Isu Semasa
Hiburan
Global
Pelancongan
Performance
‹
›
Pelbagai
Misteri Sejarah
Informasi
KEHILANGAN pesawat Air France pernah mengejutkan dunia apabila ia tidak dapat dijumpai walaupun dilaporkan terhempas di Lautan Atlantik. Pesawat berkenaan hanya ditemui selepas dua tahun.
Bagi Malaysia Airlines (MAS), setelah lebih 60 tahun beroperasi, syarikat ini turut terpalit kenangan pahit melibatkan pesawat kendaliannya.
Pada Disember 1977, MAS terlibat nahas pertama apabila pesawat MH653 terhempas di Tanjong Kupang, Johor dan mengorbankan 100 nyawa.
Manakala pada September 1995, 34 orang terbunuh dan sembilan lagi cedera selepas pesawat Fokker 50 terhempas ketika cuba mendarat di landasan Lapangan Terbang Tawau, Sabah.
Pesawat dilaporkan terlajak dan terhempas lalu merempuh 20 rumah setinggan di Kampung Seri Menanti terletak berhampiran lapangan terbang.
Kini, MAS sekali lagi diuji apabila pesawat MH370 dari Kuala Lumpur ke Beijing tiba-tiba hilang. Ada mengaitkan kes ini dengan kehilangan Air France AF447 ekoran kesukaran pasukan mencari dan menyelamat (SAR) untuk mengesan pesawat terbabitPesawat membawa 227 orang penumpang dan 12 anak kapal dikatakan terputus hubungan dengan menara kawalan pada jam 2.40 pagi, dua jam selepas ia berlepas.
Sehingga kini, usaha mencari masih giat dijalankan diiringi bantuan dari lebih 15 negara yang menghantar pelbagai jenis pesawat canggih mereka untuk mengesan pesawat malang terbabit.
5 KEHILANGAN MISTERI DI UDARA
Amelia Earhart
Juruterbang wanita pertama dunia Amelia Earhart hilang ketika cuba melakukan penerbangan bersejarah merentasi Lautan Pasifik dan mengelilingi dunia bersama juru pandu Fred Noonan menaiki pesawat Lockheed Model 10 Electra.
Sejak terputus hubungan 3 Julai 1937, misi mencari dihentikan secara rasmi pada 18 Julai. Amelia disahkan meninggal dunia pada 5 Januari 1939 setelah usaha mencari gagal.
Air France AF447
1 Jun 2009, pesawat Air France AF447 jenis Airbus A330-203 dari Rio de Janeiro, Brazil ke Paris, Perancis terhempas di Lautan Atlantik menyebabkan 228 orang terbunuh.
Beberapa hari selepas itu, beberapa serpihan ditemui dan dua tahun kemudian, kotak hitam dan lain-lain serpihan pesawat ditemui terdampar di dasar lautan pada kedalaman antara 3,800 hingga 4,000 meter.
Penerbangan EgyptAir 990
Penerbangan dari John F. Kennedy di New York ke Kaherah pada 31 Oktober terhempas di Lautan Atlantik dan membunuh 217 penumpang. Menerusi penyelidikan, As membuat kesimpulan pemandu juru terbang sengaja menghempaskan pesawat sebagai tindakan membalas dendam kerana pernah ditegur atas kesalahan salah laku seksual.
Segi tiga Bermuda
Puluhan kapal dan pesawat dilaporkan hilang tanpa dapat dikesan di kawasan berbentuk segi tiga antara Florida, Bermuda dan Puerto Rico.
Penerbangan 19 yang menggunakan pesawat pengebom TBM Avenger antara yang hilang pada 5 Disember 1045, di perairan Lautan Atlantik ini.
Steve Fosset
Steve Fossett, seorang ahli perniagaan dilaporkan hilang pada 3 September 2007 ketika terbang melalui Great Basin Desert di Nevada. Usaha mencari Peronda Udara Awam (CAP) dihentikan pada 2 Oktober.
Fossett disahkan meninggal dunia pada 15 Februari 2008.
NAHAS PESAWAT 2014
13 Mac
Sekurang-kurangnya enam penumpang maut dalam nahas pesawat ambulans di wilayah tengah Meta di Colombia berhampiran Lapangan Terbang Vanguardia.
Ketika kejadian pesawat sedang dalam perjalanan dari Lapangan Terbang Bogota El Dorado ke Solano. Menurut saksi, pesawat terbakar sebelum terhempas.
11 Mac
Igor Novodran, 52, terbunuh dalam nahas pesawat di Lapangan Terbang Washington Country selepas pesawat satu tempat duduk dinaiki terhempas di landasan sekitar jam 2.10 petang waktu tempatan.
9 Mac
Kegagalan cubaan mendarat di Lapangan Terbang Aspen Pitkin-Country mengorbankan juru terbang dan mencederakan dua penumpang. Jet dengan enjin berkembar 1994 Canadair Challenger berdepan angin
kencang semasa menghampiri lapangan terbang di Colorado barat menyebabkan ia terpaksa membuat cubaan pendaratan kedua.
16 Februari 2014
Kesemua 18 penumpang maut selepas pesawat kecil dinaiki terhempas akibat cuaca buruk di sebuah gunung yang dilitupi salji tebal di Nepal. Pesawat membawa 15 penumpang dan tiga orang anak kapal sedang dalam perjalanan dari Pokhara ke Jamia.
11 Februari 2014
Pesawat C-130 Hercules milik tentera Algeria membawa tentera dan keluarga terhempas berhampiran Ouled Gacem di timur negara terbabit. Hanya seorang terselamat manakala 77 yang lain terbunuh sekali gus menjadikan insiden tersebut nahas udara paling teruk di Afrika Utara dalam tempoh 10 tahun.
DRAMA TRGEDI
Ugut bom pesawat
Bulan lalu, tindakan bijak juru terbang Boeing 737-800 Pegasus Airlines bersama anak kapal berjaya menyelamatkan pesawat dari Kharkiv, Turki daripada dirampas seorang lelaki Ukraine yang mengancam akan meletupkan bom dibawa di dalam beg.
Suspek berusia 45 tahun memaksa pesawat dengan 110 penumpang mengubah haluan penerbangan ke Sochi, yang merupakan tempat berlangsungnya Sukan Olimpik Musim Sejuk di Rusia.
Sebelum memasuki ruang udara di Turki, juru terbang berjaya memberi maklumat kepada Pusat Kawalan Tentera Udara Turki tentang cubaan rampasan dan pesawat pejuang F-16 dikerah bagi mengiringi pesawat tersebut. Pesawat akhirnya selamat mendarat ke destinasi asal di lapangan terbang di Sabiha Gokcen, Istanbul.
Kegagalan mekanikal punca 520 maut
Pada 12 Ogos 1985, 520 penumpang terbunuh selepas pesawat Japan Airlines dari Lapangan Terbang Antarabangsa Tokyo (dahulu Lapangan Terbang Haneda) ke Lapangan Terbang Antarabangsa Osaka
mengalami masalah mekanikal 12 minit selepas ia berlepas.
Selepas 32 minit, Boeing 747SR terhempas di antara dua rabung di Gunung Takamagahara di Ueno, wilayah Gunma kira-kira 100 kilometer dari
Tokyo dan Osutaka Ridge berhampiran Gunung Osutaka.
