Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

‹
›

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi


PETALING JAYA - Menafikan sekali lagi pembabitannya dalam "projek IC" di Sabah, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, siasatan sepatutnya turut melibatkan bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Hal ini kerana katanya, pasukan khas yang ditubuhkan merupakan sebuah pasukan yang menjalankan kerja-kerja itu secara berterusan.


"Sepatutnya tanya kepada Tun Abdullah dan Datuk Najib. Najib sebagai Perdana Menteri masih terus mengendalikan pasukan petugas itu di bawah perdana menteri sehinggalah mungkin sampai tahun lalu," kata Anwar.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad didakwa bertanggungjawab ke atas "projek IC" ini.



PUCHONG - Pakej tiga dalam satu. Sambil mencuci rambut, pelanggan turut ditawarkan khidmat urut dan seks.


Pelanggan diberi pilihan sama ada mahu mencuci rambut pada harga RM80, pakej urutan badan RM160 atau yang inginkan khidmat seks boleh berunding harga dengan wanita berkenaan.

Taktik licik premis itu berjaya dikesan anggota polis Cawangan Perjudian, Kongsi Gelap dan Maksiat (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor, yang membuat penyamaran selama dua hari sebelum menyerbu premis itu, malam kelmarin.



KUANTAN - “Perbuatan ganas kamu terhadap bayi terbabit tidak dapat dimaafkan bukan hanya kepada mangsa dan keluarga tapi masyarakat secara keseluruhannya.

“Saya harap hukuman berat  yang dijatuhkan hari ini menjadi satu pengajaran,” tegur Majistret Rini Triany Mohamad Ali terhadap seorang  bekas pekerja pusat snuker, Khoirumminan Ranizal, 20 selepas lelaki itu mengaku bersalah dalam Mahkamah Majistret Kuantan semalam  atas   tuduhan mendera anak teman wanitanya di sini, 23 Julai tahun lalu.


Dalam keputusannya semalam,  Rini Triany  memerintahkan tertuduh yang berasal dari Kampung Tanjung Chempaka, Pekan dihukum penjara selama lima tahun bermula daripada tarikh dia ditangkap 24 Julai 2012.

Kuala Lumpur: Gara-gara salah faham, sepasang kekasih orang kelainan upaya (OKU) yang bakal berkahwin bertindak lari dari rumah dipercayai bersama kekasihnya itu selepas membuat permohonan bantuan Baitulmal pada 10 Januari lalu.

Pasangan OKU Mohd Azwan Alimat, 19, menghidap masalah lembam dan teman wanitanya, Kasma Saari, 49, yang lembam dan kerdil dikatakan menghilangkan diri selepas membuat permohonan itu.
Kota Bharu: Remaja keciciran sekolah, Sufian Mat, 17, yang pernah digelar ‘Messi Malaysia’ boleh memulakan persekolahan seperti biasa minggu depan.

Timbalan Pengarah Jabatan Pelajaran Kelantan Zahari Daud yang mengesahkan perkara itu berkata, remaja terbabit diminta datang ke pejabat Jabatan Pelajaran Kelantan Ahad ini, bagi mendapatkan surat kebenaran bersekolah.
Katanya, selepas mendapat surat itu, dia boleh melaporkan diri untuk memulakan persekolahan di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Rantau Panjang.
“Kita sudah berjumpa bapa saudara remaja itu hari ini (semalam) dan meneliti dokumen yang diperlukan untuk kita proses.
“Remaja itu boleh kembali ke sekolah minggu depan,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.
Menurutnya, berdasarkan maklumat dan dokumen, remaja berkenaan cukup syarat dari segi usianya tidak melebihi 18 tahun dan layak meneruskan persekolahan seperti biasa.
Katanya, pihaknya mengkategorikan remaja itu sebagai keciciran pelajaran dan dia tiada masalah menyambung persekolahan.


Nilai: Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) menyelamatkan dua beradik lelaki berusia empat dan lima tahun yang ditemui merayau tanpa penjagaan ibu bapa di Apartmen Cempaka Puri, Taman Desa Cempaka, di sini, semalam.

Sebelum diselamatkan kira-kira jam 1 tengah hari itu, kisah malang kanak-kanak terbabit serta sepasang kakak kembar mereka berusia 11 tahun dilaporkan kepada Harian Metro oleh jiran prihatin memaklumkan empat beradik itu selalu ditinggalkan ibu kandung yang dikatakan keluar bekerja. 
Difahamkan jiran, termasuk pekedai makan di kawasan pangsapuri kos rendah itu selalu menemui empat beradik itu merayau sehingga lewat pagi, mencari ibu mereka dan atas dasar kasihan mereka memberikan kanak-kanak terbabit makan. 




