Isu Semasa
Hiburan
Global
Pelancongan
Performance
‹
›
Pelbagai
Misteri Sejarah
Informasi

Sungai Kongo atau Congo River yang terletak di Afrika merupakan sungai yang paling dalam dan ke-9 terpanjang di dunia.
Kepanjangan sungai yang airnya berwarna hitam gelap ini diukur mencapai sehingga 4,700 kilometer secara keseluruhannya.
Manakala kedalaman sungai ini pula dikatakan mencecah sehingga 250 meter iaitu mengatasi Sungai Yangtze di China yang berkedalaman hanya 200 meter dan Sungai Danube di Eropah yang hanya mencapai 178 meter dalam.
Sejarah Sungai Kongo dipetik menerusi laman Wikipedia yang menyatakan bahawa sungai ini terbentuk sejak 1.5 juta hingga 2 juta tahun dahulu.
Terdapat lebih 700 spesies hidupan dalam air direkodkan di sepanjang sungai ini.
Spesies ikan yang paling merbahaya di sungai ini dikenali sebagai ikan harimau atau 'Tiger Fish' yang melahap daging sebagai makanan utamanya.
Ikan dari spesies karnivor ini dikatakan pernah menyerang dan membunuh seorang kanak-kanak Afrika yang didakwa bermain di tepi sungai tersebut.
Ikan lagenda yang turut digelar sebagai ‘Demon Fish’ ini boleh mencapai ukuran panjang sehingga lima meter manakala beratnya pula boleh mencecah sehingga 69 kilogram.
Ia ditakuti oleh seluruh masyarakat setempat, dianggap sebagai raja sungai, sekali gus mematahkan kebimbangan penduduk setempat terhadap ‘saudaranya’, ikan piranha yang turut mendiami sungai tersebut.
Di sebalik sejarah dan faktanya yang menakjubkan, Sungai Kongo dikatakan mencatat siri tragedi yang menakutkan.
Ratusan penduduk dikatakan terkorban dalam siri kemalangan bot dan feri yang rata-ratanya mencatatkan kematian tinggi di sungai tersebut.
Tragedi terbaru dicatatkan pada Disember 2014 di mana kejadian feri tenggelam menyebabkan 30 penumpang feri maut sementara 105 yang lain terselamat.
Misteri Sejarah

Peninggalan kuno yang luar biasa telah ditemui dan mungkin boleh dijadikan sandaran untuk menulis semula sejarah tamadun Mesir.
Artifak misteri ini telah ditemui dibekas rumah Sir William Petrie di Jurusalem, yang dipercayai diambil oleh wakil Muzium Rockefeller, tidak lama selepas penemuan ini menjadi terkenal.
Menurut Shepard Ambellas, editor Intellihub News, artifak makhluk asing Mesir ini ditemui tersembunyi di sebuah ruang rahsia disebalik rak buku Sir William Petrie.

William rupanya telah menemui bukti kehidupan makhluk asing sebelum dia meninggal dunia pada tahun 1942, tetapi memilih untuk menyembunyikannya di Jurusalem.
Sekarang, Muzium Rockefeller telah mengambil alih pemilikan artifak ini dan pakar makhluk asing dan UFO menyatakan kerisauan kerana artifak ini akan disembunyikan, dan akses orang awam disekat dari mengkajinya dengan lebih terperinci.
Misteri Sejarah

VICTORIA, Australia – Seorang pemburu hantu, Allen Tiller menemui imej seorang kanak-kanak perempuan dalam keadaan melutut ketika melakukan penggambaran rancangan televisyen Haunting: Australia di sini baru-baru ini.
Rakaman video tersebut diambil ketika Tiller bersama rakannya, Rayleen Kable berada di Rumah Sakit Jiwa Beechworth yang terkenal sebagai salah satu destinasi berhantu di negara tersebut.
“Kami juga sempat merakamkan hentakan pintu dan bunyi orang berjalan ketika berada di bahagian yang dikenali sebagai bull pen, ujar Tiller.
Tiller menambah, menerusi rakaman ‘Fenomena Suara Elektronik’, jelas kedengaran suara orang ramai menjerit meminta mereka untuk keluar.
Sejak Januari lepas, pasangan itu mengetuai kumpulan pemburu hantu untuk mengambil gambar, bacaan elektromagnet dan rakaman suara di tempat-tempat misteri di sekitar Austalia. – AGENSI
Misteri Sejarah

