wanita muda yang cedera parah dalam serangan asid kerana mencurigai dia mungkin mencederakan dirinya sendiri.

Namun, keluarganya bimbang polis tidak membuat yang terbaik untuk menangkap pesalah itu dan hanya menumpukan kepada sesi ‘soal siasat tak masuk akal.’ 
Shah Alam: Sebuah kapal tinggal atau dipanggil kapal hantu di kalangan anak kapal di perairan Pelabuhan Utara, Pelabuhan Klang, didapati tenggelam, pagi kelmarin.

Kapal didaftarkan dengan nama Fajar Samudera dikesan tenggelam oleh peronda Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) yang dalam perjalanan pulang selepas habis meronda pada jam 7.30 pagi.
Tamparuli: Berpantang maut sebelum ajal. Itulah yang berlaku apabila seorang lelaki berusia lingkungan 50-an nyaris maut selepas kenderaan dipandunya terbabas sebelum masuk ke dalam Sungai Tamparuli, di sini, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 6 petang itu, kenderaan jenis Toyota dipandu lelaki berkenaan dikatakan menyeberang jambatan lama Tamparuli dari arah Kiulu menuju pekan Tamparuli.
Temerloh: Seorang warga emas yang bertarung nyawa hampir setengah jam merangkak keluar dari rumah untuk mendapatkan bantuan selepas ditikam, namun malang dia meninggal dunia berdekatan pintu rumah selepas pembunuh membakar kediamannya di Kampung Rantau Panjang, Lanchang, dekat sini, pagi semalam.
Segamat: Sikap miang lelaki penjual karipap yang mendakwa boleh mengurut wanita mengandung agar kandungan sihat dan bijak sebelum mencabul mangsanya membawa padah apabila suami wanita berkenaan merakam gambar muka lelaki dan menyiarkannya di laman sosial Facebook.


FILEM The Twilight Saga: Breaking Dawn Part 2 menerima tujuh anugerah paling teruk termasuk Gambar Paling Teruk Anugerah Tahunan Razzie ke-33 yang berlangsung malam tadi, sehari sebelum majlis anugerah berprestij, Oscar.

Episod terakhir siri Twilight itu juga membawa pulang anugerah Pelakon Wanita Paling Teruk, yang dimenangi Kristen Stewart, Pelakon Pembantu Paling Teruk (Taylor Lautner) dan Bill Condon dinobatkan sebagai Pengarah Paling Teruk.


Pesara jurutera, David Latimer, berjaya mencipta taman kecil yang diletakkan di dalam botol selepas 40 tahun tanpa udara dan air di Cranleigh, Surrey, Britain.
David berkata, pokok itu ditanam 53 tahun lalu dan kali terakhir ia disiram adalah pada 1972 sebelum penutupnya ditutup ketat untuk mendapatkan tindak balas ekosistem.

Sepasukan saintis dari Itali merancang untuk memasang tangan bionik pertama yang memiliki deria sentuh kepada seorang pesakit bagi membolehkan penerimanya merasa sentuhan.
 
Sebelum ini, saintis berjaya memasang tangan palsu yang hanya mampu menerima arahan daripada otak untuk melakukan pergerakan, namun ia tidak memberi rasa sentuhan.
Woooww!! kepada suami-suami yang mempunyai isteri garang.. Hehehe.. Admin ada tips untuk korang.. Nak tahu tak?? Confirm yang terbaik! 

Jom baca 3 tips tangani isteri mengamuk >>

Anda sering menghadapi masalah kehabisan bateri telefon bimbit ketika saat-saat genting?Kini anda tidak perlu bimbang lagi kerana secawan kopi panas atau sejuk sudah mampu menyelesaikan masalah anda yang sering kehabisan bateri telefon bimbit.
Sebuah syarikat elektronik beribu pejabat di New Castle, Pennsylvania di Amerika Syarikat, Epiphany Labs telah mencipta prototaip pengecas yang kuasanya dijana menggunakan minuman panas atau sejuk untuk memastikan bateri telefon sentiasa penuh.

MAO Sukiyama, 22, yang bekerja sebagai chef di Tokyo, Jepun kelihatan sama seperti lelaki normal lain.

Namun, lelaki berambut perang itu mengaku dia seorang aseksual iaitu manusia yang tidak menaruh perasaan cinta mahupun naluri seks terhadap pasangan sejenis ataupun berlawanan jantina.


Pada 8 April lalu, Sukiyama mengejutkan dunia apabila dia menulis pesanan di akaun Twitter miliknya dengan menawarkan kemaluannya untuk dimasak pada harga 100,000 yen (RM3,860).Katanya, organ sulit itu dibuang melalui satu pembedahan yang sah di sisi undang-undang selain bebas daripada sebarang penyakit.

