Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi


ADIK Uqasha Senrose, Raysha Rizrose tampil mempertahankan kakaknya yang teruk dikecam netizen gara-gara tindakannya yang kembali membuka tudung selepas tiga tahun berhijab.


Menerusi laman Instagramnya, pemenang Dewi Remaja 2015/2016 itu berkata orang ramai sepatutnya cermin diri terlebih dahulu sebelum lantang mengata orang lain.
“Jaga hidup dan diri masing-masing, jangan nak sibuk pasal life orang, cari salah orang, bila diri sendiri pun belum tentu betul,” tulis Raysha.

Sementara itu dalam ruangan komen menerusi gambar yang dimuat naik Raysha itu turut kelihatan pelakon genit, Elfira Loy meninggalkan komentar berhubung isu tersebut.
Menulis dengan penuh hemah, Elfira menasihatkan orang ramai untuk tidak memberikan komen negatif kepada Uqasha sebaliknya mendoakan yang terbaik buat rakan artisnya itu.

Uqasha menerusi laporan sebuah akhbar sebelum ini, mendedahkan bahawa dia sudah tidak memakai tudung kerana enggan terus hipokrit dan ingin menjadi dirinya sendiri. – MYNEWSHUB.CC


TIADA angin tiada ribut, laman sosial hari ini dikejutkan dengan tersebarnya gambar selfie milik Shila Amzah sedang menunjukkan isyarat lucah.

Sekali imbas, gambar tersebut kelihatan tulen menyebabkan wujud persoalan kepada siapa ia ditujukan.
Namun, dengan sedikit pengamatan, nyata ia adalah fitnah dan dihasilkan menggunakan teknik pertindihan.
Gambar berkenaan dipercayai telah diedit oleh individu tidak bertanggungjawab dan ia dimuat naik oleh pengguna Twitter dengan akaun nama @kucinghang.
Pemegang akaun berkenaan siap bertanya; “Mencarut apa tu kak @shilaamzah.”
Susulan itu, Shila tampil meluahkan kekecewaannya dan menjelaskan perkara tersebut adalah fitnah menerusi laman Twitter miliknya.
“Astaghfirullahadzim, maghrib macam ni, semoga adik dapat hidayah daripada fitnah orang macam ni,” katanya.

Hasil tinjauan kami juga mendapati, gambar yang diedit itu diambil daripada laman Instagram milik penyanyi itu, di mana gambar asalnya Shila sedang memperlihatkan jari telunjuk sambil berselfie, bukannya jari tengah.

Shila yang nyata kecewa dengan apa yang berlaku menyerahkan perbuatan fitnah itu kepada Tuhan dan dia juga menjelaskan tidak mengetahui siapa yang melakukan perkara tersebut. – MYNEWSHUB.CC

Baru-baru ini maklumat peribadi Nourul Wahab, 38, telah didedahkan kepada sebuah kumpulan lelaki gila seks oleh seorang pekerja restoran makanan segera, gara-gara penyanyi itu terlepas perkataan kasar ketika membuat pesanan.

Memetik laporan mStar online, Nourul berkata, tindakan pekerja tersebut mengakibatkan dia menerima gangguan daripada beberapa individu dengan tujuan tidak baik termasuk menerima pelbagai ugutan.

"Saya ada menghubungi sebuah restoran makakan segera untuk membuat pesanan, malangnya dia menjawap panggilan saya dengan nada yang tidak mesra dan secara tidak sengaja juga saya terkeluar satu perkataan yang agak kasar.

"Selapas itu kira-kira 30 minit telefon saya mula dihubungi oleh orang yang gila seks dan mengajak saya ke hotel. Malah mereka juga menerima maklumat saya seorang janda," katanya.

Bagaimanapun, Nourul berkata, pihak restoran makanan segera sudah menghubunginya selepas memuat naik status di laman sosial pada Jumaat lalu.

Tambahnya, pihak restoran itu turut meminta maaf dan akan sedang menyiasat dan mengambil tindakan terhadap pekerja berkenaan.



"Pihak restoran ada hubungi saya untuk minta maaf, saya juga mengaku bahawa keluar satu perkataan yang tidak sepatutnya sehingga mengakibatkan pekerja itu marah.

"Tapi tidak sepatutnya dia menyebarkan nombor dan maklumat peribadi saya kepada pihak lain sehingga menimbulkan ancaman keselamatan," ujarnya.

Nourul berkata, dia sudah membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Dang Wangi pada malam Jumaat lalu.

Tambahnya, dia kini sedang mempertimbangkan untuk mengambil tindakan membawa perkara tersebut ke mahkamah. Sekiranya masih diganggu, dia tidak teragak-agak membawa perkara tersebut ke mahkamah.

