Isu Semasa
Hiburan
Global
Pelancongan
Performance
‹
›
Pelbagai
Misteri Sejarah
Informasi
Orang lelaki ini sukar difahami namun lelaki hanya mempunyai sikap yang sama sepanjang masa. Lelaki tidak seperti perempuan. Dalam sebulan pasti akan ada perubahan emosi yang berlaku terhadap si perempuan dan lelaki perlu berjaga-jaga sepanjang waktu tersebut. Perempuan berbeza dengan lelaki, lelaki sentiasa kelihatan ‘cool’ sepanjang masa. Emosi lelaki boleh dikatakan agak mendatar kerana lelaki tidak perlu menahan sakit setiap bulan atau tidak perlu berasa tidak selesa. Emosi lelaki jarang berubah secara mendadak melainkan terjadinya sebab-sebab tertentu.
Ramai yang bertanya, bagaimana cara untuk memahami seseorang lelaki? Kadang-kadang, saya sendiri tidak dapat memahami kehendak dan kemahuan lelaki. Tapi, di sini saya ingin menyenaraikan beberapa cara untuk memahami jiwa lelaki.
SEKIRANYA SI DIA SEORANG YANG SENTIASA SIBUK BEKERJA:
Memang tidak dinafikan, sesiapa yang menjadi kekasih bagi lelaki yang sibuk bekerja akan menjadi tertekan dan rimas. Apatah lagi, setiap kali anda mengajak si dia untuk keluar bersama, pasti alasan yang diberikannya ialah “I SIBUK NI, ADA KERJA YANG PERLU DISELESAIKAN, NANTI KITA KELUAR BERSAMA YA.” Sudah tentu hati akan berasa kecewa dan bosan dengannya. Malah, anda juga turut melihat kawan-kawan anda bahagia bersama pasangan masing-masing. Mungkin anda akan terfikir, “Kenapa teman lelakinya sempat meluangkan masa bersama sedangkan teman lelakinya pun bekerja.” Sebenarnya, bercinta dengan lelaki yang kuat bekerja ini memang memerlukan pengorbanan yang besar. Sekiranya anda tidak mampu bersabar, saya nasihatkan supaya anda bertindak awal kerana risau kemungkinan besar anda akan kecewa di kemudian hari.
Satu sahaja yang perlu anda lakukan iaitu bersabar. Anda perlu bersyukur, sekurang-kurangnya anda tahu, si dia sibuk bekerja dan bukannya sibuk berfoya-foya. Sekurang-kurangnya masa depan anda bersamanya cerah kerana kewangannya yang stabil. Cuba untuk berfikiran positif. Lelaki suka sekiranya perempuan yang dicintainya dapat memahami dirinya. Anda boleh menghantar SMS kepadanya dan menyatakan perasaan rindu anda kepadanya. Percayalah, walau sesibuk mana pun si dia, si dia pasti akan membalas SMS anda. Saya rasa itu lebih baik daripada tiada sebarang perkhabaran daripadanya, bukan begitu? Perkara pertama yang perlu dilakukan ialah cuba untuk berfikiran positif. Kerana dalam percintaan, sikap saling percaya itu penting.
Usah khuatir, sekiranya si dia menyayangi anda sama seperti anda menyayangi si dia, pasti hubungan kalian akan berkekalan. Cuma anda perlu bersabar. Anda juga boleh menyibukkan diri anda dengan pelbagai aktiviti bagi menghindarkan diri daripada berfikiran negatif.
SEKIRANYA SI DIA KUAT CEMBURU:
Cemburu tandanya sayang. Kalau si dia tidak menunjukkan sebarang perasaan cemburu, itu tandanya si dia tidak kisah tentang anda. Namun, anda patut bersyukur kerana si dia berasa cemburu. Tapi, bagaimana pula sekiranya si dia seorang yang kuat cemburu? Jangan terlalu risau kerana segalanya boleh diselesaikan. Mari kita ambil contoh sekiranya si dia berasa cemburu kerana anda mempunyai ramai kenalan lelaki.
Si dia berulang kali memberitahu anda bahawa dia memang tidak suka melihat anda berkawan dengan kawan lelaki anda. Anda keliru dan buntu sama ada ingin menjaga hati si dia atau hati si kawan lelaki. Bagi saya, kedua-duanya boleh dijaga dengan syarat anda bijak mengawal situasi yang berlaku di sekeliling anda. Sebelum itu, anda perlu menjelaskan kepadanya bahawa anda hanya berkawan dan bersahabat dengan kawan anda, tidak lebih daripada seorang kawan. Jarang sekali bagi lelaki untuk memberikan kepercayaan dengan mudah kepada orang lain melainkan dia benar-benar mencintai perempuan tersebut. Sekiranya si dia benar-benar mencintai anda, dia pasti akan mempercayai anda.