Insiden menyebabkan 15 anak kapal bersama 505 daripada 509 penumpang keseleruhan terbunuh. Hanya empat penumpang terselamat dalam nahas terbabit.
Rampas pesawat untuk perlindungan politik
Pembantu juru terbang pesawat Ethiopia Airlines Boeing 767-300 dalam penerbangan dari Addis Ababa ke Rom ditahan selepas melakukan rampasan pesawat sebelum mendarat di Switzerland.
Suspek dikenali sebagai Hailemedehin Abera Tagegn menunggu sehingga juru terbang ke tandas sebelum bertindak mengunci dirinya di dalam kokpit.
Selepas selamat mendarat di Lapangan Terbang Geneva, dia dikatakan meminta perlindungan politik di Switzerland. Bagaimanapun, kesemua 202 penumpang dan anak kapal selamat.
Pesawat dijadual meninggalkan ibu negara Ethiopia pada pukul 3 pagi waktu tempatan dan tiba di Rom pada 4.40 pagi . Selepas merampas pesawat, suspek dipercayai membuat panggilan radio ke Geneva eminta kebenaran untuk mengisi bahan api sebelum mematikan penggera sekali gus menunjukkan pesawat telah dirampas.
Malah, suspek turut mengugut untuk menghempaskan pesawat. Dua jet pejuang Perancis dihantar mengiringi pesawat terbabit kerana telah melintasi Eropah. Pada jam 6 pagi waktu tempatan, pesawat itu membuat pendaratan tidak berjadual di Geneva.
Rencana

SEBENARNYA nak cerita malu, tapi kalau tak luahkan isi hati ini, rasanya kami boleh jadi sakit jiwa, sebab kami dah tak tahan lagi dengan perangai ayah semakin tua makin menjadi-jadi miang keladinya, sampaikan satu sekolah tempat ayah mengajar dah tahu. Tapi ayah langsung tak malu bercinta kalah orang muda, semakin di nasihati semakin dia tunjukkan perangai buruknya pada kami.
Bayangkan ayah boleh bercinta dengan kekasihnya dalam telefon depan emak dan kami semua, supaya kami dengar. Hinggakan saudara mara yang mendengar pun geleng kepada. Itu cerita Fatin Najwa dalam e-mel pendek dan seterusnya ketika kami berbual panjang beberapa kali di telefon baru-baru ini.
Seingat saya sejak dulu ayah suka kerja di daerah lain jauh dari rumah kami, ayah balik seminggu atau dua minggu sekali, ayah tak beri emak ikut, susah katanya, sebab kami bersekolah, dan emak bekerja. Jadi ayah suruh emak duduk rumah.
Balik sesekali bukan ayah lekat kat rumah, sibuk bergayut di telefon awam, dia tak guna telefon rumah, sebab tak mahu emak dengar. Bila cuti sekolah ayah balik rumah, sebab dia guru dan dia ambil berat pelajaran kami sambil keluar masuk buat panggilan telefon.
Saya tahu ayah ada sahabat pena. Bukan itu saja, kekasih pun ada yang satu sekolah, satu jabatan dengan kerani sekolah pun ada. Dalam adik-beradik saya bertiga, sayalah paling berani tegur perangai ayah. Kakak-kakak tak berani, katanya berdosa cakap kasar dengan ayah, tapi mereka selalu kutuk di belakang ayah, tak berdosa?
Saya jenis tak suka cakap belakang, saya nampak perangai ayah tak betul saya tegur walaupun saya selalu kena tengkeng. Emak pun saya nasihatkan, jangan merungut dan menangis di belakang ayah, kalau tak suka perangai ayah cakap depan-depan, tapi kata emak sabar, satu hari nanti ayah berubah. Malangnya sekarang umur ayah dekat 60 tahun bukannya berubah, malah menjadi-jadi miangnya hinggakan isteri orang pun dia layan.
Peliknya, si isteri orang ini Qas umur dah lebih 40 tahun, ada anak tiga orang, dia tak rasa malu langsung setiap hari datang sekolah, konon hantar dan ambil anak, bukan anaknya tahun satu dah tahun tiga nak hantar lagi ke? Tujuan sebenarnya nak goda ayah. Peliknya suami Qas tak marah, sanggup biarkan isterinya duduk di sekolah hingga tak masak di rumah.
subahat
Saya rasa suaminya tak marah sebab dia izinkan isterinya pergi makan angin tiga malam ke Genting siap bergambar dengan ayah. Takkan dia tak tanya isterinya pergi mana, tinggalkan anak dan dia siap ambil cuti jaga anak-anak di rumah.
Mulanya saya tak tahu perangai ayah tapi guru sekolah tempat ayah mengajar beritahu, mereka tak mahu bersubahat. Untuk kepastian, saya intip ayah. Saya selidik siapa Qas dan suaminya. Memang tak boleh nafikan. Akibatnya emak dapat penyakit jantung.
Saya pernah curi tengok telefon ayah tertinggal ketika dia mandi. Terkejut berok bila saya tengok gambar-gambar ghairah Qas tak berbaju berlengkar atas katil dengan ayah. Saya tau Qas ambil gambar tu, sebab ayah memang tak pandai gunakan telefon canggih.
Emak selalu menangis, tapi tak berani tanya ayah. Dia selalu cerita perangai ayah, bila saya naik angin, emak suruh saya sabar, berdosa lawan ayah. Jadi apa sebenarnya emak mahu? Saya beritahu emak, perangai ayah semakin buruk berpunca daripada sikap emak, sebab terlalu takut dan puji ayah setengah mati, hinggakan ayah selalu ugut nak terajang emak.
Kerana dah tak tahan perangai buruk ayah, ada seorang dua guru telefon kakak dan saya suruh emak datang, tapi kami tak beri, sebab emak sakit jantung. Saya pernah lihat kereta ayah di rumah Qas. Bila mereka keluar, saya tanya anak Qas mana emak dan ayahnya.
Kata anaknya emaknya keluar, ayahnya pergi kerja. Saya tanya lagi mereka tahu tak emaknya isteri orang tak boleh berjalan dengan suami orang. Berdosa. Bila emaknya balik, mereka beritahu ayah saya dan Qas, apa lagi, ayah mengamuk sakan tuduh saya campur urusannya. Saya mengaku sebab nak sedarkan ayah tak baik buat skandal dengan isteri orang, akibatnya teruk saya kena penampar dan penumbuk ayah.
Saya bukan budak kecil, dah 22 tahun. Tetapi kena pukul sebab cuba nasihatkan ayah. Sejak itu perangai ayah bertambah teruk lagi, seolah-olah mencabar saya dan emak, apa kami boleh buat kalau dia berasmara dengan kekasihnya di telefon. Ayah langsung tak ada perasaan segan silu. Lebih menyedihkan ayah sudah lupa solat. Jangan kata solat lima waktu, solat Jumaat pun dia tak buat, asyik keluar makan dan shopping dengan Qas.