Lelaki yang gemar memasak ini berkata, dia tidak menyuntik sebarang hormon wanita ke dalam tubuhnya.

 SAINTIS belum dapat mengenal pasti punca kewujudan golongan aseksual.

 
Jual kemaluan

"Saya ingin menjual kemaluan saya kepada pembeli yang berminat selain akan memasaknya mengikut menu yang diminta.

"Ini merupakan cara saya menterjemahkan diri sebagai seorang aseksual yang tidak berminat dengan lelaki atau wanita," katanya.

Menurut akhbar The Huffington Post, pada mulanya Sukiyama ingin melakukan satu perbuatan yang tidak masuk akal iaitu memakan kemaluannya sendiri.

Namun, dia mengubah fikiran untuk menjualnya. Akhirnya, pada 13 Mei lalu, dia merealisasikan tujuannya itu di sebuah restoran bernama Suginami Ward of Tokyo sempena hari lahirnya.

Pada majlis itu, lima individu bertuah dapat menjamah kemaluan Sukiyama yang direbus bersama cendawan butang serta halia sebagai penambah perisa. Harga makanan itu RM1,218 seorang.

"Saya berharap semua orang dapat mengiktiraf golongan aseksual. Kami juga mahu memakai pakaian lut sinar sebagai pengenalan untuk kami berinteraksi antara satu sama lain," tutur Sugiyama.

Malangnya, kerana perbuatan yang dianggap memalukan negara Jepun itu, dia boleh didakwa dan dipenjarakan selama dua tahun selain didenda sehingga RM100,000.

Sebenarnya, golongan aseksual jarang diketahui kewujudannya, tidak seperti homoseksual atau lesbian.

Kerajaan Jepun pernah membuat penyelidikan mengenai tingkah laku seks ribuan remaja lelaki dan wanita di negara itu tidak lama dahulu.

Hasilnya, satu pertiga remaja lelaki berusia 16 hingga 19 tahun mengatakan mereka tidak berminat untuk melakukan seks manakala satu pertiga remaja perempuan menyatakan perkara yang sama.

Kajian

Kajian itu turut mendapati, 25 peratus lelaki Jepun berumur lewat 30-an tidak pernah melakukan hubungan seks. Lebih mengejutkan, 61 peratus lelaki Jepun dan 50 peratus wanita negara itu tidak berminat berkahwin malah tidak mempunyai pasangan.

Baru-baru ini, kru Jurnal berpeluang bertemu dengan seorang wanita aseksual bernama Hamidah di sebuah restoran di Bangsar, Kuala Lumpur hasil bantuan seorang rakan.

Hamidah mendakwa dia tidak mempunyai naluri seks terhadap lelaki atau wanita.

"Saya berusia 47 tahun tetapi masih kelihatan muda. Saya mempunyai segalanya daripada rumah, kereta dan keluarga.

"Tetapi saya menganggap perkahwinan itu hanya satu bebanan kerana saya perlu menjaga suami dan anak-anak," katanya yang enggan gambarnya dirakam.

Hamidah mendakwa dia pernah mempunyai teman lelaki tetapi hubungan itu sekadar bertahan selama seminggu.

"Saya berasa pelik apabila bekas teman lelaki itu menyentuh tangan saya. Tiada langsung rasa ghairah ataupun keintiman.

"Pernah juga saya ingin menjadi seorang lesbian tetapi hasilnya tetap sama," ujarnya yang bekerja di sebuah firma guaman di ibu kota.

Menurut seorang pakar seks di Britain, David Jay, terdapat 1 peratus penduduk dunia yang merupakan golongan aseksual.

"Faktornya sehingga kini masih gagal dikenal pasti," ujar Jay.

Pakar Psikiatri Universiti Malaya (UM), Prof. Nor Zuraida Zainal berkata, fitrah manusia dan haiwan sebenarnya memerlukan pasangan dalam hidup.

"Jika benar ada golongan aseksual di negara ini, itu hanya akan mendatangkan musibah.

"Bayangkan jika mereka berjaya meresapi pemikiran remaja sekarang hingga menyebabkan ramai yang tidak mahu berkahwin. Ini pasti merugikan negara sekali gus mengurangkan populasi penduduk," katanya.

Mao memposting foto-foto  tersebut di blognya, lalu dihapus kerana pertimbangan privasi. Mao juga membuat para tetamunya menandatangani surat perjanjian, bahawa dia tidak bertanggung jawab, jika mereka jatuh sakit setelah makan alat kelaminnya.