Semalam menjadi perbualan ramai di laman perkongsian Facebook mengatakan seorang pengguna Lebuhraya Pantai Timur 2 berhampiran bukit besi yang berjaya menangkap gambar penumpang misteri ini.
Perkara ini nampaknya telah meresahkan orang ramai yang hari-hari munggunakan jalan tersebut.
SK akhirnya mengambil jalan untuk memastikan cerita ini sahih atau tidak kerana maklumlah zaman sekarang macam-macam boleh dibuat.
Akhirnya sumber sebenar kami perolehi dimana orang yang mula-mula memuat naik gambar ini adalah pada 17 Februari lepas lagi dan gambar yang disiarkan mengatakan di LPT2 adalah tidak benar,

Menurut beliau jadian berlaku di Bintulu Sarawak dimana gambar tersebut diambil oleh kawannya.
Jadi dalam lokasi mungkin timbul percanggahan, tetapi entiti apakah yang menumpang dibelakang sebuah lori itu? Apapun yang pasti dia tetap makhluk ciptaanNya. Entiti apakah hanya tuhan yang tahu.
Misteri Sejarah

Bruuh kanak-kanak kini tidak lagi boleh diterima masyarakat. Kanak-kanak perlu pergi ke sekolah bagi memastikan masa depan mereka cerah dan mempunyai peluang untuk keluar dari kemiskinan. Di Amerika Syarikat penggunaan buruh kanak-kanak dibenarkan sehingga 1938. Usaha mengharamkan penggunaan buruh kanak-kanak sudah bermula sejak 1900. Pada waktu tersebut hampir 2 Juta kanak-kanak diantara umur 5-10 tahun dipercayai dikerah untuk bekerja di sektor perlombongan dan perkilangan. Gambar-gambar di bawah diambil oleh Lewis Heinuntuk digunakan sebagai bukti kekejaman yang berlaku terhadap buruh kanak-kanak. Kanak-kanak digunakan kerana mereka lebih murah dan dipaksa membantu keluarga. Di dalam lombong mereka lebih pantas bergerak kerana tidak terlalu tinggi. Di kilang tekstil pula mereka boleh merangkak ke dalam mesin untuk membersih datau membaiki mesin yang rosak. Ramai yang meninggal dunia dan cacat seumur hidup akibat kemalangan yang berlaku di tempat kerja. Usaha Lewis Hein dan National Child Labor Committeememastikan kanak-kanak Amerika Syarikat sekarang hampir 100% bebas dari menjadi abdi.
Sementara itu di Malaysia semua orang tahu ada kanak-kanak dipaksa mengumpuk"derma" untuk madrasah dan sekolah tahfiz. Jual kalender dan ubat sapu. Dari pagi ke malam mereka menjual produk dari meja ke meja. Satu Malaysia tahu. Menteripun tahu. Wartawan akhbar juga tahu tapi kenapa mereka masih diperhambakan? Ini ialah sesuatu yang memalukan negara. Ini membuktikan dari segi hak kanak-kanak, kita masih setanding Amerika Syarikat sekitar 1900. Menyedihkan!



Misteri Sejarah

Tetapi bagi mereka yang menjawap "Ya" dan menganggap si tukang gunting rambut bergurau akan menerima nasib malang. Sesudah disiapkan di atas kerusi gunting rambut, dipakaikan kain alas untuk mengelakkan rambut jatuh di atas baju, si tukang gunting akan menyuntikkan ubat Anesthesia secara rahsia kepada mangsa. Ubat ini akan menyebabkan mangsa menjadi kebas/lumpuh dan tidak merasa sebarang kesakitan. Tukang gunting akan perlahan-lahan menghiris bahagian atas kepala mangsa hingga menampakkan otak.
Mangsa yang tidak boleh bergerak tidak akan merasa apa-apa. Tidah boleh menjerit dan hanya mampu melihat di cermin dirinya diseksa oleh tukang gunting yang kejam itu. Mangsa juga boleh mendengar dengan jelas bunyi hirisan pisau di kepalanya dan bunyi tukang gunting rambut mengoyakkan lapisan kulit kepalanya dengan perlahan-lahan dan ia kedengaran seperti mengoyak kain.
Sehinggalah sebahagian daripada tengkorak sudah dipotong dan menampakkan otak, barulah kesan Anesthesia tadi beransur-ansur hilang. Dan kesakitan akan mula terasa. Pada saat itu tukang gunting akan merentap otak mangsa dengan kuat dan mangsa akan mati dalam kesakitan yang amat sangat.
Tukang gunting rambut biasanya akan mengambil gambar mangsa sebagai kenang-kenangan.
Misteri Sejarah

