Isu Semasa
Hiburan
Global
Pelancongan
Performance
‹
›
Pelbagai
Misteri Sejarah
Informasi

MUNGKIN ramai yang beranggapan bahawa penggunaan kereta elektrik adalah satu inspirasi zaman moden. Namun, jangkaan tersebut disangkal sama sekali oleh Porche.
Syarikat tersebut baru-baru ini telah membaikpulih sebuah kereta Porche yang dikenali sebagai P1, kereta elektrik yang direka oleh Ferdinand Porsche 116 tahun yang lalu, pada tahun 1898 yang merupakan kereta pertama rekaan beliau.
Walaupun hanya dilengkapi dengan enjin 3 kuasa-kuda serta jarak pemanduan sejauh 50-batu pada satu-satu masa, kereta ini sudah cukup laju untuk memenangi perlumbaan kereta elektik pada tahun 1899.
P1 kini dipamerkan di Muzium Porsche di Stuttgart, Jerman.
Sumber: Engadget
[Wow] - Motokar

PERUSAHAAN Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua) melancarkan kereta Perodua Alza serba baharu dengan pengurangan harga atas jalan antara dua dan tujuh peratus berbanding sebelum ini, menjadikannya kenderaan pelbagai guna (MPV) dengan harga paling kompetitif di pasaran.
Ketua Pegawai Eksekutif Perodua Datuk Aminar Rashid berkata, selain pengurangan harga atas jalan, Alza baharu itu juga melalui penambahbaikan keseluruhan bernilai RM4,000.
“Pengurangan harga ini dibuat melalui pengurangan kos secara berkesan bermula rangkaian pembekal, kilang, pembuatan, pusat servis, pusat jualan serta menambah baik produktiviti barisan hadapan.
“Kami mampu kurangkan harga atas jalan Perodua Alza generasi baharu ini antara RM1,000 sehingga RM5,500 (bagi tiga varian berbeza), sekali gus menyahut seruan kerajaan supaya syarikat automotif melakukan pengurangan harga kenderaan secara berperingkat,” katanya dalam Majlis Pelancaran Perodua Alza Generasi Baharu di Kuala Lumpur, semalam.
Beliau berkata, Perodua menyasarkan 4,300 unit Alza baharu itu dijual setiap bulan tahun ini, berbanding 3,800 unit setiap bulan bagi model sebelum ini pada 2013.
“Kami sasarkan peningkatan sumbangan jualan Alza kepada 26 peratus daripada jualan keseluruhan Perodua tahun ini, berbanding 23 peratus tahun lalu,” katanya.
Sejak diperkenalkan pada November 2009 sehingga Disember 2013, sebanyak 169,000 unit Alza berjaya dijual.
Menurut Aminar, jumlah keseluruhan MPV yang dijual daripada 2010 sehingga 2013 di Malaysia adalah 396,000 unit, menjadikan Alza MPV paling banyak dijual sepanjang tempoh itu.
Perodua Alza generasi baharu ditambah baik melalui ciri-ciri keselamatan lebih baik, rekaan dalaman lebih versatil dan penjimatan penggunaan minyak.
Ia boleh didapati dalam tiga varian iaitu standard dan edisi Khas dengan transmisi automatik dan manual, serta Versi Advanced transmisi automatik serendah RM52,400 sehingga RM64,000 seunit.
[Wow] - Motokar

PUTRAJAYA – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini melancarkan Proton Perdana berwajah baharu sebagai kenderaan rasmi kerajaan.
Proton Perdana berwajah baharu itu menampilkan dua varian iaitu Perdana 2.0 L dan 2.4 L dengan mempertingkatkan ciri-ciri keselamatan dan keselesaan.
Dua unit edisi khas Proton Perdana berwajah baharu turut dikeluarkan untuk Najib dan timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Pada majlis itu, Najib juga menerima kenderaan rasmi beliau dengan plat nombor W11N.
Turut hadir Pengerusi Eksekutif Proton Tan Sri Mohd Khamil Jamil dan menteri-menteri kabinet.
Sebanyak 200 unit pertama Proton Perdana baharu akan diserahkan kepada kerajaan setiap bulan. – BERNAMA
[Wow] - Motokar

