Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi




ROME: Seorang remaja maut dalam kemalangan berpunca daripada rambut panjangnya yang tersimpul pada stereng kereta dipandunya.

Caterina Alzetta, 19, sedang memandu kereta, manakala abangnya. Pietro, 21, duduk di sebelah, ketika kejadian itu berlaku di bandar Montereale Valcellina di wilayah Pordenone, Itali.

Sebelum itu, Caterina menurunkan tingkap kereta menyebabkan angin meniup rambutnya dan sejurus kemudian ia tersimpul pada stereng kenderaan berkenaan.

Pietro berkata, apabila Caterina cuba menarik rambutnya kereta mereka terbabas sebelum merempuh kenderaan yang datang dari arah bertentangan.

Bagaimanapun Pieto bernasib baik kerana hanya mengalami kecederaan ringan.

Pieto dan Caterina adalah anak kepada Michelle Alzetta, seorang ketua unit bantuan kecemasan bandar berkenaan.

Michelle berkata, rambut Caterina memang kasar dan panjang.

Keadaan itu, katanya, mungkin menyebabkan ia tersangkut pada stereng dan menyukarkan pemanduan anaknya.

"Saya diberitahu Caterina cuba menyentak rambutnya dengan menggerakkan kepala secara mengejut tetapi tindakan itu menyebabkan stereng kereta juga bergerak," katanya.

Sementara itu, dua lelaki yang ada dalam kereta yang bertembung dengan Caterina turut dihantar ke hospital, namun dijangka dibenarkan pulang tidak lama lagi.

Kemalangan berlaku di jalan yang menghubungkan San Martino di Campagna dan Montereale.

Disebabkan popularitinya di kalangan penduduk setempat, majlis pengebumian Caterina dihadiri ratusan orang. 


OHIO – AMERIKA SYARIKAT. Kelahiran sepasang bayi kembar perempuan yang berpegang tangan semalam menyentuh hati doktor dan jururawat yang menyambut kelahiran mereka.
Lebih ajaib, bayi tersebut mampu bernafas dengan sendirinya tanpa memerlukan bantuan alat pernafasan.
Ibu pasangan kembar itu, Sarah Thistlethwaite berkata, kelahiran ini lebih istimewa kerana mereka lahir pada Hari Ibu, lapor AFP.
“Sukar untuk digambarkan dengan kata-kata perasaan ini apabila mendapat tahu bahawa bayi saya berada dalam keadaan baik, ” katanya.
Bayi kembar tersebut  berkongsi kantung amnion dan plasenta.  Kelahiran sedemikian itu dipanggil monoamniotik  atau ” mono mono ” dan doktor mengatakan ia berlaku dalam kira-kira satu daripada setiap 10,000 kehamilan.
Mereka dilahirkan  pada Jumaat di Pusat Perubatan Besar Akron, dekat sini.