SEJAK bergelar isteri kedua kepada Dato Red, penyanyi terkenal Adira Suhaimi tidak henti-henti terpalit dengan pelbagai kontroversi.

Antara yang kontroversi yang mendapat liputan meluas adalah gosip suaminya bersama-sama pelakon Ruhainies apabila video mesra mereka di sebuah pusat beli-belah tersebar.

Bercakap mengenai insiden itu, Adira mengakui dia berasa sakit di hati waktu berita berkenaan tersebar.
Pun begitu, dia tidak mahu mengenangnya lagi malah percaya ada pengajaran dan hikmahnya.
“Sebagai isteri dan ketika itu sedang mengandung, bila dapat tahu mengenai video tersebut, tipulah kalau saya tak sakit hati tetapi bila tahu cerita sebenar kenapa benda itu terjadi, saya sudah okey.
“Urusan saya dengan Ruhainies juga sudah selesai. Saya tidak marah atau simpan apa-apa. Biarlah apa yang terjadi di antara saya, suami, madu dan Ruhainies menjadi simpanan saya sahaja,” katanya kepada sebuah akhbar tempatan.
Dalam pada itu, Adira akui dia tidak kisah sekiranya suaminya ingin berkahwin lagi asalkan Dato Red mampu menjaga hati isteri-isterinya dengan baik.
“Saya tidak ada masalah jika dia ingin berkahwin tiga atau empat sekali pun. Janji, dia boleh jaga semua isterinya dengan baik. Jangan kahwin selagi tidak boleh berlaku adil,”katanya.
Sementara itu, Adira memberitahu, selepas ini dia ingin menumpukan sepenuh perhatian kepada anaknya yang bakal dilahirkan sekitar bulan Mac 2017 nanti.

SETELAH dua kali putus tunang, pengacara dan penyampai radioKool FM iaitu Ikhwan akhirnya mengakui dirinya kini sedang dilamun cinta dengan seorang ibu tunggal beranak satu.


Menurut Ikhwan atau nama penuhnya Mohd. Khairul Ikhwan, 33, dia menjalinkan hubungan dengan wanita bernama Hidayu itu sejak empat bulan lalu.
“Sudah lama saya mengenalinya, cuma baru empat bulan lalu kami menjalinkan hubungan yang serius.
IKHWAN DAN HIDAYU.

“Bagaimanapun, hubungan ini masih dalam peringkat mengenali hati budi. Paling penting, ibu bapa kami maklum mengenai perhubungan ini.
“Tidak seperti perhubungan sebelum ini, saya sendiri tidak sangka akan memilih seorang ibu tunggal. Asalkan saya tidak berhubungan dengan isteri orang, ia bukannya satu masalah.
“Seronoknya, saya turut dapat bermesra dengan anak lelakinya yang mempunyai sama minat dengan saya, iaitu bermain permainan video. Kiranya, kami boleh borak panjanglah,” katanya kepada BH Online.
Dalam pada itu, Ikhwan memberitahu, jika ada jodoh dengan Hidayu, dia ingin terus melangsungkan perkahwinan dan enggan melalui ikatan pertunangan ekoran putus beberapa kali.
“Begitupun, sekiranya keluarga mahu kami bertunang, mungkin saya tidak akan mengambil masa yang lama. Sebagai contoh, bertunang hari ini, esok terus nikah.
“Lagipun pada usia yang semakin meningkat, rasanya sudah-sudahlah nak bertunang lama-lama,” katanya.
Teman wanita Ikhwan juga dilaporkan bekerja di bawah naungan syarikat sama dengan dirinya, Media Prima Berhad. – MYNEWSHUB.CC


Bagi generasi 1990-an, pastinya cinta antara Awie dan Erra Fazira bukan rahsia bagi mereka. Malah beberapa buah filem yang dilakonkan bersama seolah memberi bayangan bagaimana hangatnya percintaan mereka yang akhirnya terkandas di tengah jalan. 

Terkini, akhirnya penantian peminat berbalas jua apabila Awie dan Erra merancang memaparkan kisah cinta mereka sewaktu di puncak kerjaya iaitu 1990-an melalui filem terbaru. 




Bagaimanapun, penyanyi Ziana Zain telah diberikan mandat oleh Awie untuk membongkar kisah percintaan tersebut melalui watak yang kemungkinan bakal dilakonkannya dalam filem itu. 

"Tidak ada masalah jika kena pada terma dan syarat. Ziana banyak tahu tentang kisah cinta itu. Dia pun kadang-kadang menyaksikan apa yang berlaku. 