Saya tahu ayah ada banyak duit, sebab dia tak tanggung lagi makan minum kami, semua emak uruskan. Jadi duit lebihannya dia belikan telefon canggih, laptop untuk kekasihnya dan anak-anaknya. Peliknya suami Qas tak marah. Ini bukan kali pertama Qas ada skandal dengan suami orang. Dia cerita keseronokannya dalam FB, dia bangga kerana dapat ayah jauh lebih baik daripada kekasih lamanya.
Ayah tak tahu guna telefon canggih, tapi Qas suruh belajar. Nak hantar SMS tulisan halus mata ayah dah kabur kerana penyakitnya. Tapi ayah tak malu dia guna kanta pembesar untuk taip dan baca SMS. Saya pernah sindir ayah, kalau mata dah kabur ingatlah diri dah tua tak payah SMS lagi, belajarlah pergi ke masjid.
Sekarang ayah makan ubat double steam cell supaya nampak muda, kulit cerah dan lawa. Ayah tak tahu pasal benda-benda tu, tapi Qas suruh ayah makan supaya ayah kekal muda dan dia boleh kikis duit ayah lagi. Itu cerita FatinNajwa.
Utusan
Rencana

Kajian itu juga menunjukkan bekerja pada syif malam meningkatkan risiko penyakit jantung sehingga tiga kali ganda.
Pakar penyelidik dari Pusat Penyelidikan Tidur di University of Surrey, England, Profesor Derk-Jan Dijk berkata, bekerja secara syif dikatakan dapat memusnahkan sehingga 1,500 gen dalam tubuh manusia. Tubuh manusia mempunyai kira-kira 24,000 gen.
Menurutnya, gangguan terhadap kitaran 24 jam semula jadi badan akan secara tidak langsung mengubah pola irama gen.
Untuk menilai kesan ke atas tubuh, penyelidik menempatkan 22 orang responden mengikut jadual 28 jam sehari tanpa kitaran cahaya gelap semula jadi.
Hasil kajian mendapati, kitaran tidur-jaga mereka tertangguh sehingga empat jam setiap hari menyebabkan mereka tidur 12 jam berbeza daripada hari normal.
Sampel darah juga menunjukkan pengurangan enam kali ganda dalam bilangan gen dalam tempoh kira-kira 24 jam.
Pengurangan gen itu dipercayai mempengaruhi kitaran tubuh dalam jangka masa panjang sekali gus mengakibatkan masalah kesihatan.
Sumber: Kosmo!
Rencana

Kisah Yang Menyentap Jiwaku: Pramugari Boeing 777
Dikala ramai yang bersoal jawab mengenai kehilangan MH370, izinkan saya berkongsi sebuah dialog yang berlaku antara saya dan ketua Pramugari sekitar 2010;
Seperti biasa saya dapat jemputan untuk menyampaikan ceramah di Singapura pada pertengahan tahun 2010, alhamdulillah penganjur berbesar hati belikan saya tiket bussiness Class, Mas Airlines, biasanya naik economy class je, kadang-kadang drive ke Singapura, ingat lagi masa tu naik Boeing 777-200, MH berapa tak ingat.
Ceritanya begini, masa tu nak balik KL, di Changi Airport, bila tiba masa untuk boarding saya menuju ke arah aircraft, dimuka pintu aircrft ketua pramugari menyambut ketibaan penumpang, biasanya Pramugari atau Pramugara akan ucap kepada penumpang ” Welcome a board sir, have a pleasant trip” atau apa-apa ucapan selamat datang yang sewaktu dengannya, tapi berlainan dengan Pramugari yang sambut saya pada ketika itu, “Assalamu alaikum Ustaz“, saya jawab “Wa alaikum salam”.
Agak terkejut, berkata dalam hati “mak ai akak tu kenal aku la…” Sebabnya begini, prasangka yang ada dalam hati bila melihat orang yang tidak bertudung ialah, jauh dari agama, sesat, tak sempurna iman… dan macam-macam lagi.
Sebetulnya masa mula-mula mata pandang kearah Kakak Pramugari tu, dalam hati berkata “Ya Allah berilah hidayah kepada mereka ni“… Setelah masuk dalam dan dah dapat tempat duduk saya diberi minuman ringan… pastinya “Guava Juice ” pilihan ku dulu kini dan selamanya. Bila dah take of, ” Teh Tarik”… kena pulak duduk di window seat… sambil menghirup teh tarik sambil melihat keluar tingkap, sambil mengagumi kebesar Allah swt. Sedang kapal dah terbang dalam 20 minit, Ketua Pramugari yg mula-mula sambut saya, menghampiri tempat duduk saya, sambil senyum…saya pun balas senyum, dialognya begini;
Pramugari: Assalamu alaikum Ustaz,
Saya: Wa alaikum salam, yea.
Pramugari: Saya dan seisi famili suka dengan rancangan mengaji al-quran ustaz…
Saya: Tilawah Interaktif ka?
Pramugari: Yea Ustaz.
Saya: alhamdulillah puan saya sehat, ujarku.
Pramugari: Ustaz, saya nak mintak tolong sikit, kami ada sekolah tahfiz anak-anak pelarian Rohingya, jadinya saya nak mintak tolong Ustaz tolong carikan guru-guru tahfiz, kalau ada anak-anak murid ustaz di tempat ustaz mengajar pun boleh.
Saya: (Diam seketika, tersentap, kelu dan kaku sebentar)
Saya: In Sha Allah, saya akan bantu carikan guru2 tahfiz untuk sekolah puan.
Pramugari: Ini no saya ustaz… tolong yea Ustaz. (jelas penuh harapan)
Selepas Pramugari itu beredar, saya mengucap panjang, ya Allah, mulianya insan ini, padaMu jua aku berharap, ya Allah ku mohon agar Kau berilah petunjuk Mu kpd mereka ini.
Mulai hari itu presepsi saya terhadap cabin crew telah berubah, bukan sekadar itu, kadang-kadang dlm perjalanan yg agak jauh seperti dari KL-KK, atau KL-Sibu/Kuching, cabin crew akan bertanyakan soalan-soalan agama kepada saya untuk kepastian dan penjelasan.
Moral of story “JANGAN BERSANGKA BURUK DENGAN ORANG, DAN JANGAN MENGHUKUM ORANG DARI ZAHIRNYA”.
-oleh Ustaz Farid Ravi
Rencana

30hb, suami dapat gaji RM3,000.00 & terus buat internet banking bayar bil:
- Bil air RM30.00
- Duit rumah RM700.00
- Duit kereta RM700.00
- Bil telefon suami & isteri RM200.00
- Bil elektrik RM170.00
- Ansuran motor RM150.00
- Yuran tuisyen anak RM150.00
Serta menukarkan RM150.00 duit pecah seringgit-seringgit untuk belanja sekolah anak² bagi tempoh sebulan.
Lalu berbekalkan duit baki RM750.00 balik ke rumah, jemput isteri dari tempat kerja & terus disambut dengan isteri satu soalan:
“Hari ini hari gaji abang kan?? Jom pergi beli barang dapur, banyak dah habis, sambil tu boleh bawa bebudak makan luarlah. Malam ni, I tak laratlah nak masak. Bebudak pun esok hari sabtu cutikan?”
Suami mengangguk lemah, terpaksa setuju demi anak dan isteri.