Woelk bekerja untuk Hitler semasa usianya masih dalam lingkungan 20 tahun. Dia bertugas bagi memastikan bahawa semua hidangan bebas racun sebelum dihantarkan kepada Hitler. Namun, Woelk tidak bersendirian. Dia bekerja bersama 14 tukang rasa makanan yang lain dan kebanyakkan mereka adalah wanita muda.
“Hitler sangat paranoid yang orang-orang British akan meracuninya. Maka, dia memerintahkan 15 orang gadis untuk merasa makanan tersebut sebelum dia memakannya,” ungkap Woelk kepada Associated Press pada 26.4.2013.

Selama 2 setengah tahun Woelk bertugas sebagai tukang rasa makanan, Hitler langsung tidak pernah makan makanan yang terdiri daripada daging.
“Dia seorang vegetarian,” kata wanita ini. Hanya asparagus, paprika, dan sayuran terbaik yang akan dihantarkan kepada Hitler. “Makanannya lazat dan selalu disajikan dengan nasi atau pasta,” tambah Woelk.
Perang Dunia ke-II memaksa orang-orang Jerman untuk memakan makanan yang sedia ada kerana berlakunya kekurangan bahan jualan. Dalam hal ini, Woelk amat beruntung kerana boleh merasa hidangan yang enak. Bagaimanapun, dia dan kawan-kawannya tak mampu menikmati sajian tersebut kerana terus dibayangi ketakutan akan diracun.
“Setiap hari, kami takut makanan ini akan menjadi santapan terakhir kami,” kata Woelk. Meskipun bertugas sebagai tukang rasa makanan, dia mengaku tak pernah melihat susuk tubuh Hitler secara langsung.
Semasa tentera Soviet menyerang Jerman, Woelk bersembunyi di Berlin, sekitar 700 km dari markas Hitler di Rastenburg. Namun, 14 kawan-kawannya yang lain bertahan di Rastenburg. Selepas serangan tersebut, barulah Woelk mendapat tahu bahawa mereka semua telah ditembak mati oleh pasukan tentera Soviet.

Woelk selamat, namun pasukan Soviet menemuinya di Berlin dan merogolnya selama 14 hari berturut-turut. “Sebab itulah saya tak mampu mempunyai anak. Mereka telah menghancurkan segalanya,” kenangnya.
Suaminya yang bertugas sebagai tentera selamat dari perang, namun sudah meninggal dunia 23 tahun yang lalu.

