Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi


kanak-kanak berusia tujuh tahun bernama Abdillah Syarif Ketagih racun nyamuk!. Kanak-kanak ini gemar memakan ubat nyamuk. Selera pelik ini sudah tentulah berbeza daripada selera kanak-kanak lain yang gemar akan makanan manis seperti kek dan coklat. Dalam sehari, Abdillah yang berasal dari Polewali Mandar, Sulawesi Barat, mampu menghabiskan sebungkus ubat nyamuk.

Ibu bapa Abdillah atau Adit sudah berusaha untuk menghentikan tabiat buruk anaknya itu tetapi bukan saja tidak berhasil, malah,ketagihannya kepada ubat nyamuk semakin bertambah. Tabiat aneh Adit menyebabkan anak keempat pasangan Syarifuddin dan Nurlina itu menjadi terkenal di desanya di Sabang Subik, Kecamatan Balanipa.
Adit mula gemar memakan ubat nyamuk ketika berusia lapan bulan. Pada mulanya, Adit yang belum pandai berjalan ketika itu,mendekati ubat nyamuk dan tiba-tiba memakannya. Hingga kini, dia jadi ketagih dan tiada sehari pun dilalui tanpa memakan ubat nyamuk. Dia juga melakukan tabiat itu secara diam-diam kerana takut dimarahi ibu bapanya.
“Enak dan manis,” katanya ketika ditanya sebab dia gemar memakan ubat nyamuk.
Usaha orang tuanya untuk menghentikan tabiat pelik anak mereka tidak berhasil.Walaupun sudah menyorokkannya di tempat lain, Adit akan mendapatkan ubat nyamuk dari rumah jiran mereka.
“Biasanya kalau tidak menemukan ubat nyamuk di rumah, dia akan mencurinya di rumah jiran,” kata Syarifuddin. Nurlina pula mengatakan tabiat Adit itu mungkin bawaan daripadanya.
“Dulu ketika hamilkan Adit, saya memang gemar mencium asap ubat nyamuk dan mungkin ia menurun kepada anak saya,” katanya.
Menurut doktor pakar pediatrik di Dinas Kesehatan Polewali Mandar, Sih Harjo Boko,Adit menghidap penyakit pica, iaitu kelainan keadaan pola makanan pada kanak-kanak.
Penyakit itu disebabkan kekurangan zat besi dalam diri kanak-kanak dan boleh pulih, bergantung pada keprihatinan ibu bapa menjaga anak mereka.

NEW YORK - Seekor haiwan ganjil yang disangka sebagai makhluk asing oleh para pengguna internet selepas ia disiarkan di laman Reddit sebenarnya ialah spesies haiwan seperti belut.

Menurut laman GrindTV.com, seorang jurucakap Jabatan Pemuliharaan Alam Sekitar New York menyatakan, berdasarkan saiz pada gambar di laman itu, haiwan tersebut ialah lamprei.Imej itu juga disiarkan di laman YouTube semalam yang dtangkap di New Jersey. Menurut jabatan berkenaan, lamprei juga tidak mempunyai tulang dan mulutnya dipenuhi dengan barisan gigi yang jarang.
Gambar tersebut menunjukkan haiwan itu ditusuk dan darah keluar daripada badannya. - Agensi





MOSCOW - Sekumpulan orang menyelam ke dasar sebuah tasik yang berais semalam untuk mencari serpihan sebutir tahi bintang yang jatuh ke bumi selepas meletup di udara sehingga mengakibatkan 1,200 penduduk cedera dan ribuan rumah musnah.
Seorang jurucakap Kementerian Kecemasan Rusia berkata, enam penyelam memeriksa dasar Tasik Chebarkul di wilayah Chelyabinsk, 1,500 kilometer dari sini untuk mencari serpihan tahi bintang yang jatuh kelmarin.
Terdapat sebuah lubang besar di tasik berais itu yang dipercayai menjadi tempat tahi bintang tersebut jatuh.
Tasik itu terletak 80 kilometer dari bandar Chelyabinsk.
Namun, enam penyelam tersebut yang menyelam selama tiga jam gagal menemui sebarang serpihan tahi bintang.
"Mereka mendapati dasar tasik itu dipenuhi dengan 1.5 meter lumpur tebal," kata salah seorang anggota mencari itu kepada media Rusia.
Gambar yang disiarkan agensi berita Reuters semalam menunjukkan satu serpihan kecil dipercayai daripada tahi bintang itu.
Beberapa saintis Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan milik Amerika Syarikat menganggarkan jumlah tenaga yang dibebaskan akibat kesan perlanggaran dengan atmosfera itu adalah kira-kira 30 kali ganda daripada bom atom yang digugurkan di bandar Hiroshima, Jepun semasa Perang Dunia Kedua.
Letupan tahi bintang seberat 10 tan itu telah menyebabkan sejumlah tingkap kaca lebih 4,000 buah bangunan pecah di wilayah itu.
Bumbung dan dinding sejumlah bangunan juga runtuh selepas bebola api dan letupan dilihat sebahagian penduduk di wilayah berkenaan.
Gabenor wilayah berkenaan, Mikhail Yurevich menyatakan kerugian akibat letupan itu dianggarkan AS$33 juta (RM102 juta).
Ramai mangsa cedera akibat terkena kaca dan pelbagai serpihan yang pecah akibat letupan tersebut. - Agensi



