Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi



Leader juga merangkap vokalis utama idol grup Sistar iaitu Hyori membuat Yook Joong Wan harus menutup wajahnya saat Hyorin mempamerkan gaun tube top Seksi dalam sebuah sesi wawancara TV.

Disaat gadis seksi bersuara serak ini tampil di program SBS iaitu Midnight TV Entertainment ketika sedang menjalani rakaman sebuah iklan minuman beralkohol.

Dalam adegan di balik layar rakaman iklan itu, terlihat Hyorin basah dalam balutan gaun berkilauan itu setelah keluar dari tangki air dengan ikan di mulutnya.




Di Korea Selatan sendiri, nama model, pelakon dan penyanyi ini tidaklah disanjung mana. Ramai lagi pelakon atau selebriti lelaki lain menjadi kegilaan di sana berbanding dirinya.

Namun bagi sesiapa yang mengikuti rancangan berbentuk ‘variety’ dan ‘gameshow’ Running Man, pasti tidak boleh melupakan bagaimana hidupnya karakter selebriti tinggi lampai ini. 
Lee Kwang Soo, 28, bukan lagi nama baru di gelanggang hiburan negara itu, namun gara-gara rancangan itu, kelibatnya terus mendadak jadi perhatian dunia khasnya di sekitar Asia.
Malah saat ini pun, kehadirannya sentiasa dinantikan peminat tegar program itu yang pastinya juga sudah fanatik kepadanya jauh berbanding sebelum ini hanya bergelar pelakon.

Tidak terkecuali, buat kali pertama berkunjung ke sini kelmarin demi peminat Malaysia juga, seperti dijangkakan kehadirannya menerima sambutan luar biasa meskipun datang bersendirian.

Melihat bagaimana kasih sayang dan sokongan yang ditunjukkan peminat, pelakon siri City Hunter itu jelas turut gagal menahan air mata gara-gara cukup terharu.

Terutama sekali pada persembahan klip video singkat yang ditujukan khas buatnya oleh kelab peminat di sini. Umpama sudah bertahun lama dekat di hati dan dikenali, rangkaian kisah hidupnya dipersembahkan penuh indah.


Bermula dari zaman kecil sehingga dia mula menapak dalam industri sebagai model, kompilasi lakonan dalam beberapa drama serta rakaman aksi dalam Running Man, diper-sembahkan padanya.

Lagaknya yang mulanya tenang, bersahaja dan masih kelihatan kelakar tiba-tiba berganti sebak.

Begitulah yang terjadi pada sesi pertemuan sulung Kwang Soo dengan peminat di sini itu di mana cukup singkat, namun memberi makna tersendiri tentunya buat dia dan semua hadirin.

Dibawakan khas oleh penganjur Faith & D Entertainment, King Kong Entertainment dan JS Concert Productions, jejaka itu sekali gus membuka tirai kunjungan artis Korea ke Malaysia untuk tahun ini.


Dalam Running Man, dia terkenal dengan sifat baik pada awalnya, namun episod berganti episod, sisi jahatnya mula menonjol di mana pada saat akhir dia dikenali sebagai pengkhianat. Bertubuh tinggi lampai dan kurus, rakan dalam program itu memanggilnya zirafah.


Namun menyaksikan sedikit sebanyak peribadi Kwang Soo pada acara bermula jam 6.30 petang di pusat beli-belah Kenanga Wholesale Centre (KWC) itu, dia agak pemalu dan sopan.

Dia tidak banyak bercakap, namun apabila diberi arahan untuk membuat pelbagai aksi, yakin dan bersungguh-sungguh dia melaksanakannya. Riak wajahnya amat mencuit hati.


Dia melakukan tiga pusingan permainan dengan peminat di mana empat peminat bertuah dipanggil ke pentas untuk meniru aksinya berdasarkan satu perkataan diberi.


Kwang Soo turut menyanyi tiga lagu pelbagai genre di mana pada lagu ketiga, dia memberanikan diri turun bersalaman dengan peminat di bawah pentas. Dia tidak henti-henti mengucap-kan terima kasihnya dan masih tidak percaya peminat di Malaysia memberikan sambutan hangat kepadanya.


“Ini semua di luar jangkaan saya dan sungguh terharu dengan kasih sayang anda semua. Saya memang tidak sabar untuk balik Korea dan beritahu rakan Running Man yang lain, Malaysia sangat luar biasa.


“Janji saya, tahun ini akan berusaha lebih keras dan terus memperbaiki lakonan saya serta mencuba pelbagai watak mencabar lain. Semuanya khas untuk anda semua. Terima kasih, kamu umpama keluarga baru saya sekarang,” katanya.