Namun, anda juga perlu menunjukkan bukti kepadanya bahawa anda tidak akan mensia-siakan kepercayaan yang diberikannya. Cuba elakkan daripada berjumpa dengan kenalan lelaki anda tanpa kenalan perempuan yang lain. Hal ini kerana, si dia mungkin akan menjadi lebih cemburu sekiranya melihat anda berdua-duaan dengan kenalan lelaki anda walaupun hanya sebagai kawan sahaja.
SEKIRANYA SI DIA SEORANG YANG PANAS BARAN:
Sekiranya anda ingin memilih lelaki untuk dijadikan sebagai pasangan hidup, sudah tentu anda akan memilih lelaki yang penyabar, bukan? Tapi, jangan terlalu yakin dengan pilihan anda, mungkin si dia seorang yang panas baran. Anda hanya perlu bijak bermain dengan emosinya. Rata-rata perempuan yang mempunyai kekasih panas baran ini akan mudah berputus asa.
Jarang sekali kita dapat berjumpa dengan perempuan yang dapat menahan sabar dengan lelaki panas baran. Sebenarnya, lelaki panas baran ini seorang yang penyayang namun sikap barannya itu yang membuatkan mereka kelihatan cukup agresif! Sewaktu anda bercakap dengannya, cuba elakkan daripada meninggikan suara dengannya kerana lelaki normal atau panas baran memang tidak suka apabila perempuan meninggikan suara kepada mereka tanpa sebab yang kukuh. Anda perlu banyak bermain dengan psikologi si dia.
Cuba gunakan pendekatan psikologi tanpa perlu meninggikan suara dan bertekak dengannya. Lama-kelamaan si dia akan mula sedar akan kesalahan dirinya dan mula berubah menjadi kurang baran. Seboleh-bolehnya, cuba elakkan daripada berterusan memaksa si dia untuk melakukan sesuatu yang tidak disukainya. Hal ini mungkin akan menyebabkan si dia bertambah baran dengan anda.
SEKIRANYA SI DIA SEORANG YANG BERBEZA UMUR:
Bercinta dengan lelaki yang muda atau tua memerlukan sikap profesional. Masyarakat sekeliling akan mencemuh malah tidak kurang juga yang akan mengherdik anda sekiranya jarak umur antara anda dengannya begitu jauh. Usah pedulikan orang lain, anda hanya perlu memfokuskan segala perhatian anda terhadap hubungan cinta anda yang baru berputik itu.
Memang sukar untuk menjalani kehidupan normal bersama dengan seseorang yang berbeza umur – mungkin jarak perbezaan umur yang agak jauh. Sekiranya anda bercinta dengan lelaki muda, besar kemungkinan si dia masih belum matang dari segi pemikiran manakala sekiranya anda bercinta dengan lelaki yang berusia, besar kemungkinan hubungan anda mungkin tidak berkekalan. Segalanya berkaitan dengan KEMUNGKINAN.
Apabila anda bercinta dengan lelaki yang lebih muda dan masih belum matang dari segi pemikiran, apa yang perlu dilakukan ialah SABAR. Lelaki lebih lambat matang berbanding perempuan. Dan bersyukurlah sekiranya anda mendapat kekasih muda yang matang. Cuba untuk bertolak ansur dengannya dan saling menghormati kerana walaupun si dia muda, namun, si dia sememangnya mendambakan penghormatan daripada anda.
Jangan sesekali menganggap si dia muda dan memperkecilkan kebolehan si dia. Layan si dia seperti seorang perempuan melayan lelaki matang dan elakkan daripada melayan si dia seperti kanak-kanak kecil. Manakala sekiranya anda berkasih dengan lelaki berusia, anda perlu memahami si dia kerana lelaki berusia sememangnya memerlukan perempuan yang dapat memahaminya dan sentiasa berada di sisinya.
[Wow] - Informasi
Nampaknya sudah lama pelakon dan penyanyi, Jeslina Hashim menyepikan diri dalam industri hiburan tempatan.
Penyanyi yang pernah terkenal menerusi lagu ‘Ku Intai Cinta Dalam Rahsia’ ini difahamkan bakal hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur hari ini bagi mengikuti perbicaraan kes cerainya bersama pasangan, Dion Rais Vercoe.
Menurut peguam yang mewakili kedua-dua pasangan ini iaitu Muhammad Hafiz Abd Rashid, Jeslina dan Dion telah bersetuju untuk menjalani proses perceraian dan esok merupakan proses perbicaraan pertama buat mereka.
Untuk makluman, Jeslina Hashim atau nama sebenarnya Nor Jeslina Hashim bt Khairuddin Mohd Hashim, 35 sebelum ini pernah berkahwin dengan jejaka yang berasal dari New Zealand iaitu Dion Rais Vercoe.