Sampai di rumah, disambut pula dengan anak yang bongsu, “Ayah, cikgu adik cakap hari isnin, cikgu nak RM20.00 untuk beli baju sukan yang baru.”
Isteri spontan menyampuk “Minta kat ayah. Ayah baru dapat gaji”
Sambil anak yang sulung pula mencelah, “Ayah, kakak pun nak duit RM30.00. Hari isnin nak beli buku rujukan, dah dekat nak peperiksaan ni.
Si suami terus mengeluarkan RM50.00 untuk anak bongsu dan anak sulung. Kemudi,an bila selepas magrib berangkatlah anak beranak ke kedai untuk makan dan berbelanja barang dapur dan sebelum itu suami singgah isi minyak kereta RM50.00 langsung ke kedai makan dan makanlah anak beranak tersebut
dengan bil makan berjumlah RM50.00.
Setelah itu, langsung pergi berbelanja barang dapur dengan jumlah RM250.00 untuk barang kering dan RM50.00 untuk barang basah.
Setelah semuanya selesai, pulanglah keluarga tersebut ke rumah dengan suami hanya tinggal gaji yang baru dapat pagi tadi sebanyak RM300.00 sahaja. Maka tidurlah si suami dengan mata yang terkebil-kebil mengenangkan baki duit yang tinggal hanya dalam beberapa jam sahaja dapat gaji tadi.
Keesokkannya, pagi sabtu, isteri suruh si suami belikan roti canai untuk sarapan pagi. Suami pun pergilah beli dengan modal RM5.00 dan surat khabar RM1.50. Manakala menjelang petang, si isteri dan anak-anak ajak suami jalan-jalan di pasar malam Jalan TAR sempena malam minggu. Si suami ikutkan juga dalam keadaan dilema bagi menjaga hati isteri dan anak anak.Terpaksa tambahkan lagi minyak kereta sebanyak Rm30.00.
Sampai di jalan TAR, si isteri berkenan dengan tudung bawal berharga RM15.00, minta dibelikan. Suami pun keluarkan duit bayar. Kemudian bila ke depan sedikit bahagian pakaian kanak kanak pula, nampak baju tidur anak-anak yang berharga RM15.00 sehelai. Isteri pun selamba kata
“Bang baju tidur bebudak ni pun dah lusuh. Belikan diorang yang baru ni, murah jer RM15.00″.
Suami keluarkan lagi RM30.00 untuk baju tidur anak-anak.
Lalu terus pulang ke kereta untuk balik ke rumah bersama-sama. Tetapi dalam perjalanan nak pulang, anak-anak merengek dahaga dan lapar. Minta singgah di kedai makan untuk makan malam. Si ayah kesiankan dengan rengekan anak pun singgahlah di kedai makan tomyam dan makan dengan membayar RM30.00 lagi.
Jumlah keseluruhan baki yang tinggal selepas 48 jam dapat gaji ialah RM188.50.
Esok hari Ahad. Isteri suruh pergi kedai pagi-pagi untuk belikan santan dan sedikit ikan bilis untuk masak nasi lemak sebagai sarapan pagi. Suami bermodalkan RM7.00 dan RM1.50 untuk suratkhabar. Tinggallah duit gaji genap RM180.00.
Malamnya pula, beri pada isteri RM150.00 untuk belanja makan dia di pejabat atas dasar nafkah kepada isteri tercinta.
Maka bermulalah pagi hari isnin si suami dengan berbekalkan modal baki gaji hari jumaat kelmarin sebanyak RM30.00 untuk isi minyak motor dan makan di pejabat serta menghitung hari lagi untuk ke 30hb yang akan datang sama ada sampai atau tidak?
Selang seminggu selepas itu, pada hujung minggu, isteri ajak balik kampung melawat ibu ayah dia di kampung. Suami katakan tidak ada modal. Lalu isteri menjawab dengan sinis,
“Kalau ajak balik kampung saya jer, takde duit. Kalau ajak balik kampung saya jer, abang kata takde duit. Mana pergi duit gaji abang selama ni? Takkanlah seminggu gaji dah tak berduit? Abang ada perempuan lain ke?”
Terpinga pinga suami nak dijawab, jadi perang. Nak diceritakan yang sebenar, nanti disalahkan balik.
Itulah nasib seorang suami.
Rencana
Sejak beberapa hari ini pelbagai cerita mitos muncul di susur masa media sosial berkenaan kehilangan MH370. Ada beberapa mitos telah kami jawab di artikel yang kami on our sister site AMANZ.MY right here. Klik link tadi untuk mendapat jawapan berkenaan kenapa Google Earth tidak digunakan dalam operasi menyelamat. Mengapa kapal selam Scorpene tidak dihantar untuk mencari MH370 dan sedikit informasi mengenai penggunaan black box.
Sebentar tadi susur masa Twitter kami menerima satu lagi soalan dari pembaca yang mengatakan ada teori baru kononnya ada pesawat yang hilang selama 35 tahun dan muncul semula pada tahun 1993. Link video dibawah diberikan kepada kami sebagai bukti kesahihan cerita ini.
Baiklah mari kita musnahkan cerita bohong tahap sinetron murahan ini dengan menggunakan fakta. Kami sedari kenapa cerita macam ini mendapat tempat di hati Malaysian. Ya kami sedari ramai yang mahu fikir positif bahawa penumpang MH370 selamat tetapi disorokkan djinn and aliens or whatever shit you believe in. Truth of the matter is rakan-rakan sekalian cerita di atas tidak ada bukti pernah berlaku sama sekali.
"Berita" di atas dimuat naik pada Julai 2013. Ianya diambil dari siri TV Indonesia On The Spot. Ia memaparkan berita "aneh", "misterius" dan "angker" yang berlaku seluruh dunia. Jadi bolehlah dikatakan siri On The Spot ini ialah siri TV Mastika edisi Bung Karno. Di bawah ialah sebuah lagi klip rangkuman "berita misterius" dari seluruh dunia yang dilaporkan oleh rancangan ni.
Spot a trend yet? Rancangan ini meletakkan berita random dan video viral palsu sebagai berita sahih. Maka disini anda sepatutnya sudah boleh mempertikaikan kesahihan cerita pesawat mendarat selepas 35 tahun menghilang.
Kami melakukan sedikit carian di internet dan laporan paling awal mengenai cerita ini kami jumpai di laman Socyberty. Entri cerita ini ditulis pada 28 Mac 2011. Tetapi ada perbezaan ketara diantara cerita yang dilaporkan di Socyberty dengan cerita yang dilaporkan di On The Spot.
1. Dalam laporan asal kejadian berlaku pada tahun 1946 bukannya 1945. Sebuah pesawat Lockheed Constellation dikatakan hilang ketika dalam perjalanan dari Rio De Janiero ke Havana Cuba.
2. Dalam laporan asal pesawat mendarat secara tiba-tiba di Bogota Colombia pada tahun 1993 bukannya di Porto Allegre Brazil pada tahun 1980. Perbezaan hilang selama 47 tahun ataupin 35 tahun bergantung kepada cerita mana yang anda mahu percaya.
4. Laporan asal juga lebih terperinci kerana mengatakan masih terdapat kopi yang masih panas dan rokok yang masih berasap di dalam kabin berisi penumpang yang kini hanya tinggal rangka.