"Mungkin dia juga boleh jadi pencerita," ujar Awie, dipetik sebagai berkata melalui ProjekMMO baru-baru ini. 

"Saya berminat kalau ada tawaran. Jika jalan ceritanya baik, kenapa tidak?" kata Ziana. 

Difahamkan, selain Ziana, penyanyi Ning Baizura kemungkinan akan turut menjayakan filem berkenaan. 

"Ada filem yang kami lakonkan Ziana ada, begitu juga Ning Baizura. Kemungkinan mereka akan tampil dan dipanggil untuk memeriahkan penceritaan itu," tambah Awie. 

Namun buat masa ini, filem tersebut masih dalam perbincangan dan dalam proses membina jalan cerita. Malah sebelum jalan ceritanya dapat dijadikan skrip, persetujuan pihak tertentu perlu diperolehi bagi memastikan cerita pihak-pihak lain mendapat kebenaran. 

"Kami belum ada masa yang sesuai untuk berbincang sebab sekarang banyak benda yang kami kena ambil kira sebab Erra pernah bertemu jodoh dengan orang lain. 

             

"Penceritaan jodoh itu pula, kita kena ambil kira sama ada pihak berkenaan benarkan atau tidak kisah ini dikeluarkan. 

"Kami akan bincang bagaimana penceritaan itu disiarkan. Kalau kedua-dua belah pihak setuju maka ia akan diteruskan," jelasnya lagi.

Untuk rekod, Awie pernah menjalinkan cinta dengan Erra selepas membintangi filem 'Sembilu', terbitan Skop Productions, sebelum mengikat tali pertunangan pada 1996. 

Bagaimanapun, tali pertunangan itu putus dan Awie akhirnya menikahi penyanyi Arni Nazira pada Disember 1998. 

Malah baru-baru ini, Awie dan Erra telah berlakon bersama dalam sebuah filem yang ditayangkan pada bulan Mac 2016 berjudul 'Warna Cinta Impian'. 

Myartis.com


INGAT lagi dengan seorang gadis yang pernah mengagumkan Justin Bierber hinggakan penyanyi berkenaan menulis `OMG Who is This!‘ dalam instagramnya?
Gadis itu, Cindy Kimberlu, 17, sepatutnya berterima kasih kepada Bieber kerana berjaya menjadikan dia popular dan dilaporkan telah menandatangani kontrak dengan agensi modeling terkenal di Sepanyol.
Cindy merupakan pelajar dari Belanda yang kini menetap di Costa Blanca dan sebelum ini mencari duit dengan menjadi pengasuh pada kadar kira-kira RM10 sejam
Dia dijangka memperagakan pakaian pada bulan ini dalam minggu fesyen Mercedes Benz, iaitu satu acara berprestij.
Dia yang masih bersekolah mengakui kehidupannya umpama cerita dongeng dan menjadi terkenal dalam sekelip mata gara-gara Bieber.
“Apabila saya mendapati Justin bertanyakan mengenai saya, saya menjadi emosi kerana saya merupakan peminatnya sejak lebih enam tahun lalu.
“Ia seperti cerita dongeng,” katanya.
Jelas Cindy, sebelum ini rakan-rakannya pernah menyatakan bahawa suatu masa nanti Justin akan bercakap mengenainya, tetapi dia enggan mempercayainya.
“Hidup saya berubah selepas itu. Pada mulanya saya sukar mengawalnya, namun kini saya sudah membiasakan diri,” katanya. – Mynewshub.cc

PENYANYI popular Indonesia, Agnes Monica dikritik gara-gara memakai skirt jarang yang memaparkan tulisan Arab ketika menjayakan Konser Raya 21 Indosiar baru-baru ini.
Agnes yang terkenal dengan lagu Tak Ada Logika tampil memakai skirt jarang bertulis perkataan ‘muttahidah‘ yang bermaksud ‘bersatu’.
Kebanyakan netizen di Indonesia menyelar pakaian yang digayakan Agnes pada konsert sempena ulang tahun stesen penyiaran tempatan tersebut.

Menurut penaja busana Agnes, KTZ memberikan penjelasan bahawa perkataan itu tidak ada kaitan dengan mana-mana ayat Al-Quran.

Malah Majlis Ulama Indonesia (MUI) telah memberikan kenyataan bahawa kalimat tersebut bukan satu penghinaan terhadap Islam.
“Tiada unsur penghinaan, kalau ada ayat Al-Quran baru saya tidak setuju,” ulas Ketua Suruhanjaya Dakwah MUI Pusat, Cholil Nafiz. – MYNEWSHUB.CC