Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi


Seorang budak lelaki berusia 10 tahun terpaksa dipam perutnya selepas dia dipaksa makan mata pensil oleh dua budak perempuan yang lebih tua daripadanya, dalam kes buli yang mengejutkan di sebuah sekolah di Daqing, China.

Liu Xinze dikejarkan ke hospital selepas dia muntah dengan teruk di rumahnya dan keluarganya juga terkejut apabila mendapati muntah itu mengandungi benda berwarna hitam.
Pada mulanya keluarganya menyangka dia makan bickut oreo namun benda asing itu sangat keras. Doktor terpaksa mengepam perutnya dan proses berkenaan mengambil masa selama tiga jam.
Bahan asing itu sangat banyak hinggakan asid dalam perut Liu bertukar menjadi hitam.
Doktor memaklumkan Liu tidak mengalami keracunan kerana mata pensil itu mengandungi grafit yang tidak mengandungi plumbum.
Ketika ditanya oleh doktor, Liu memberitahu dia makan mata pensil itu kerana lapar namun selepas mereka melakukan siasatan barulah mereka mengetahui dia dipaksa berbuat demikian oleh dua senior di sekolahnya.
Jika dia tidak makan mata pisau berkenaan, dia akan dipukul. Selama ini Liu tidak memberitahu keluarganya bahawa dia dibuli di sekolah..
Insiden tersebut telah dilaporkan kepada polis.

Bila dah kaya, wang bukan lagi jadi masalah. Itu yang berlaku kepada seorang taikun minyak berusia 55 tahun yang mengejutkan isterinya, yang juga seorang model remaja dengan kereta mewah Bentley.

Taikun berkenaan, Valentin Romanov, merupakan ketua kepada syarikat minyak Rusia yang berpengkalan di Singapura, mengawini Elizaveta Adamenko, 18, pada Julai lalu.
Elizaveta yang lebih suka dipanggil Liza, menjalinkan hubungan dengan suaminya itu sejak dia berusia 14 tahun lagi.
Kereta mewah itu berharga kira-kira RM4.4 juta namun harganya di Singapura mungkin lebih mahal disebabkan cukai yang tinggi untuk pendaftaran kenderaan.
Pasangan itu menjadi kontroversi dan menjalin hubungan selepas Liza meninggalkan kampungnya di Kansk.

Ketika itu dia baru berusia 14 tahun. Meskipun hubungan itu adalah salah di bawah undang-undang kerana Liza di bawah umur, namun dia dan Valentin tidak pernah berpisah.
Julai lalu, pasangan itu berkahwin di Chateau Saint Jeannet. Valentin yang lebih tua itu layak menjadi bapa kepada Liza dan hubungan mereka mendapat reaksi negatif di media sosial.
“Orang ramai sepatutnya menjadi matang dan bijak. Kenapa orang muda yang bersosial dengan seseorang lebih tua, secara automatik diberikan gelaran buruk?
“Saya akan menyambut hari jadi Valentin ke-55,’’ kata Liza yang mempertahankan hubungan dengan suaminya.
Disebabkan akaun media sosialnya dihujani dengan kritikan pedas, Liza telah memutuskan untuk menukar akaunnya kepada privasi.

German Benitez melamar teman wanitanya Reyna Renteria dalam satu masjlis yang dihadiri oleh beberapa rakan serta sekumpulan pemuzik.
Menerusi video pendek berdurasi kurang 30 saat, Reyna yang memakai dress paras paha berwarna putih berjalan menghampiri Benitez.
Mereka berhadapan antara satu sama lain sebelum Benitez bertindak menyerahkan sebuah kotak berwarna gelap dan disambut baik oleh Reyna.


Tiba-tiba Reyna seolah-olah kejung dan badannya terhumban ke belakang lalu jatuh ke lantai tanpa sempat dicapai oleh Benitez.
Walau bagaimanapun, Reyna bernasib baik kerana tidak mengalami kecederaan dan menerima lamaran Benitez setelah sedar dari pengsan lapor Latino Foxnews.
Video kejadian itu menjadi viral apabila Reyna memuat naik ke laman sosial Facebooknya dan ditonton lebih daripada 4 juta kali.
“Saya teruja, tidak percaya, terkejut tetapi gembira dan berada dalam keadaan sihat” tulisnya dalam bahasa Sepanyol.
Susulan viralnya video tersebut, Reyna digelar ‘Lady Compromiso’ (Wanita bertunang) oleh pengguna laman sosial.
Malah pasangan Benitez dan Reyna juga mendapat perhatian daripada beberapa syarikat dan jenama yang sudi menawarkan mereka keperluan kahwin seperti cincin kahwin dan juga jurugambar.