Seterusnya mari kita lihat senarai penuh kesemua insiden kecelakaan yang melibatkan pesawat Lockheed Constellation.
Kepada yang kurang arif Lockheed Constellation ialah pesawat yang popular pada waktu itu dan adalah yang paling canggih boleh digunakan syarikat penerbangan. Pesawat jenis ini juga digunakan Presiden Dwight Eisenhower sebagai pesawat rasmi beliau semasa memegang jawatan Presiden Amerika Syarikat.
Senarai penuh kesemua kecelakaan melibatkan Lockheed Constellation boleh anda akses melalui pautan ini. Diantara 1945-1946 berlaku 6 insiden kemalangan melibatkan pesawat ini. Kesemua melibatkan kemalangan yang berlaku di Amerika Utara melibatkan pesawat milik Pan Am, TWA Airline dan sebuah milik Tentera Udara Amerika Syarikat. Kesemua pesawat yang terhempas berjaya ditemui.Tiada yang hilang.
TIADA insiden melibatkan pesawat yang terbang dari Rio De Janeiro ke Havana diantara 1945-1946. Kemalangan pertama pesawat ini di Amerika Selatan dilaporkan pada tahun 1955 apabila pesawat milik Panair Do Brasil terhempas ketika cuba mendarat kerana melanggar sebatang pokok. Seramai 16 dari 24 penumpang meninggal dunia. Pesawat berjaya ditemui. Sebuah lagi insiden berlaku pada tahun1959 melibatkan pesawat Lufthansa yang terhempas ketika cuba mendarat di Rio De Janeiro akibat cuaca buruk. Hanya 3 dari 39 anak kapal terselamat. Sekali lagi pesawat ditemui.
Jadi terbukti tiada rekod langsung ada pesawat dari jenis ini hilang sepanjang ianya digunakan oleh syarikat penerbangan seluruh dunia.
Kami kemudian melakukan carian senarai pesawat penumpang yang hilang dan sehingga kini tidak ditemui. Hasilnya ialah senarai lengkap pesawat yang hilang dan tidak ditemui sejak 1856 sehingga 2014. Tidak ada satupun pesawat di dalam senarai ini dalam perjalanan dari Rio ke Havana.
Jadi apa konlusi kami mengenai cerita yang sedang HEBAT dikongsi di laman sosial sekarang?
Sumber artikel - Blogserious
Rencana

1. MUQADDIMAH
Lihatlah insiden MH370 dengan pandangan matahati. Jangan terbuai dengan naratif huru-hara yang sedang disogokkan kepada anda supaya anda tidak melihat percaturan sebenarnya.
Anda sedang berhadapan dengan musuh-musuh yang tersembunyi dan sangat pakar dalam operasi false flag. Saya sudah acapkali menekankan kepentingan Malaysia dan perairannya. Hari ini kita melihat mereka maju setapak lagi dan dengan mudahnya Malaysia diheret ke persada kacamata dunia atas sebab-sebab yang tidak diingini, bersama pihak-pihak yang berkepentingan.
Imam Tirmidzi meriwayatkan dari Abi Sa'id ra dari Nabi saw bahwa baginda bersabda: “Takutlah kamu kepada firasat orang mukmin, kerana ia memandang dengan cahaya Allah Azza wa Jalla.” (HR Tirmidzi)
Kemudian baginda membaca ayat: "Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda (kekuasaan Kami) bagi ‘mutawassimin’ (orang-orang yang memperhatikan tanda-tanda)." (QS Al-Hijr: 75)
i. KEPADA SIAPAKAH SAYA TUJUKAN ARTIKEL INI
Seorang sahabat di alam maya yang baru saja saya kenali datang bertanya di inbox:
BWW: Salam .. bro .. ada klu tentang kehilangan MH370 ?
08/03/2014 17:16
Saya berharap ini kali terakhir saya melahirkan pandangan saya mengenai MH370. Sebagai menghormati permintaan beliau maka saya sampaikan sedikit pandangan saya. Saya tidak mahu terlibat dengan percaturan yang tiada kesudahan ini. Kalau ada yang beroleh manfaat dari artikel ini selain dari saudara BWW, maka fikir dan kembangkanlah.
Saya tidak ada keperluan mendekati sesuatu isu secara apa yang kononnya diistilahkan sebagai "pendekatan ilmiah". Saya tidak perlu pada justifikasi dan pembuktian yang terperinci, maupun perdebatan yang tiada kesudahan. Kami membaca pergerakan mereka pada kadar yang 'manasabah' dan samasekali tidak akan terlibat dalam permainan putar alam mereka. Sidang pembaca boleh membuat interpolasi selanjutnya. Saya sekadar menyampaikan bahawa kalian sedang disasarkan, itu saja.
Perkara pertama yang menarik perhatian saya sebaik sahaja menerima khabar mengenai MH370 ialah kesungguhan luarbiasa CNN dalam memberi liputan berita terhadap insiden ini dari detik-detik permulaannya.
Bagi kami apa saja yang timbul dari CNN adalah berita buruk, "CNN is bad news.". Inilah klu pertama saya sebenarnya. Saya membaca ramai yang terpengaruh dengan liputan berita CNN pada detik-detik awal tercetusnya berita tentang insiden MH370, lalu saya pun turut serta mengikuti liputan CNN dengan harapan bahawa Malaysia tidak dihadiahkan dengan 9/11 mereka.
Saya masih berdoa agar mereka itu yang di dalam pesawat MH370, mangsa-mangsa kelompok sang perosak mukabumi, agar segera muncul dengan selamatnya di hadapan kita semua supaya anda boleh mengabaikan peringatan dan pesanan ini.
ii. RICHARD QUEST & SILAPMATA KLASIK DAJJAL MELALUI CNN
Sistem dajjal meninggalkan templat acuan yang sering dikitar semula berulang-ulang kali sehingga anda tidak nampak, sedangkan ia sedang bermain-main di bawah batang hidung anda. Silapmatanya membawa anda ke alam fantasi yang diolah mereka dengan begitu realistik, sedangkan tanda-tanda mereka sedang beroperasi diabaikan. Sebaik sahaja anda melihat tanda-tanda ini, anda tahu suatu agenda sedang dilaksanakan.
Menurut Quest beliau bertemu dengan Fariq ketika penggambaran program CNN Business Traveller dan rakaman video penerbangan tersebut adalah pada 19 Februari 2014 membabit pesawat yang sama (MH370).
- Fariq Ab Hamid, 27, had recently switched to the Boeing 777-200
- He landed it in a flight captured on video last month by CNN
- It was a textbook-perfect landing, the captain said of Hamid's work - (Sumber CNN)
![]() |
| (Gambar: Pembantu Juruterbang Pesawat MH370 Fariq Abdul Hamid bersama Richard Quest, 17 hari sebelum kejadian insiden! Jurnalis CNN atau Sepai?) |
Anehnya CNN yang sudah dikenali sebagai lubuk perisikan Mossad dan CIA langsung tidak dipertikaikan kehadiran mereka. Tidakkah aneh bahawa beliau sudah berada dalam pesawat tersebut terlebih dahulu membuat penggambaran bagi CNN (+ -) 17 hari sebelum insiden MH370? Tidakkah aneh beliau bertemu dengan co-pilot pesawat yang terbabit pada 19 Februari? Kebetulan?
