Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi



Baru-baru ini, kumpulan pembangun aplikasi telefon 'Just Impressive' Group yang berpusat di Kota Kinabalu Sabah telah melancarkan aplikasi telefon mereka yang pertama.


Aplikasi ini adalah salah satu daripada beberapa siri Aplikasi hiburan daripada mereka, menurut Ketua Pembangun Just Impressive Group, mereka akan melancarkan beberapa lagi Aplikasi Hiburan pada masa hadapan dan sedang merancang untuk berkolebarasi bersama kumpulan-kumpulan media yang lain. 


Ahli kumpulan pembangun aplikasi telefon yang berasal dari Kota Kinabalu, Sabah ini berharap yang Aplikasi ini akan memberikan sesuatu yang baru di dalam industri pembangunan aplikasi mobile di Malaysia.

Aktiviti promosi kini sedang giat dijalankan, applikasi ini akan dipaparkan lagi di sebuah Temubual atas talian baru yang akan berlangsung pada hujung bulan ini.

Anda boleh memuat turun aplikasi ini secara percuma di Google Playstore di 

https://play.google.com/store/apps/details?id=com.superlawakapp.superlawakapps

Ataupun dengan menaip Superlawak di Google Playstore :D

Just Impressive juga menerima tempahan untuk Membina Laman web dan Aplikasi Mobile dengan harga yang bepatutuan, anda boleh menghubungi mereka di jsimpressive@gmail.com ataupun di nombor 0178142285
- - - -

KELAKAR.. beginilah aksi dua lelaki yang dilihat tidur di dalam MRT Singapura kira-kira jam 11 malam, Sabtu lalu.
Boleh dikira tidur tahap tak sedar apa-apa dah, salah seorang daripada lelaki berkenaan yang kelihatan meletakkan tangannya dalam seluar menindih rakannya yang seorang lagi.
Dalam gambar lain, salah seorang daripada mereka kelihatan sudah berada di atas lantai tren – namun kedua-dunya tetap nyenyak tidur seolah-olah berada di rumah.

Gambar kedua-dua lelaki yang dipercayai mabuk ini dikirim oleh penumpang MRT kepada laman web singaporeseen.stomp.com.sg.

Tak pasti sama ada kecuaian atau kurang fasih berbahasa Melayu, sebuah iklan mencari pekerja di sebuah laman web terkenal melakukan kesilapan besar.

Sekali baca mungkin tak perasan, tapi jika diamati calon ‘admin assistant’ yang dicari oleh syarikat dalam iklan ini adalah mereka yang MENINGGAL di Batu Caves, Selayang dan Gombak.

Hm, harap-harap kakitangan syarikat yang akan menjalankan sesi interview kelak tidak terkejut dengan calon yang hadir bagi memohon jawatan tersebut ya?

Untuk renungan bersama...

1. Seorang lelaki berjalan menuju ke pondok telefon dan memasukkan syiling. Kemudian dia mendail nombor yang hendah dihubungi. Setelah sahaja menekan nombor, tidak sampai dua saat dia sudah berkata... Hello. Satu adegan yang tidak logik sedangkan talian telefon memerlukan masa lebih kurang lima saat untuk disambung. Belum dicampur lagi masa yang diperlukan oleh si penjawab bangun, berjalan dan menjawab panggilan. Adegan tidak logik ini memang wujud dalam drama tempatan melayu sejak dahulu hingga kini.

2. Dalam drama bersiri Gerak Khas, sebelum babak perbualan di pejabat polis, kamera fokus diluar ibu pejabat polis dimana terdapat dua anggota polis wanita berjalan seiringan keluar dan masuk... Dua anggota polis berkenaan muncul hampir setiap siri drama tersebut dengan gaya seperti orang berkawat malas.

3. Kebanyakkan filem seram tempatan memaparkan banyak adegan menjerit. Pengarah filem tersebut lupa bahawa sebenarnya penontonlah yang perlu menjerit ketakutan, bukannya pelakon.

4. Jika anda orang utara, pastinya anda meluat dan menyampah bila melihat pelakon-pelakon yang cuba berlakon dan bercakap loghat utara. Ini kerana mereka fikir mereka boleh membawa watak orang utara. Pada hakikatnya tidak.