Kuala Lumpur: Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (PERODUA) menawarkan
60 unit Myvi Edisi Terhad FEM (Female Empowerment Movement) kepada
golongan wanita sebagai usaha bagi menjayakan kempen FEM yang memberi
fokus kepada golongan terbabit.
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutifnya Datuk Aminar Rashid Salleh
berkata, kempen seperti itu dilihat dapat menyumbang 20 hingga 30
peratus kepada jualan tahunan syarikat.
“Kempen yang fokus kepada golongan sasaran ini salah satu strategi kami bagi mengekalkan penguasaan pasaran automotif di negara ini,” katanya pada majlis pelancaran kempen PERODUA FEM di sini, semalam.
Kempen terbabit menyaksikan PERODUA menawarkan Myvi dilengkapi
pelekat trendy, kusyen kulit dan warna putih Ivory. Semua ciri istimewa
itu bernilai RM4,000 dan apa paling menarik, harga unit terbabit tetap
berada pada harga semasa iaitu RM56,000 seunit.
Beliau berkata, golongan wanita perlu berusia sekurang-kurangnya 18 tahun dan memiliki atau pernah memandu kereta PERODUA untuk menikmati tawaran terbabit. Mereka juga perlu berdaftar di laman web www.peroduafem.com.my untuk menikmati pelbagai kemudahan lain dan berkongsi maklumat mengenai isu wanita.
Katanya, sehingga kini, laman web itu mencatatkan 2,000 keahlian dan syarikat menyasarkan 10,000 keahlian menjelang akhir tahun depan.
Ketika ditanya kesan kenaikan tarif elektrik kepada operasi
syarikat, Aminar berkata syarikat akan cuba terus menawarkan harga
berpatutan kepada pelanggan dengan mengurangkan kos pada setiap
peringkat dalam rangkaian pembekalan.
[Wow] - Motokar
Los Angeles – Satu daripada
beratus-ratus kereta yang dipamerkan di pameran kereta LA minggu ini
mendapat liputan meluas akhbar, tetapi bukan semuanya mendapat pujian.
Walaupun berharga AS$1.1 juta (RM3.5
juta), kereta biru Youabian Puma meraih pelbagai gelaran pelik, termasuk
“raksasa”, “gila” hingga kepada “tidak munasabah”.
Kenderaan besar yang dipamerkan
berhampiran satu daripada pintu masuk pusat konvensyen itu tampil
popular apabila puluhan ribu peminat kereta membanjiri pusat itu mulai
semalam.
Pameran terbabit berlangsung selama 10
hari. Kereta bernilai RM3.5 juta itu mendapat perhatian pengunjung
dengan tajuk depan akhbar LA Times menggelarnya ‘benar-benar pelik’.
Laman Autoblog.com menggelarnya “nampak
pelik” dan memetik kenyataan pengeluarnya yang menyifatkan ia “kenderaan
untuk berseronok”.
“Lebih hebat daripada kehidupan,
Youabian Puma memang tidak munasabah dari mana sudut pun anda lihat,”
tulis carscoops.com, satu lagi laman media mengenai kereta yang meninjau
kereta itu pada sidang akhbar sebelum pameran terbabit dibuka kepada
awam.
Kereta itu disifatkan sebagai gabungan
antara kereta sport dan kereta kebal oleh LA Times. Ia mempunyai saiz
yang besar hampir 8 kaki lebar dan melebihi 20 kaki panjang. – Agensi
[Wow] - Motokar

Wazuma V8 keluaran syarikat Lazareth ialah motosikal beroda empat (Quadbike) paling insane dan mahal didunia. Ianya menggunakan enjin V8 3.0 Liter Ferrari yang mampu menghasilkan 250 kuasa kuda. Untuk harness the power Waruma menggunakan kotak gear BMW M3. Ia juga menggunakan 4 sports rim MOMO serta satu set lengkap brek dari Brembo. Jika anda berminat membeli ianya kini dijual dengan harga EURO 200 000 (RM 828 ooo) sebuah dan boleh dibeli disini.
Laporan asal JamesList
[Wow] - Motokar

Aku bukan minat motor sangat tapi Yamaha VMAX Hyper Modified yang diubahsuai oleh Ludovic Lazareth ini sangat jizzgasm. Ianya diubahsuai dari Yamaha VMax dan hasilnya ianya sekarang kelihatan macam sex on wheels. Check out the nice exhaust pipe and fronts. Vmax Hyper Modifiied ini mempunyai enjin V8 yang mampu memghasilkan175 kuasa kuda. In layman's term this beast can rempit like a bawse
Laporan asal Bike Exif
[Wow] - Motokar
Tahukah anda ketika perang dunia kedua dahulu banyak kereta yang menggunakan kayu digunakan di Eropah. Dikatakan terdapat 9 juta kereta berkuasa kayu di Eropah pada ketika itu. Kayu digunakan sebagai sumber bahan api kerana catuan petrol untuk kegunaan ketenteraan. Jadi bagaimanakan kereta berkuasa kayu berfungsi. Ok I have to admit I dont really understand the chemistry but It goes something like this
Kayu diletakkan didalam balang kedap udara yang kemudian dipanaskan dengan stim sehingga1300 darjah selsius. Dalam ruangan kekurangan oksigen ini kayu akan menghasilkan gas yang mengandungi nitrogen, hidrogen, karbon dioksida dan metana yang juga dikenali sebagai SYNGAS. Hidrogen yang terhasil kemudian digunakan sebagai bahan api bagi menggerakkan enjin kereta. Ketika zaman perang dunia kedua stesyen minyak mula menjula kayu dan bukannya bahan api konvensional. Try imagining Petronas jual kayu api! LOL
Jadi mengapakah GASOGENE (nama panggilan gas kayu) tak digunakan lagi zaman sekarang?
Pertama sekali hidrogen yang terhasil sedikit dan kereta yang menggunakan Gasogene tidak boleh memecut laju. Kedua lihat sahaja saiz balang proses gasifikasi yang perlu diletakkan pada belakang kereta. Besar gila. Ianya berat dan menghalang pengilihatan pemandu. Ketiganya jika mahu gunakan kereta berkuasa kayu anda kena panaskan balang gasifikasi secara perlahan-lahan selama sejam sebelum kereta boleh dihidupkan. Jadi kalau mahu gunakan kereta dengan segera memang tak dapek den nak menolongnya. Akhir sekali setiap kali "minyak diiisi" anda perlu membersihkan sistem penapis udaranya. Banyak pulak kerja! Nak check water level radiator pun pemalas.
Sungguhpun begitu kereta berkuasa kayu ini boleh dikatakan echo-friendly kerana menggunakan bahan api yang boleh diperbaharui. Hasil pembakaran Hidrogen juga jauh lebih bersih dari bahan api fosil yang sedia ada. Di Eropah sudah apa pergerakan yang menggunakan semula teknologi lama ini.
Just so you know sebuah kereta Gasogene boleh bergerak sejauh 100 Km dengan "membakar" 30 kilogram kayu. Adakah anda mahu menggunakan kereta sebegini?
Laporan asal LowTech
[Wow] - Motokar
Subscribe to:
Posts (Atom)


















Recent Comments