Pasangan ini telah bernikah pada April 2005 di Dewan Perdana Felda, Kuala Lumpur.
Hasil perkahwinan selama 8 tahun pasangan ini telah dikurniakan dua orang cahaya mata.
[Wow] - Hangat Hangit
KECOH seketika apabila gambar yang diambil ketika malam Anugerah Grammy, baru-baru ini menampilkan situasi 'perang mulut' antara penyanyi hebat, Adele dan Chris Brown.
Enggan membiarkan masyarakat membuat spekulasi, pelantun lagu Set Fire To The Rain ini tampil menjelaskan keadaan sebenar menerusi laman mikro Twitter.
[Wow] - Hiburan
PERSEKUTUAN Bola Sepak Antarabangsa (Fifa) telah bersetuju untuk membenarkan penggunaan teknologi garisan gol (GLT) pada kejohanan Piala Dunia 2014 di Brazil.
Teknologi ini akan digunakan pada Kejohanan Piala Kelab Dunia di Tokyo pada Disember ini selain Piala Konfederasi 2013 dan juga Piala Dunia pada 2014.
[Wow] - Berita Dunia
Almy Nadia sebelum ini enggan membuka mulut tentang perkara sebenar dan menunggu kenyataan pertama keluar dari Fizz Fairuz tentang kontroversi pertunangan beliau minggu lalu.
[Wow] - Berita Tempatan
.jpg)
Keempat-empat banduan tersebut telah diberi peluang untuk hidangan terakhir mereka sebelum dihukum mati.
Pelbagai
Surabaya : Seorang kanak-kanak berusia empat tahun dibunuh dan mayatnya disimen di sebuah lorong kecil di daerah Tanjung Perak di bandar raya ini Mangsa yang dikenali sebagai Fahri dipercayai menjadi mangsa pembunuhan keluarganya sendiri.
Mayat Fahri ditemui seorang penduduk yang melintas lorong kecil dekat dengan kediaman mangsa dan sebuah rumah tinggal di kawasan penempatan Jalan Endorosono.
Global
KUALA LUMPUR: Perbuatan menggodam laman web Jabatan Penerangan semalam, dipercayai didalangi individu dikenali sebagai `Sofea Hana’ yang dikatakan seorang wanita berusia 20-an dengan agenda anti-kerajaan kerana kecenderungannya yang sering menggodam laman kerajaan sejak awal tahun lalu.
Penggodam yang juga dikatakan penuntut Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) itu dikatakan pernah menceroboh laman seperti Jabatan Kehakiman, Parlimen, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).
[Wow] - Berita Tempatan
Kuala Lumpur: Pertunangan Fizz Fairuz hanya bertahan seminggu apabila pelakon itu memutuskan ikatan dengan tunangnya Ahad lalu, selepas mengetahui wanita berkenaan rupa-rupanya sudah bersuami.
“Saya benar-benar tertipu dan tidak menyangka tunang saya itu isteri orang,” kata Fizz, 34, semalam.
[Wow] - Hangat Hangit
Bermodalkan RM2 untuk melayari Internet yang sepatutnya digunakan untuk belanja harian persekolahan, remaja ini mampu meraih RM18,000 sebulan dengan hanya menggoda lelaki hidung belang yang dahagakan belaian mesra gadis bawah umur menerusi perkenalan di FB.
Itu yang dilakukan Tina, 17, untuk hidup selesa dan mampu memakai pakaian berjenama, memiliki peralatan komunikasi canggih seperti anak orang kaya walaupun usianya ketika itu baru 13 tahun.
Gadis berasal dari utara tanah air ini dapat hidup bebas selepas melarikan diri dari rumah kerana tidak tahan menerima teguran dan leteran keluarga berikutan sikap liarnya.
[Wow] - Berita Tempatan
SETELAH 30 tahun menjadi penghibur buat peminat muzik tempatan, boleh dikatakan tanggal 16 Februari ialah tarikh keramat buat penyanyi popular Anuar Zain.
Mana tidaknya, itu merupakan kali pertama pelantun lagu Sedetik Lebih ini membuat konsert berskala besar dan berlangsung dalam suasana yang cukup gah.
[Wow] - Hiburan
PETALING JAYA – Juara Mentor musim keempat iaitu Mohd terpaksa menanggung malu serta hilang segala tawaran pertunjukan pentas selepas mendakwa dianiaya seorang penyanyi wanita atas tuduhan rogol.
Salah seorang ahli keluarga yang enggan disiarkan namanya berkata, Mohd atau nama sebenarnya Mohd Izwan Mohd Nor, 25, yang merupakan protege kepada Ziana Zain dalam Mentor 4 itu berkata, kejadian tersebut merupakan satu peristiwa yang cukup buruk dalam diri penyanyi itu.
[Wow] - Hangat Hangit
Subscribe to:
Posts (Atom)

Recent Comments