Richard Quest sendiri mempunyai latarbelakang yang kabur yang boleh dipertikaikan. Beliau mempunyai rekod tahanan pihak polis AS atas salahlaku seksual songsang dan pemilikan dadah 'meth'. Di CNN kononnya beliau adalah seorang pakar aviasi sedangkan beliau berkelulusan undang-undang!
Beliau membuat penggambaran CNN Business Traveller dan memandangkan fungsi beliau sebagai pakar aviasi, menjelang insiden MH370 beliau memainkan peranan sebagai 'PAKAR AVIASI' dan memberi liputan/analisis secara terperinci mengenai MH370. Apakah mereka datang ke sini untuk membuat penggambaran Business Traveller atau membuat persiapan untuk OPERASI FALSE FLAG MH370 sebenarnya? Bangunlah anak-anak Melayu, jangan lena diulit mimpi lalu kamu bertelingkah sesama kamu sendiri. Hentikanlah permusuhan sesama kamu.
Pada tahun 2006 Richard Quest (lahir 9 Mac 1962) menolak tawaran untuk bertugas dengan saluran Inggeris Al Jazeera, di atas alasan ketidaksuaian berdasarkan homoseksualiti (gay) dan berketurunan Yahudi Eropah (Jewish). [1]
![]() |
| (Gambar: Richard Quest) |
1. ^ Owen Gibson; Afshin Rattansi (November 12, 2006). "Look east: After long delays and a rumoured editorial split with its Arabic parent, English-language news channel al-Jazeera will go on air this week. Owen Gibson and Afshin Rattansi report". The Guardian. Retrieved 6 August 2012. "But there were delays from the start. It was hard to recruit big-name presenters: Richard Quest of CNN said he turned down an offer on the grounds that being gay and Jewish might not be suitable."
CNN reporter in sex, rope and drug scandal
April 21, 2008 - 8:40AMA well-known CNN reporter has been arrested in New York's Central Park with drugs in his pocket, a rope around his neck that was tied to his genitals, and a sex toy inside his boot.Richard Quest - who is known for his boisterous and quirky style - was arrested at 3.40am on Friday, almost three hours after the park's 1am closing time.He was initially arrested for loitering, the New York Post said. However, a search by police uncovered the oddly configured rope, a sex toy inside Quest's boot, and a small bag of methamphetamine in his left jacket pocket, the Post said. (http://www.smh.com.au)
Gay CNN presenter Richard Quest on his comeback after that embarrassing park incident
Kedua-dua Yahudi Zionis CNN yang homoseksual secara terbuka ini iaitu Richard Quest dan Anderson Cooper kelihatan tersasul beberapa kali semasa melaporkan tentang MH370. Tidak hairanlah isu membaca riak wajah dan "bahasa badan" ini saya kemukakan seketika, ibarat pepatah Melayu 'pulang paku buah keras'. Pentagon sendiri telah menggerakkan aparatus mereka baru-baru ini untuk 'membaca' Presiden Vladimir Putin berikutan sidang media beliau mengenai Ukraine lebih 1 jam.
"The Pentagon has spent hundreds of thousands of dollars in recent years so that researchers can study the body movements of foreign leaders, including Russian President Vladimir Putin, in hopes of predicting future behavior."
Video 1: Richard Quest - I flew with missing first officer of MH370.
(00:32) And now ships, air and sea rescue from both Vietnam and Malaysia and Singapore is also involved, China would also get involved. The US forces who are in that area could be involved too. Everybody will be in a coordinated ATTACK (gugup dan membetulkan semula ayat kepada: ATTEMPT) to try and find exactly where this aircraft is in the water.."
Apakah yang sedang bermain dalam kepala Richard Quest sehingga tersasul dan berkata "coordinated attack?". Apakah ini prosedur 'Search & Rescue' atau 'Search & Destroy'?
(00:54) Pembaca berita kepada Richard Quest: "Now Richard let's talk a little bit more about that co-pilot Fariq Hamid. You actually sat in a cockpit of a similar aircraft just a few days ago.."
(1:18) We were (flying).. filming, (gugup membetulkan semula ayat: HAD AUTHORISED) had authorised filming for CNN Business Traveller, and we were on the cockpit.."
Richard Quest dan Anderson Cooper nampaknya bersungguh-sungguh untuk memastikan bahawa insiden-insiden ini diterima oleh penonton sebagai insiden 'kebetulan' dan penggambaran CNN Business Traveller tersebut mendapat pengesahan rasmi dari pihak berkuasa. Dengan lain perkataan ia bukannya suatu operasi 'covert' rahsia perisikan Amerika Syarikat.
- Video #2: Richard Quest: Malaysia Airlines MH370 jet was 'at safest point' in flight.
Pada saat pembuka kata (00:03) video #2, Anderson Cooper sudah tersasul.
Anderson Cooper: "We're now bringing in Richard Quest who has 'ACTUALLY' (gugup).. COINCIDENTALLY (Anderson mengubah ayat kepada "secara kebetulan..") has been shooting a story on the "airline" (Penerbangan Malaysia) and has spent time with the airline's CEO..."
- Video #3: Where is Malaysia Airlines Flight 370? Traces of oil seen in area of last contact .
Pada video #3 kita melihat pelbagai aspek pencerobohan keselamatan pesawat MH370 diperbincangkan & Rene Marsh koresponden CNN memberi isyarat dan justifikasi tentang keperluan untuk badan penyiasat Lembaga Keselamatan Pengangkutan Kebangsaan (National Transportation Safety Board - NTSB).
Beliau membuat konotasi bahawa negara-negara di rantau ini tidak mempunyai kepakaran yang memadai untuk menangani krisis yang sebegini dan negara-negara yang lebih besar, maju dan berkemampuan (Amerika Syarikat) seharusnya mengetuai penyiasatan tersebut.
Menurut John Goglia, "pakar aviasi" dari NTSB, agensi induk AS yang menyiasat kemalangan kapal terbang, "Ketiadaan panggilan kecemasan mencadangkan bahawa kapal terbang sama ada mengalami penyahmampatan letupan atau telah dimusnahkan oleh bahan letupan."
” Ia harus berlaku cepat kerana tidak ada komunikasi, ” kata Goglia. Beliau berkata identiti palsu kedua-dua penumpang kuat mencadangkan kemungkinan bom. “Itu bendera merah (Red Flag) yang besar,” menurutnya.
Saya 'bertanya' kepada John Goglia di sini, "Red Flag" atau "False Flag"? Tak perlulah bermain istilah dengan anak Melayu.
2. ANTARA MASALAH YANG DICIPTA DENGAN REAKSI YANG MENDATANG
Anda akan melihat bahawa sekiranya insiden ini berakhir sebagai nahas yang tragik, maka China akan mempunyai kasualti yang terbesar di mana lebih dari separuh mangsa dari insiden MH370 adalah warganegara China. Maka dari suatu sudut, siapakah sasaran sebenarnya dari segi kasualti nyawa?
Perkembangan semasa berkenaan konflik Barat-Rusia, akhir-akhir ini melihat China dengan lantang menempelak Amerika Syarikat. Apakah anda menyangka China tidak memahami isyarat Amerika Syarikat kepada mereka dari insiden MH370 ini?