SIAPA yang tidak tersenyum apabila mendapat ucapan Selamat Pagi dari Taeyeon Girl Generation. Sebelum ini, artis Korea tersebut telah memuat naik gambar dalam laman sosial Instagram dengan ucapan ‘Selamat Pagi! Persembahan hari Natal bakal tiba! Pasti hari tersebut menjadi hari yang paling bermakna’.

Seperti yang diketahui, SM Entertainment akan mengadakan Smtown Week, dengan persembahan yang bakal diadakan di pekan Natal. Tajuk persembahan kumpulan Girl Generation itu sendiri bertajuk Smtown Week Girls Generation.

Konsert tersebut bakal diadakan pada 22 Disember akan datang. Persembahan tersebut turut menampilkan kumpulan lelaki dan perempuan yang bernaung di bawah SM Entertainment.

Dalam gambar yang dimuat naik oleh Taeyeon, ketua kumpulan ini kelihatan begitu cantik tanpa solekan. Walaupun baru bangun dari tidur, Taeyeon kelihatan begitu cantik dan memukau di hadapan kamera.

Dugaan yang menimpa penyanyi, rapper, penari, komposer, produser dan pelopor fesyen ini bukan calang-calang. Pada usia terlalu muda pula, dia sudah merasa betapa sakitnya dunia penuh glamor ini.
Park Jaebeom atau Jay Park, 27, tidak lama dulu berdepan insiden paling ‘hitam’ sewaktu baru mula-mula naik dan mengetuai kumpulan K-Pop terkenal 2PM apabila dikecam habis-habisan di laman sosial hanya kerana satu kesilapan.
Drastik dan mengundur diri hanyalah jalan terbaik buatnya ketika itu, penyanyi kelahiran Seattle, Washington, Amerika Syarikat ini bagaimanapun tidak dapat menafikan minat mendalamnya hanya pada muzik.

Bangkit daripada ‘kegelapan’ itu, dia kembali membina empayarnya bermula pada 2010 dan memperjuangkan apa yang adil buat dirinya sendiri, muzik serta apa kemahuan sebenarnya.

Melangkah setapak lagi meluaskan lagi pastinya profil kerjayanya sendiri, dia mengambil risiko pula untuk membuka label sendiri dan setakat ini sudah beberapa artis direkrut bernaung bawahnya.

Ternyata dia benar-benar menggunakan peluang kedua kebangkitannya dengan melakar sebuah kejayaan yang sudah cukup mengagumkan dibuat seseorang pada usia semuda itu.

Memberi nama labelnya AOMG yang pasti bukan masa untuknya bersenang-lenang lagi kerana menurutnya selain dirinya, dia kena menjaga kerjaya orang lain juga.

“Terus-terang, dengan penubuhan label ini memang semakin pening dan jadual pula makin padat serta sudah tentu-tentu saya kena campur tangan dalam setiap hal membabitkan syarikat saya itu.

“Setakat ini, sudah ada empat artis yang bernaung di bawah AOMG di mana terbaru saya baru saja memperkenalkan Grey. Bagaimanapun, konsep muzik yang saya tekankan akan lebih kepada hip hop dan R&B,” katanya ditemui pada sidang media di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Melihat dirinya yang ibarat tidak terkesan dengan peristiwa perit sebelum ini, ditanya mengenai petuanya terus bertahan dan mendapatkan semula kekuatan, ringkas saja jawapan Jay.

Namun, perkara paling utama yang mendorongnya tidak lain tidak bukan minat serta kecintaan mendalam terhadap bidang ini maka itulah sebabnya dia semakin serius melakar nama.

“Ditimpa pengalaman lampau pada usia muda pula, saya banyak belajar benda baru dan bagaimana mahu berhadapan serta mencari jalan penyelesaian terbaik untuk apa juga masalah.

“Tiada apa-apa saya mahu tukar pun kalau boleh mengundur masa kerana semua itu pembelajaran dan saya sangat gembira mempunyai keluarga yang sangat setia menyokong serta bangga terhadap saya,” katanya.

Segmen khas Jay Park di E! News

Kisah hidupnya itu juga bukan saja menarik perhatian peminat malah pada 3 Disember, jam 9.30 malam nanti, satu tayangan khas yang bakal menceritakan sisi tidak diketahui mengenai Jay Park bakal disiarkan saluran E! menerusi Jay Park’s E! News Special.

Semestinya dinanti-nantikan peminat apatah lagi selama ini hanya kehidupan artis Barat seperti Christina Aguilera dan Nicki Minaj saja mengisi segmen berkenaan, tapi kali ini giliran dia mewakili artis Asia pula.

Apapun, tentu bukan mudah mahu bercerita mengenai kisah lamp au serta peribadi kepada umum sebaliknya Jay mengakui ia tidak mendatangkan masalah buatnya malah sangat bangga diberi penghormatan itu.

