Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi


Tahukah anda pada bangsa Cina mempunyai hari Valentine mereka yang tersendiri? Hari Valentine Cina dikenali sebagai Qixi disambut pada hari ketujuh bulan ketujuh kalendar lunar. Tahun ini ia jatuh pada 12 Ogos

Bagi menyambut hari kekasih ini pelbagai acara dilakukan. Di Guangzhou "Larian Cinta" dianjurkan dan untuk menyertai larian ini peserta wanita wajib memakai pakaian pengantin. Qixi sudah disambut selama 2000 tahun. Menurut lagenda pasangan kekasih Zhinu  dan Niulang. Niulang ialah seorang penggembala lembu yang jatuh cinta dengan Zhinu, anak seorang dewi. 

Cinta mereka terhalang dan ibu Zhinu memisahkan mereka. Seorang di angkasa manakala seorang lagi di bumi. Setahun sekali pada hari ke tujuh bulan ketujuh mereka dibenarkan bertemu. Pasangan yang mahu cinta mereka kekal abadi akan berkahwin pada hari Qixi.



Laporan asal Calgary Herald
Wanita (2)

Seorang wanita di Fort Lauderdale, Florida, Dania Beach, 55, terpaksa berdiri dalam keadaan menyandar pada sebuah jambatan setinggi 22 kaki dari air kira-kira 20 minit sebelum diselamatkan oleh pasukan bomba.

Alkisahnya, jambatan tersebut merupakan landasan keretapi yang melintasi Sungai New dan boleh dinaikkan untuk laluan bot.

Sangkut

Entah bagaimana Dania boleh mengambil keputusan untuk melalui jambatan tersebut walhal terdapat sebuah laluan untuk pejalan kaki berhampiran kawasan itu.

Sedang dia melalui jambatan tersebut, secara tiba-tiba jambatan itu terangkat perlahan-lahan dan dia tidak sempat untuk berlari ke seberang jalan.
Bagaimanapun, wanita itu sempat berpaut pada trek dalam keadaan menghadap ke hadapan dan menyandar pada landasan.

Saksi kejadian tersebut segera menghubungi pasukan penyelamat yang kemudiannya membantu Dania turun dengan selamat menggunakan tangga sepanjang 24 kaki.
Operasi menyelamat itu mengambil masa kira-kira 20 minit dan orang ramai yang menyaksikan kejadian itu bertepuk tangan apabila Dania berjaya dibawa turun.

Itulah, manusia memang suka ambil jalan mudah semata-mata mahu tiba cepat ke destinasi yang dituju. Tak fikir keselamatan diri walhal hidup ini hanya sekali saja.
Tren

Bila dah nama ‘handsome’, pemandu tren laju pun jadi bahan tumpuan.
Itulah yang terjadi di China apabila seorang pemandu tren laju, Sun Jiaqi dikatakan menjadi tumpuan para wanita tidak kira umur.

Berwajah tampan dan senyumannya yang manis, dia dikatakan menjadi gelombang baru di laman-laman sosial setelah wajahnya di muat naik dalam sebuah laman yang mengumpulkan wajah-wajah tampan si pemandu tren laju.

Gambar tersebut kemudiannya menjadi viral apabila ia dikongsi oleh ribuan pelayar laman sosial.

Menurut Shanghaiist.com dan Sina.com, Jiaqi dikatakan bekerja di Suzhou Metro Line, sebuah syarikat pengendali tren di China.

Bukan itu sahaja, dia juga bekerja sebagai peragawan (model) sambilan.
Tambah hangat apabila Jiaqi menjawab di laman sosialnya dan menyatakan dia hanyalah ‘pekerja biasa’.
Kita biasanya ingat singa boleh bunuh mana-mana haiwan yang mereka nak makan. Tetapi kali ini anda akan menyaksikan seekor singa yang FAIL dalam kes mencari makanan. :-))







Untuk menjadi pelukis memerlukan bakat tapi jika mahu mengikut stail Leandro Granato, 27, ia memerlukan lebih daripada itu.

Pelukis abstrak Argentinia ini mampu membuatkan sesiapa sahaja kagum dengan keupayaannya melukis menggunakan teknik luarbiasa, iaitu menggunakan mata.