Satu lagi video yang menjadi perbincangan hangat dalam rancangan televisyen popular Thailand mengenai video parti karaoke. Tiada apa yang pelik mengenai aktiviti tersebut kerana ianya perkara biasa di Thailand, tetapi apa yang mengejutkan ialah terdapat hantu dalam video tersebut.

Sepanjang parti berlangsung, kamera bergerak secara rambang untuk menangkap gambar kesemua tetamu. Pada masa itu seorang tetamu lelaki duduk di hadapan pintu dan tanpa disedari di sebelahnya terdapat seorang lagi lelaki yang sedang duduk.
Lima orang dibawah ini memiliki hobi yang sangat unik dan aneh. Anda mungkin tak pernah membayangkan bahawa ada orang yang memiliki hobi aneh seperti mereka, berikut kelima orang yang memiliki hobi aneh tersebut:

1. Chuck Lamb: (Berpura-pura Mati)
Chuck Lamb, lelaki berusia 47 tahun ini mempunyai hobi paling aneh iaitu , pura-pura mati. Tidak hanya itu, ia juga merakam semua adegan kematiannya dalam bentuk foto dan video dan dipublikasikan di websitenya sejak tahun 2005.

Kerana hobi anehnya ini website miliknya dikunjungi oleh 32 juta orang dan menarik perhatian media TV untuk mengundangnya.

Veronica Egiebor, seorang jururawat tempatan mengesahkan bahawa beliau telah menyaksikan sesuatu yang aneh dilahirkan oleh seorang wanita. 


Sesetengah orang memanggilnya kambing tetapi ia kelihatan seperti kuda. Ianya mempunyai leher yang panjang dan telinga yang panjang. Ia adalah sama seperti kuda, walaupun ia adalah dalam bentuk bayi.

Paderi yang menyaksikan majlis itu mengatakan bahawa: "Saya tidak boleh menggambarkan objek tersebut. Kita telah melihat ramai orang muntah menyaksikannya. 

Ia memberi amaran kepada semua orang supaya tidak pergi berhampiran "janin", sebaliknya mereka hanya meninggalkan ia di sana, dalam lopak darah. Wanita tersebut telah dikejarkan ke hospital.

Kuda-bayi itu telah diisytiharkan mati dan ditinggalkan di atas lantai gereja sehingga hari berikutnya sebelum dilupuskan.



MELBOURNE – Mayat pramugara Virgin Australia, Benjamin Roper, anak seorang wanita yang tinggal di Pulau Langkawi, ditemui polis di tingkat bawah tanah pangsapuri Randwick yang didiaminya di Sydney.
Mayat itu ditemui pada hari ini susulan apa yang diistilahkan polis sebagai ‘pencarian menyeluruh’, termasuk mengadakan tinjauan helikopter di kawasan sungai berhampiran.
Woww!! Percaya atau tidak! Mereka ini sungguh peramah! seorang gelak,, yang lain ikut gelak.. tapi yang peliknya.. admin pun ikut gelak sambil senyum sinis.. haha! 

Kalau korang nih hebat dalam bab bab serius.. cuba tahan dari ketawa sambil tengok video ni! haha


Woww!! Memang legend lah senarai 10 wanita paling KEJAM dan GANAS sepanjang abad! Begegar juga admin bila baca story dorang nih.. Tidak disangka-sangka rupa yang manis tapi GANAS.. Haha! 

Jom Baca!


10. Jiang Qing 1914 - 1991

Jiang Qing adalah isteri kepada Mao Tse-tung seorang diktator komunis di China. Kerana kepintarannya menyusun gerakan dia mendapat jawatan yang paling berkuasa didalam parti komunis (berkuasa seperti Presiden).

Dipercayai bahawa dialah dalang disebalik Revolusi Budaya China (dimana dia menjadi wakil pemimpin). Jutaan orang di China dilaporkan mengalami penyeksaan hak-hak asasi selama Revolusi Budaya. Jutaan yg lain juga dipecat secara paksa.

Jumlah korban kematian, baik dari orang barat dan orang timur sekitar 500.000 dalam kekacauan pada tahun 1966-1969 tetapi menganggarkan peristiwa tersebut menjadi 3 juta dari 36 juta orang yang dianiaya.