SEORANG lelaki berasal dari Guangxi, China terpaksa menghabiskan masa dua hari menderita akibat cincin besi tersekat pada kemaluannya.

Menurut portal Shanghaiist, rakaman video ‘kelakian’ mangsa ‘diselamatkan’ anggota bomba tersebar di laman Weibo.
Menerus video yang berdurasi kurang satu minit itu, mangsa yang hanya memakai baju hitam terlantar di atas katil dikelilingi oleh beberapa anggota bomba dan doktor.


Mangsa yang tidak didedahkan identitinya dilihat menekup muka dengan tangannya. Tidak dapat dipastikan sama ada mangsa menahan kesakitan atau malu.
Difahamkan misi menyelamat itu berlangsung di sebuah hospital di bandar Liuzhou pada awal pagi, 13 September lalu.
Pihak bomba dan doktor mengambil masa satu jam 30 minit untuk menanggalkan cincin itu dari alat sulit mangsa.
Tindakan mangsa memasukkan cincin besi pada kemaluannya mencetuskan seribu persoalan dalam kalangan netizen tempatan.
“Saya ingin tahu bagaimana cincin itu boleh tersekat di sana?” tanya seorang pengguna Weibo dengan rasa sangsi.
Manakala seorang lagi sempat berseloroh dengan kejadian yang menimpa mangsa berkata,“90 minit kemudian, anggota bomba memotong kemaluan lelaki itu…. cincin.”
“Anggota bomba benar-benar boleh melakukan apa sahaja,” kata netizen lain


Seorang remaja perempuan di Britain berjaya menjana hampir £50,000 hanya dengan menolong ibu bapa di China memberi nama inggeris kepada anak-anak mereka.

Beau Jessup, 16, hadir dengan idea laman web specialname.cn selepas dia diminta memberi nama inggeris kepada seorang bayi ketika dia mengunjungi negara China.

Portal Mirror berkata, terdapat permintaan untuk servis memberi nama inggeris di negara tersebut kerana ibu bapa di China mahu nama anak-anak mereka mempunyai bunyi barat.

Mereka percaya dengan mempunyai nama Inggeris - yang senang disebut, dibaca dan ditulis - akan menambahkan peluangn mereka untuk mendapat kerja dan belajar di universiti luar negara.

Namun, kerana akses internet disekat di negara itu, ibu bapa di China biasanya akan memberi nama inggeris yang pelik-pelik kepada anak mereka seperti  Rolex, Cinderella, Rambo dan Gandalf - memandangkan mereka tidak tahu maksud perkataan-perkataan tersebut, kata Beau.



Beau berkata : "Apabila saya pergi ke China, saya kerap kali diminta untuk menamakan bayi-bayi rakan ibu bapa saya

"Mereka berkata nama Inggeris itu penting kerana kita tidak boleh menggunakan nama China di emel atau permohonan universiti di UK. Nama Inggeris akan lekat selama-lamanya dalam hidup sehingga mati"


"Tapi saya juga dengar banyak nama-nama yang tidak elok digunakan oleh orang di sana (China) yang mereka dengar dari filem atau internet. Selepas itu saya mulai sedar ini adalah peluang untuk membantu orang China memberi nama dengan betul"



Laman web Beau membolehkan ibu bapa di China memilih nama Inggeris untuk anak-anak mereka dengan memilih karakteristik yang mereka mahukan - seperti elegen, laju, sensitif dan lain-lain. Selepas itu, laman web itu akan memberi cadangan nama inggeris berdasar karakteristik yang dipilih.



Beau berkata, sebanyak 221,000 nama bayi telah dikeluarkan oleh laman web itu sejak ia dilancarkan enam bulan lalu.

Untuk tiga kali cubaan, ibu bapa akan dikenakan caj sebanyak 60p (RM 3.20) dan setakat ini Beau berjaya memperoleh lebih kurang £48,000 (RM 260,000).


Petersburg, 9 Sep - Sebuah jeep dilaporkan hangus terbakar dipercayai selepas sebuah Samsung Note 7 yang sedang dicas meletup di dalam kenderaan itu, lapor Cult of Mac.

Jeep milik Nathan Dornacher itu terbakar ketika dia dan isteri baru pulang dari membeli belah di satu jualan garaj sempena hari Buruh.

Ketika ingin memunggah meja yang dibelikan untuk anak perempuannya, Nathan meninggalkan Note 7 dalam keadaan bercas dalam kenderan tersebut.

Nathan kemudian meminta anak perempuanya untuk kembali ke jeep tersebut sementara dia dan isterinya menyelesaikan urusan lain.