“Sewaktu ditawarkan untuk mengisi slot berkenaan, saya tidak terfikir pun untuk menyimpan atau menyembunyikan apa-apa yang tidak patut kerana inilah masanya menunjukkan apa peminat tidak tahu pasal saya.

“Beberapa tahun lalu, saya juga pernah menonton segmen ini yang bercerita mengenai Nicki Minaj dan banyak perkara baru saya ketahui mengenai penyanyi berkenaan.

“Selain cerita saya membesar, apa yang saya lakukan setiap hari dan orang-orang terdekat saya, penonton juga pastinya tidak mahu terlepas bagaimana kisah di sebalik tabir kerjaya saya selama ini,” katanya.

Malam Ahad lalu, Jay juga tidak ketinggalan menghiburkan peminat pada satu ‘showcase’ pendek yang diadakan di Zouk, Jalan Ampang, Kuala Lumpur dan meskipun kelihatan agak letih, dia tetap bertenaga menyanyikan empat lagu hit miliknya iaitu Joah, Girlfriend, I Love 2 Party dan Hot.

Turut membuat persembahan empat penyanyi jemputan iaitu Karmal, Trick, Sammie dan Yvonne.
Perkhabaran ini pastinya menggembirakan buat peminat setia ahli kumpulan Kpop Big Bang iaitu G-Dragon atau lebih dikenali sebagai GD.
Penyanyi tersebut dikatakan telah bekerjasama dengan Justin Bieber dalam sebuah lagu yang bakal dilancarkan pada tahun hadapan.
GD mengatakan, “Justin Bieber sudah pun selesai merekodkan bahagiannya (dalam lagu itu), sekarang ini cuma tunggu giliran saya sahaja”.
Walaupun sibuk dengan agenda seni solonya, GD tidak sesekali mengabaikan Big Bang yang telah banyak menaikkan namanya sama ada di persada seni antarabangsa.
GD

Nampaknya industri seni di Korea sudah semakin terbuka dengan aksi bogel artis-artisnya.
Terbaru, dikhabarkan seorang ahli kumpulan 2NE1 iaitu CL berbogel dalam video klip terbaru kumpulannya itu yang berjudul Missing You.


Apa yang menariknya, walaupun baru saja sehari video itu dimuatnaik di laman Youtube, hampir 2.7 juta sudah menontonnya!

Lihat Video Di Sini : Youtube
Make up jadi senjata utama bagi para pelaku dunia hiburan. Tanpa make up, wajah para selebriti pun boleh jadi tak secantik saat menggunakan make up. Ini dia 5 idola kpop cantik ketika mereka tampil tanpa make up.


1. Nana 'After School'
 

Personel After School dan Orange Caramel Nana selalu tampil layaknya barbie dengan wajah cantik dan kaki jinjang. Lihat wajah Nana saat belum mengenakan make up!

2. Jiyeon 'T-ara'

 
Personel T-ara Jiyeon hampir selalu berdiri di posisi tengah kerana dianggap paling cantik di antara semua kakitangan T-ara. Gambar pertama menunjukkan Jiyeon tanpa make up. Bagaimana menurutmu?

3. Hara 'KARA'

 
Di sebuah undian doktor bedah plastik, kecantikan Goo Hara dinilai terlalu sempurna. Lihat wajah comelnya tanpa mengenakan make up.

4. Ga In 'Brown Eyed Girls'




 
Maknae Brown Eyed Girls Ga In selalu mengenakan eyeliner tebal untuk membingkai matanya yang sepet. Ga In pun tampak lebih muda ketika melepas make up nya untuk tampil di filem.

5. Jessica 'SNSD'


 

Si ice princess Jessica 'SNSD' selalu tampil cantik. Gambar di atas adalah gambar lama dirinya sebelum menggunakan make up.
LOKI1

Pastinya ‘die hard fan’ pelakon Tom Hiddleston yang memegang watak Loki dalam filem Thor berasa cemburu dengan penyanyi K-Pop, Tiffany daripada kumpulan SNSD.

Ini semua gara-gara sekeping gambar mesra aksi spontan Loki mencium kepala Tiffany di saat mereka bertemu dalam program Mnet Wide.

Nampaknya tahap populariti di antara Loki dan Thor, lebih ramai wanita yang jatuh hati dengan Loki lagi.

Mungkin disebabkan watak Loki yang sentiasa berlagak sinis menerusi filem itu berjaya menambat hati para peminatnya di luar sana.
Bad boy over good boy, huh?

Tak kisahlah Loki ke Thor ke, yang penting filem itu kini sedang menduduki takhta filem terlaris di seluruh dunia.

Namun, satu yang pasti membuatkan peminat jatuh hati kepada Hiddleston ialah cara ketawanya yang unik, yang sekali gus menjadi trademark kepada pelakon kelahiran London ini.

LOKI