Malaysia sudah terjebak di dalam insiden ini di mana di mata dunia, kelemahan pentadbiran dan keselamatan membabitkan penerbangan luar negara dilihat sebagai lemah. Maka apakah perasaan China terhadap Malaysia? Tragedi MH370 ini dibentuk supaya negara kita tersepit dicelah konflik yang mendatangkan kemarahan China dan rakyatnya terhadap Malaysia.
Pada peringkat awal ini sahaja, cuba anda perhatikan apakah sentimen rakyat mereka terhadap Malaysia mengenai pengendalian kes ini? Anda belum merasakan bahang kemarahan dan kekecewaan rakyat China? Kekeruhan hubungan dua hala sedang disemai secara sistematik. Bagi saya inilah cara instigasi yang sangat klasik, dengan menggunakan pihak ketiga (Malaysia) untuk mensasarkan kasualti keatas sasaran sebenarnya iaitu China.
3. ISYARAT TERTINGGI KEPADA CHINA
Seorang kenalan maya di RT melawak dan katanya "tiada siapa yang lebih arif tentang sistem pengendalian Boeing dari Amerika Syarikat. Kalau ada sesuatu pihak yang boleh menjatuhkan pesawat MH370 dari ruang udara dengan mudah adalah Amerika Syarikat."
Itulah hakikatnya. Rangkaian perhubungan data 'dalam penerbangan' Boeing 777 berhubung terus 24/7 kepada Pusat Komputer Boeing di Seattle, Washington.
Jika kesemua rangkaian ini dipadamkan serta merta melalui suatu insiden yang katastropik ini bermakna:
1. Sebuah bom dalam anggaran 100-200 lbs telah diseludup masuk ke pesawat dan diledakkan atau;
2. Sebuah serangan peluru berpandu anti-pesawat seperti yang dimiliki dari USS Navy Guided Missile Destroyers yang diketahui sedang beroperasi di Laut China Selatan ketika itu.
3. Senjata berteknologi tinggi yang tidak diketahui.
Radar USA 7th fleet di Laut China Selatan mampu menjejak pesawat tersebut, mengetahui ia meletup, dan jatuh ke perairan. Radar tersebut mampu menjejak secara tepat lokasi dan kordinat impak berlaku.
Satelit Reconnaisance Amerika Syarikat mampu melihat pesawat tersebut meletup di udara. Pusat kawalan recon AS juga mampu menjejak sekiranya sebuah peluru berpandu anti-pesawat dilancarkan sebelum ianya meletup di ruang udara. Dalam anggaran masa 7 jam segala keputusan boleh diproses dan disahkan.
"They will keep you running in circles where in fact they have you encircled." - Al Faedah
Namun tiada sebarang statemen yang relevan hingga kini diterima secara rasmi dari Whitehouse sedangkan mereka tahu apa sebenarnya yang berlaku. Mereka akan terus meletakkan anda dalam pusingan-pusingan yang mengelirukan, namun pada masa yang sama mereka telah pun mengelilingi kamu.
Ini menimbulkan pra-sangka yang manasabah bahawa pihak-pihak perisikan tertinggi blok Barat terbabit sedang dalam prosedur melaksanakan agenda terorisma keatas negara membangun di Asia Tenggara seperti Malaysia.
Insiden MH370 adalah suatu signal & statemen tahap tertinggi kepada China. Anda akan melihat suatu siri reaksi dari China secara berperingkat samada secara langsung atau tidak.
4. ANTARA MASA & TIMING INSIDEN
(Gambar: Kapten Zaharie Shah)
Perhatikan dengan baik 'timing' insiden ini berlaku sebaik sahaja keputusan mahkamah terhadap ketua pembangkang diterima. Mereka sudah pun mempunyai masa yang memadai untuk menyusun insiden ini bertepatan dengan segala kemungkinan keputusan mahkamah? Anda percaya pada "kebetulan"? Tragedi Lahad Datu mula memuncak pada 1 Mac 2013. Insiden Pesawat MH370 berlaku di awal pagi 8 Mac 2014, genap setahun sahaja selepas huru-hara Lahad Datu. Benarlah, ini semua semata-mata "kebetulan".
Bagaimanakah sentimen blok pro kerajaan dan blok pakatan? Tidakkah anda menjangka bahawa situasi pertentangan antara kedua blok yang bertelingkah ini akan bertambah meruncing? Apakah segala masalah ancaman perpecahan sesama kita bakal selesai dengan terpenjaranya sekali lagi Anwar Ibrahim? Janganlah terlalu naif. Kerana kenaifan sebeginilah umat Islam diperdaya berkurun-kurun lamanya.
Perhatikan kedudukan Penerbangan Malaysia selepas ini. Apakah anda menyangka, reputasi dan kedudukan kewangan syarikat penerbangan negara yang sememangnya sudah pun terumbang ambing, tidak akan tergugat samasekali? Sebenarnya, entiti syarikat penerbangan negara kita juga sedang disasarkan.
Perhatikan elemen & komposisi penumpang-penumpang pesawat MH370. Tidakkah anda melihat kehadiran komposisi yang sesuai? Penumpang warga Ukraine, Rusia, Amerika Syarikat, dan China.. Sekiranya elemen terorisma Eropah diperkenalkan, maka bukankah komposisi ini menepati konflik semasa global di Ukraine?
Apakah pecahan terperinci demografik setiap penumpang dalam pesawat MH370? Siapa-siapakah mereka? Apakah maklumat dan rahsia yang ada pada mereka? Apakah anda mampu merungkai "nilai" mereka dalam konteks perisikan?
Sama-samalah kita perhatikan elemen apakah yang akan mereka ketengahkan kelak.. Yang penting ialah alibi warganegara Amerika Syarikat sudah pun ditanam dalam insiden ini sebagai syarat bagi membuka ruang kepada campurtangan Amerika Syarikat.
Dengan 3 (+1 bayi) warganegara Amerika Syarikat, mereka sudah pun bergegas-gegas menyusun pasukan penyiasatan FBI mereka untuk turun. Insiden ini melibatkan 152 (+ 1 bayi) warga China! Apakah anda melihat kekalutan China untuk menghantar pasukan perisikan mereka?
Memang masih terlalu awal pada ketika ini untuk menjangka bagaimanakah perencanaan ini bakal diolah oleh mereka. Saya sekadar menasihatkan supaya jangan terbuai dengan sebarang polemik dan percaturan yang bakal disusun kehadapan. Akhirnya anda akan hanya semakin keliru.

5. MALAYSIA SEDANG DIPOSISIKAN SEBAGAI NEGARA YANG LEMAH & TIDAK MAMPU MENANGANI KRISIS
Pihak manakah yang paling tertekan dalam situasi masalah yang "dicipta" ini? Pastinya Malaysia berada dalam kedudukan yang paling tertekan, lemah dan terdedah. Perhatikan rentetan reaksi pada setiap spektrum. Tidakkah tragedi ini sudah pun mula menyemai bibit-bibit kecelaruan, kesedihan, dan kemarahan pada setiap peringkat?