Namun salakan anjing miliknya membuat Nathan kembali ke jeepnya yang kelihatan sudah mula terbakar.

"Saya tidak menyangka, satu peranti baru, sebuah telefon berupaya membakar kereta, rumah atau mencederakan ahli keluarga saya", kata Nathan kepada Fox 13.



Tiada kecederaan dilaporkan berlaku dalam insiden itu.

Wakil Samsung mengesahkan sudah menghubungi Nathan dan sedang melakukan yang termampu untuk membantu Nathan, lapor Fox 13.

Sebelum ini, beberapa kes Note 7 meletup telah dilaporkan berlaku di serata dunia dan Samsung telah membuat pengumuman untuk menarik balik peranti berkenaan dan menggantikannya dengan yang baru.

Samsung juga berkata penyebab peranti terbarunya itu meletup adalah bateri keluaran Samsung SDI  dan masalah itu boleh diselesaikan dengan menukar bateri tersebut.


BILA sudah tiada maruah, inilah yang akan terjadi. Sekumpulan gadis yang terdesak untuk mendapatkan calon suami sanggup membuka baju dan hanya memakai bra serta seluar dalam, sambil berdiri di tepi jalan di bandar Kazan, Rusia.

Gadis-gadis berkenaan telah menyertai satu bengkel yang mengajar mereka untuk mencari suami, dan itulah praktikal yang perlu mereka lakukan di tepi jalan.
Mereka akan meminta wang tunai kepada pemandu kenderaan dengan alasan mahu membeli baju.
“Awak ada RM6.30 untuk (membeli) kemeja-t. Kami mahu ke (pusat beli belah) Nizhniy Novgorod. Ini adalah permintaan. Tolonglah kami,” demikian ayat yang diajar dalam bengkel itu untuk memujuk orang ramai yang lalu lalang di jalan berkenaan.

Menurut penduduk tempatan, seramai tujuh orang gadis terlibat dalam aksi pelik dan tidak bermaruah berkenaan.
Gadis-gadis terbabit dilaporkan membayar sebanyak RM1,567 untuk mengambil bahagian dalam bengkel selama tiga hari itu.
Dalam pada itu, seorang lelaki dikenali sebagai Andrey berkata, pada mulanya dia menyangka gadis-gadis itu mencari Pokemon Go.
“Rupa-rupanya mereka adalah sekumpulan gadis bodoh yang tidak berotak,”


GADIS yang memiliki darah campuran India-Jepun telah dinobatkan sebagai pemenang Ratu Cantik Jepun pada tahun ini.

Priyanka Yoshikawa, 22 tahun; mewarisi darah India dari sebelah bapanya dan Jepun dari ibunya.
Kemenangan yang disandang itu merupakan kejayaan kali kedua berturut-turut dari peserta yang memiliki darah campuran.

Pada tahun lalu, Ariana Miyamoto telah dinobatkan sebagai pemenang Ratu Cantik 2015 negara matahari terbit itu.
Bagaimanapun kemenangan itu dikritik oleh warga tempatan yang beranggapan bahawa peserta yang memiliki darah Jepun ‘tulen’ sahaja yang patut memenangi pertandingan itu.
Menurut sebuah laman antarabangsa, hanya 2 peratus sahaja bayi yang dilahirkan setiap tahun di Jepun yang memiliki darah campuran atau dipanggil sebaga ‘haafu‘ dalam bahasa Jepun.
Pun begitu, menurut Yoshikawa, dia menganggap isu berkenaan sepatutnya tidak diperbesarkan. Malah dia bertekad untuk mengubah persepsi warga matahari terbit itu terhadap isu kacukan dan sikap prejudis tersebut.
“Sebelum kemunculan Ariana, gadis kacukan tidak berpeluang untuk memasuki pertandingan ini.

“Saya tetap berbangga dengan keturunan bapa yang merupakan orang India.Namun ia tidak bermakna saya bukanlah orang Jepun,” katanya.
Dalam pada itu Yoshikawa juga berterima kasih kepada Ariana kerana telah membuka peluang baginya untuk turut sama menyandang gelaran Ratu Cantik negara matahari terbit itu.
Meskipun pelbagai tohmahan yang diterima, Yoshikawa bersyukur dengan ejekan dan kritikan itu menjadikannya lebih kuat.
” Semasa saya kembali ke Jepun, semua orang berfikiran seolah-olah saya ini kuman.
“Mereka mengibaratkan menyentuh saya seperti menyentuh sesuatu yang buruk. Tetapi saya bersyukur, ia menjadikan saya lebih kuat,” jelasnya. – MYNEWSHUB.CC