5. Dalam drama melayu, jika ada babak perbualan antara seorang wanita cina dengan ahli keluarganya, perbualan tersebut dalam bahasa melayu!!! Bukannya bahasa cina. Tetapi dalam drama cina pula, babak perbualan antara wanita melayu dengan ahli keluarganya adalah dalam bahasa melayu juga....

6. Ayat yang sering digunakan dalam drama bersiri Gerak Khas.... "Tuan ada baca akhbar semalam?" .

7. Satu babak dalam drama bersiri slot Samarinda... Seorang lelaki bekerja di pejabatnya... Tiba-tiba handphonenya berbunyi.. Handphone yang digunakan adalah jenis Nokia yang mengunakan ringtone polifonik tetapi bunyi yang kita dengar adalah bunyi handphone biasa (monofonik).

8. Babak ini yang kelakar... Seorang pelakon memberitahu rakannya bahawa dia hendak menulis email kepada seseorang. Dia kemudiannya duduk di hadapan komputer dan mula menaip. Kamera yang ketika itu fokus pada monitor jelas menunjukkan pelakon berkenaan melulis email menggunakan Microsoft Word!!!.

9. Dalam satu adegan dalam sebuah filem, satu babak tembak-menembak telah berlaku diantara polis dengan penjahat. Pihak polis menggunakan sebuah kereta Mitsubishi Lancer (evo berapa tak ingat) sebagai perisai dan berlindung di balik kereta berkenaan. Polis secara berterusan dihujani berpuluh-puluh peluru dari penjahat... Tetapi kereta tersebut hanya kena satu das sahaja.

10. Semua filem seram karya penerbit tempatan akan berakhir dengan mimpi semata-mata. Anda tak perlu lagi ke panggung wayang... (Jika ada filem seram baru) kerana kesudahannya sudah anda ketahui, hanyalah mimpi. Ini adalah garis panduan yang telah ditetapkan oleh Lembaga Penapisan Filem....

Hanya sekadar lawak Jenaka :)
hehehehe...Yang ini sangat lucu.. apa benda nak bathtub dengan tong biru sekecil itu, disumbat pulak dengan dua orang 'gempal'.. Penuh tangki.. haha..  mula mula main air... lepas tu main buih .... ehh, betul ker? 

Spesis hantu dipercayai penunggu di Villa Nabila akan memfailkan saman malu ke atas individu yang menyebarkan fitnah bahawa mereka yang menculik dan menyorokkan remaja Mohd Izzat Izzudin Hussin, 16 tahun, di dalam rumah kosong itu.
Untuk pengetahuan anda, itu hanyalah intro berasaskan kepada gambar parodi yang dihasilkan oleh pakar grafik di negara ini kononnya bagi menggambarkan perasaan tidak puas hati spesis makhluk halus apabila dituduh menyembunyikan Mohd Izzat.
Pada zaman ini, atas nama perhatian dan populariti spesis ghaib pun boleh dijadikan bahan untuk disebarkan seterusnya menjadi kejutan seluruh negara sampai kecoh.
Bagaimanapun, gambar yang dihasilkan diambil dari rekabentuk muka depan sebuah akhbar tempatan memang menarik dan lucu.
Itupun tujuan parodi untuk berlawak tetapi mengambil perkembangan isu semasa.
Bukan sahaja gambar itu, gambar Izzat turut diparodikan dengan meletakkan dialog ‘I’m sorryy,” berkali termasuk memasukkan bait-bait lirik lagu ‘Cinta Untuk Nabila’ kononnya seperti meminta maaf kepada penunggu Villa Nabila. 

Halloween disambut setiap 31 Oktober. Jika anda mempunyai pasangan mungkin kostum di bawah boleh memberikan anda inspirasi untuk berpakaian sedondon.



Laporan asal Izismile

Iklan motosikal selalunya didatangi dengan seorang awek seksi yang akan berposing bersama-sama motor. Apakah terjadi jika motosikal berkuasa tinggi diiklankan dengan mengggunakan lelaki normal?


Laporan asal Asiantown