Bayangkan sekiranya insiden ini berkesudahan dengan nahas yang mengorbankan kesemua penumpang dan krew pesawat, bayangkan reaksi dan impaknya keatas kita semua. Pihak manakah yang bakal meraih keuntungan dari episod MH370 ini? Bagaimanakah insiden MH370 ini melibatkan AS sebenarnya, sedangkan mereka 'menawarkan bantuan?"
Inilah mentaliti ummah hari ini, kerana mereka tidak memahami ideologi "Problem-Reaction-Solution" ini. Inilah ummah yang hanya mampu reaksioner dalam perlakuan mereka. Dicatur kesana sini oleh musuh-musuhnya sendiri, lalu bercakaran sesama sendiri dan memohon bantuan dari mereka yang mencipta masalah itu pada asalnya.
Saya membincangkan dengan ringkas penciptaan 'problem' (masalah) & implikasi reaksi yang timbul darinya. Sewajarnya anda boleh membuat interpolasi yang lebih lanjut dan terperinci. Jelasnya mereka mempunyai agenda dan kepentingan yang amat besar dari isu ini.
6. AS AKAN MENYAJIKAN PENYELESAIAN & SOLUSI
Anda akan melihat selepas ini siri-siri 'solution' (penyelesaian) akan disusun secara sistematik. Ada diantara penyelesaian-penyelesaian ini akan diwar-warkan secara "umum" dan "terbuka". Ada di antara "penyelesaian-penyelesaian" ini akan di'runding'kan dibelakang tabir bawah kelambu-kelambu kerahsiaan.
Mereka sudah pun memegang kunci-kuncinya. Segala kelemahan teknikal, keselamatan (security) dan pengawasan dalam diri kita (negara) sudah pun terdedah, terbuka dan akan dirobek secara berperingkat. Inilah masa yang paling sesuai sekiranya kuasa-kuasa luar yang berkepentingan ingin memastikan agenda dan kehendak mereka dituruti. Mereka akan tampil ke hadapan dan memimpini anda untuk 'keluar' dari krisis ini. Sudah tentulah mereka orang yang paling 'berpengalaman'.
Dalam kesibukan anda menangani pelbagai persoalan & permaslahan yang berbangkit, terorisma dan berfikir-fikir manakah terorisnya, apakah "ransom demand" mereka dan pelbagai kecelaruan teknikal yang disusun dari implikasi insiden 'false flag' pesawat MH370, sudah pasti anda akan terlalai dari "teroris" dan "tuntutan maupun ugutan" yang sebenarnya.
Ia mungkin sudah pun bermula.. Terorisma sebenarnya akan mengambil rupabentuk diplomasi, kepimpinan krisis, kepakaran penyiasatan, sekuriti dan keselamatan. Dengan lain perkataan bersedialah untuk tahap 'CAMPURTANGAN' yang lebih tinggi keatas urusan negara. Dengannya datanglah peras ugut dan tuntutan secara berperingkat. Apabila soal-soal keselamatan negara dalam sesuatu krisis sudah dibolosi, maka bersedialah apabila anda menjadikan pemimpin keatas kamu. Segala kelemahan kamu akan dieksploitasikan.
Bayangkan sekiranya insiden yang sama berlaku di Rusia. Apakah anda begitu naif dan menyangka bahawa Putin akan memberi sebesar-besar laluan kepada mereka untuk melakukan siasatan? Sudah tentu tidak. Sebaliknya, perhatikanlah nanti penguasaan mereka keatas kita, apabila 'pakar-pakar' perisikan dan penyiasatan mereka masuk.
Oleh yang demikian, akhirnya anda akan lihat lebih banyak konsesi, rekonsiliasi dan tolak-ansur dilaksanakan secara sistematik selepas ini sebagai "pampasan" untuk mengeluarkan diri kita dari perangkap yang sudah mengena. Ada antaranya akan diumumkan. Ada yang mungkin dilaksanakan secara terselindung. Segalanya bergantung sejauh manakah insiden ini akan diperbesar-besarkan, digembar-gemburkan. Kalau naratifnya menjadi semakin berputar-belit, maka semakin dalamlah agenda yang bakal disusun.
Badan-badan penyiasat yang pakar sudah pun mula disusun dan dicatur. Apabila CNN terlibat secara langsung dan pro-aktif anda akan melihat keseluruhan aparatus perisikan Amerika Syarikat adalah dibelakang mereka. Sambil saya menyediakan komentar saya ini, pasukan penyiasat FBI Amerika Syarikat sudah pun digerakkan untuk beroperasi di Malaysia secara rasmi.
Malangnya anak-anak generasi baru Melayu dan tidak kurang juga mereka yang sudah jauh berumur, bakal terkinja-kinja melihat operatif-operatif CIA, FBI dan apa sekalipun menjalankan operasi 'psy-op' mereka di sini. Mereka akan terlompat-lompat menanti CNN dan sekutunya memutar 'spin' terkini lagi tercanggih tentang MH370.
Inilah generasi yang telah diprogram dengan filem-filem Hollywood & fantasi. Orang kita tidak faham bahawa mereka ini sedang menjalankan gerak saraf destabilisasi keatas negara kita atas kepentingan serakah mereka.
Apabila diperingatkan, maka mereka segera pula berkata, "Oh tidak, ini teori konspirasi khayalan kamu!".
7. KESIMPULAN: LEBIH BANYAK PERSOALAN DARI JAWAPAN YANG AKAN DIHASILKAN KELAK

Anda tidak akan 'nampak' naratif yang saya nyatakan ini, kecuali anda tinggalkan naratif yang disogok kepada anda secara sistematik.
Tragedi yang disusun ini sekiranya berkesudahan dengan pengesahan nahas, akan membabitkan bilangan nyawa yang sangat ramai dan naratif yang berlapis-lapis dan bertindanan. Jangan harapkan penyelesaian yang mudah dan simplistik. Malah sebarang 'penyelesaian' dan 'solusi' yang tercapai akan hanya memihak kepada agentur konspirasi jahat ini.
Pada akhir perjalanan setiap dari perancangan mereka ini, anda akan ditinggalkan dengan lebih banyak soalan dari jawapan. Ia bukanlah perancangan yang sebarangan. Sedarilah hakikat ini.
Ketahuilah tragedi dan insiden MH370 ini sememangnya sangat menyedihkan, terutama sekali sekiranya ia berkesudahan dengan nahas yang tragik. Namun di samping kita mendoakan keselamatan bagi "mangsa-mangsa" yang terlibat, jangan lupa untuk mendoakan diri kita sendiri. Sekiranya nyawa mereka terkorban, ketahuilah pengorbanan nyawa ini akan berterusan dan tetap akan disasarkan pada kita jua akhirnya. Ketahuilah nyawa manusia adalah sangat murah bagi mereka. Bangunlah anak Melayu, bangunlah. Masamu semakin suntuk.
Samada anda dalam blok pakatan maupun kerajaan, ketahuilah tiada siapa pun antara kita yang akan beroleh kebaikan dari persengketaan dan perbalahan sesama kita kerana agentur-agentur yang tersembunyi dan nyata ini sentiasa akan memainkan peranan untuk memecah belahkan negara kita.

Sumber: MegaChannelz
Rencana
Subscribe to:
Posts (Atom)








Recent Comments