Caranya, Granado akan menyedut bancuhan warna air di hidung sebelum menghembus warna ke kanvas menggunakan saluran di mata.

Teknik ini telah dipraktikkan oleh Granado sejak kecil lagi, sebaik sahaja menyedari matanya boleh menyemburkan air apabila dimasukkan menerusi hidung.

Granado memerlukan masa antara 10 minit hingga berbulan-bulan untuk menyiapkan satu-satu karya yang dijual lebih £1,500 (RM7,800) setiap satu.
Antara inspirasinya adalah pelukis Amerika, Jackson Pollock.

Akui Granado, keluarganya menyangka dia sudah gila ketika mula-mula memberitahu mahu serius menggunakan cara ini untuk menyara hidup.

Namun lama kelamaan keluarganya sama seperti orang lain, sedar bahawa Granado telah menjadi perintis dalam memperkenalkan cara baru berkarya menggunakan teknik yang dipanggil ‘eye painting’.
Abu Mayat


Charlie Nguyen, pemilik kedai Charlie’s Liquor & Smoke di Wichita, Kansas sudah biasa menemui barang-barang yang ditinggalkan oleh pelanggan seperti telefon bimbit dan kunci.

Namun buat pertama kali, ada seorang pelanggan tertinggal bungkusan tertulis ‘remains of Helen K. Dapron’ beserta tarikh kelahiran dan kematian pada Oktober 1930 dan Jun 2010.
Bermakna, ia adalah bungkusan berisi abu mayat!

ashes

Dalam usaha mengenalpasti pelanggan yang keciciran bungkusan abu mayat tersebut, Charlie telah memeriksa rakaman keselamatan namun ia tidak jelas.

Usaha menampal iklan di pintu kedai juga tidak mendatangkan hasil, membuatkan Charlie sanggup menempah iklan di laman web Craigslist.

Menjelaskan mengapa dia bersungguh-sungguh sampai begitu sekali, Charlie menyatakan bungkusan itu merupakan abu mayat nenek seseorang. Jika ia miliknya, pasti dia akan mencari sampai jumpa memandangkan ia sesuatu yang berharga.

Akhirnya semalam (Khamis), seseorang muncul dan mengaku abu mayat itu miliknya.


PANTAI HUNTINGTON – Berpuluh-puluh ekor anjing mencuri tumpuan apabila menyertai Pertandingan Luncur Anjing Surf City di California, Amerika Syarikat.

Kejohanan tahunan kali kelima itu berlangsung di Pantai Huntington pada Ahad lalu.

Pertandingan luncur ombak tersebut dibahagikan kepada beberapa kategori berat bermula daripada anjing di bawah sembilan kilogram (kg) hingga kepada lebih 27kg.

Acara berkenaan mendapat sambutan menggalakkan daripada penonton sejak ia diperkenalkan pada 2009.

Anjing-anjing yang ditemani pemilik masing-masing turut dipakaikan pelbagai jenis pakaian.
Terdapat juga kategori khusus di mana pemilik boleh meluncur dengan anjing peliharaan masing-masing serta dua ekor anjing meluncur bersama-sama di atas sebuah papan luncur pada satu masa. – Agensi
GAMBAR: Doktor Bergaya 'ALA- PREDATOR' Datang Balai Buat Laporan Polis
Gempar sebelum ini mengenai ‘Predator Malaysia’ yang datang ke Balai Polis, kononnya sesetengah spekulasi mengatakan predator sesat bertanyakan jalan dan sebagainya.
Siapakah sebenarnya di sebalik topeng dan pakaian lengkap predator ini?
Jangan terkejut kerana manusia yang bertopengkan predator dan pakaian lengkap predator ini adalah seorang doktor.
Doktor yang lengkap dengan seragam predator yang berharga RM85 ribu ini sebenarnya datang ke balai polis untuk membuat laporan mengenai penjualan sijil sakit (MC) palsu di laman sosial Facebook.
Tetapi mengapa harus memakai pakaian sebegini rupa untuk tampil di balai polis?
(sumber www.rilekslah.net)
predator malaysia rilekslah.net
topeng predator malaysia rilekslah.net