Woelk berusaha membina kembali kehidupannya dan melupakan kisah pilu yang pernah dia alami. Dia cuba memadamkan memori tersebut kerana malu dan takut diancam kerana pernah bekerja untuk pihak Nazi, meskipun dia berkeras tidak pernah bergabung sebagai ahli atau anggota parti tersebut.
Menjelang akhir hidupnya, barulah Woelk berasa perlu menghapuskan memori tersebut dengan menceritakan kisahnya. “Selama berpuluh-puluh tahun, saya berusaha menghilangkan ingatan tersebut. Namun, kenangan itu selalu menghantui saya setiap malam,” ujarnya.
Misteri Sejarah
Seorang saintis, Dr John Brandenburg mengemukan satu teori aneh semasa Annual Fall Meeting of the American Physical Society di Illinois. Menurut beliau, peradaban kuno Marikh musnah akibat serangan nuklear dari ras alien lain.
Dr Brandenburg berkata, penduduk kuno Marikh yang disebut Cydonians dan Utopians dibantai dalam serangan itu. Dan dia mendakwa, buktinya masih ada hingga sekarang.
Dr John Brandenburg adalah saintis yang mendapat gelaran PhD dalam Teori Fizik Plasma dari University of California, Davis. Beliau juga bekerja di Orbital Technologies, Madison, Wisconsin.
Pada 2011 lalu, beliau mengandaikan bahawa warna merah di permukaan Marikh boleh jadi adalah akibat dari letupan termonuklear yang terjadi secara semula jadi.
"Permukaan Marikh disaluti lapisan nipis bahan radioaktif, termasuk uranium, torium (Th) dan kalium radioaktif - dan pola ini teradiasi dari hot spot di Marikh," katanya kepada FoxNews kala itu. "Ledakan nuklear boleh menghantar serpihan ke sekitar planet."
Namun, seperti dikutip dari Daily Mail, Sabtu (22/11/2014), beliau berubah fikiran. Dengan menyebut bahawa letupan nuklear tersebut tidak berlaku secara semula jadi tetapi dilakukan bangsa alien bijak.
Seperti dimuat laman Vice, kesimpulan dari makalah terakhirnya menyebut, isotop nuklear di atmosfera Marikh menyerupai uji bom hidrogen, "yang boleh menjadi contoh tamadun yang terhapus oleh serangan nuklear dari luar angkasa."
Kajian beliau tertumpu di sekitar 'konsentrasi tinggi' Xenon-129 di atmosfera Marikh. Juga uranium dan torium di permukaannya, yang kesemuanya dikesan oleh pesawat milik NASA, Odyssey.
Para saintis lain sebelumnya mengatakan bahawa penampakan elemen-elemen tersebut tidak mengejutkan. Kerana semuanya adalah elemen natural yang boleh didapati di mana pun.
Namun, Dr Brandenburg menegaskan bahawa itu adalah jejak-jejak letupan nuklear di permukaan Marikh.
Makalahnya itu diberi judul 'Evidence of Massive Thermonuclear Explosions in Marikh Past, The Cydonian Hypothesis, and Fermi s Paradox'. Beliau juga merancang menerbitkannya di Journal of Cosmology and Astroparticle Physics.
Dr Brandenburg berkata, Marikh dulunya mirip Bumi - rumah bagi haiwan dan tumbuh-tumbuhan. Dan kehidupan makhluk di sana sama majunya seperti bangsa Mesir purba di planet kita.
Beliau mendakwa, berdasarkan analisis terhadap dua kawasan, salah satunya adalah Cydonia. Di mana 'wajah di Marikh' ditemui. Menurut Dr Brandenburg itu adalah artifak dari bangsa alien kuno.
Di sana lah, kata dia, letupan nuklear memusnahkan peradaban di Cydonia Mensa dan lain - termasuk di kawasan yang disebut Galaxias Chaos.
"Analisis gambar terbaru dari Odyssey, MRO, dan Mars Express memberikan bukti kuat objek arkeologi yang terhakis di sana," kata beliau. "Dengan mengambil kira semua hal itu, data yang mengarah pada hipotesis Marikh sebagai tapak pembantaian antara planet dengan bom nuklear, kini perlu dipertimbangkan."
Dr Brandenburg menambah, teorinya boleh menjelaskan Paradoks Fermi - percanggahan antara anggaran kemungkinan kewujudan peradaban ekstraterestrial yang tinggi dengan kekurangan bukti atau hubungan dengan peradaban semacam itu.
Beliau menyarankan misi menghantar manusia ke Marikh perlu dilakukan secepat mungkin untuk mengetahui apa yang sebenarnya berlaku.
Secara berasingan, pakar UFO, Nigel Watson berkata, Dr Brandenburg bukan yang pertama menduga, makhluk Marikh binasa kerana letupan nuklear.
Meskipun teori tidak kuat dan tak sahih, dia berkata, "itu adalah peringatan bahawa kita boleh melakukan hal yang sama pada planet kita sendiri. Dan menggariskan keyakinan sejumlah saintis bahawa kita mungkin tidak akan mengesan makhluk bijak di luar Bumi, sebab, di suatu titik, peradaban kita akan musnah, melalui bencana dahsyat dan kemusnahan yang disebabkan diri sendiri.
Misteri Sejarah
Subscribe to:
Posts (Atom)



Recent Comments