KUALA LUMPUR - Pelakon dan penerbit drama terkenal, Rosyam Nor semalam menafikan dakwaan bahawa dia membeli sebuah kereta mewah jenama McLaren MP4-12C yang dianggarkan berharga RM3.6 juta di negara ini.
Rosyam, 46, ketika dihubungi memberitahu, kereta yang dibina dengan menggunakan teknologi Formula 1 itu sebenarnya dipinjam daripada seorang rakan untuk sebuah drama lakonannya yang bakal ditayangkan di stesen Radio Televisyen Malaysia (RTM) tidak lama lagi.
Ketika seorang gadis sudah memasuki usia 15 maka orang tua mereka membangunkan sebuah ‘Pondok Cinta’ untuk menghabiskan malam dengan remaja lain dari komuniti mereka. Itulah sebuah tradisi khusus dari Suku Kreung di Kemboja.
Kreungs adalah suku terpencil bertapak di timur laut Kemboja yang sangat liberal dan terbuka dalam hal berkenaan seksual. Ketika seorang gadis mencapai pertengahan remaja, orang tuanya akan membangunkan sebuah ‘Pondok Cinta’ kecil dan menyuruh anaknya bertemu remaja lelaki dan menghabiskan malam mereka sehingga bertemu cinta sejatinya dengan siapa yang mahu menngahwininya.
Kebiasaanya, panggung wayang atau nama lainnya pawagam merupakan tempat yang lebar dan luas untuk kita menonton wayang terkini. Tetapi lain pula ceritanya kali ini di mana pawagam ini merupakan pawagam yang paling ‘cute’ di dunia.
Pawagam yang diberi nama SOL Cinema menggunakan projektor LED dan menggunakan bateri lithium untuk menyimpan tenaga daripada Matahari untuk memberi kuasa kepada pawagam tersebut pada waktu siang dan malam.
Larva cacing guinea hidup di dalam tubuh kutu air. Ketika manusia meminum air yang mengandung kutu air, sistem pencernaan kita membinasakannya, namun tidak mematikan larva cacingnya yang terus berkembang menjadi dewasa. Cacing jantan akan mati setelah di dalam tubuh manusia, sementara betinanya terus membesar dalam waktu singkat pertumbuhannya kira-kira mencapai lebih dari dua sentimeter setiap minggu.

Dalam waktu setahun cacing ini perlahan-lahan mengeluarkan diri dari tubuh manusia yang dihuninya dengan menjulurkan kepala terlebih dahulu di bagian bawah kaki atau lengan manusia yang menjadi korban. Proses ini menyebabkan ngeri yang luar biasa.Bekas luka lubang keluarnya cacing ini akan membesar sesentimeter demi sesentimeter dan begitu menyakitkan. Sering kali penderita terburu-buru mencari sumber air untuk merendam luka mereka, padahal tindakan ini adalah salah.



Ramai yang beranggapan minum air dalam kuantiti yang lebih banyak adalah lebih baik untuk badan mereka. Namun, ramai juga yang tidak mengetahui kesan bahaya sekiranya seseorang itu minum air secara berlebihan dari keperluan badan mereka
Minum air terlalu banyak adalah merbahaya dan terbukti boleh membawa maut. Keadaan yang disebabkan minum air terlalu banyak dipanggil keracunan air (water intoxication). Kebanyakan orang selamat untuk minum 6-8 gelas air sehari, bukan semua. Minum terlalu banyak air dalam satu masa boleh mengurangkan elektrolit dalam badan seperti garam sodium.

Jika kita mempunyai anak kembar, sudah pastinya orang yang melihat akan keliru yang mana satu abangnya, yang mana satu pula adiknya. Tambah lagi, yang mana keluar dulu, yang mana keluar kemudian.  
Jom tengok gambar! >>

Cubalah bernafas di dalam kereta yang sedang bergerak laju dengan tingkap terbuka. Anda mungkin akan sukar bernafas kerana cepatnya aliran angin. Angin kencang dari kipas angin diarahkan ke muka kita pun akan menyebabkan fenomena yang sama. Kerana aliran udara ini sangat kencang, kita tak boleh menghirup oksigen yang kita perlukan sehingga akan timbul gejala sukar bernafas. Lebih parah lagi kalau kita tidur menggunakan kipas angin yang arah anginnya menghadap ke wajah kita di dalam bilik yang semua tingkapnya tertutup, kerana suhu tubuh kita akan menurun.
Lazimnya kulit bayi itu halus dan lembut. Namun, tidak demikian dengan seorang bayi perempuan di China. Bayi tersebut mengalami sindrom aneh. Meskipun usianya baru 1 tahun, kulitnya kehilangan elastik sehingga dipenuhi oleh kedut seperti nenek-nenek. Bayi perempuan bernama “Yuxin Xiaoli” tersebut diyakini menghidap cutis laxa, sebuah kelainan pada jaringan ikat (connective tissue) yang membuatkan kulitnya tidak elastik seperti pada orang-orang lanjut usia. Akibatnya, Yuxin kehilangan elastik lapisan kulit dan gangguan kekuatan otot, sendi, dan organ vital lainnya seperti jantung, pembuluh darah, sendi, usus, dan paru-paru.

Tetapi kini Kemayan City menjadi tempat yang misteri dan dipercayai menjadi port Mat gian. Namun ada juga yang mengatakan Kemayan City berhantu terutama oleh warga Singapura seperti yang diceritakan oleh Ustaz JAIJ, Ustaz Hanafiah Abdul Razak. .


JOHOR BAHRU: Mall berpuaka! Itulah gelaran diberi kepada kompleks beli-belah terbengkalai Kemayan City di Tampoi apabila beberapa keluarga rakyat Singapura terjebak membeli-belah di situ sebelum pulang ke negara asal mereka dengan membawa daun kering atau barangan dibeli lenyap begitu saja. .