Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi


Klang: Seorang anggota polis mati manakala seorang lagi cedera parah diserang oleh lima lelaki dalam rondaan mencegah jenayah di Lorong Yusuf Shahbuddin 44D, Taman Sentosa Klang, Selangor.Semasa melakukan rondaan di tempat kejadian kereta peronda polis telah terserempak dengan lima lelaki disyaki warga Indonesia, anggota telah buat pemeriksaan dan berlaku pergelutan.

Dalam pergelutan tersebut, suspek telah merampas pistol milik anggota polis tersebut dan cuba menembak namun tindakan pantas oleh rakan anggota telah berjaya merampas kembali senjata milik dan telah berjaya menembak dua suspek.


Salah seorang anggota polis berpangkat Koperal telah meninggal dunia apabila sampai di Hospital Klang, manakala seorang lagi masih menerima rawatan setelah bantuan kereta peronda lain sampai.

Butir-butir suspek yang mati masih belum diketahui dan polis sedang menyiasat. Sebilah pisau turut dijumpai di tepi simati.


Siasatan masih dijalankan di tempat kejadian dengan bantuan Forensik IPK Selangor, Al-fatihah dan Salam Takziah.
Tumpat: Seorang wanita berusia 85 tahun ditemui mati dalam keadaan separuh bogel dengan kesan jerutan di leher dan mulutnya disumbat tuala di rumahnya di Kampung Kutan Hilir, Wakaf Bharu, di sini, semalam. 





Mayat Wan Mariam Wan Mahmud ditemui cucunya, Mohd Faizal Abd Samad, 30, kira-kira jam 3.30 pagi.


Mayat wanita itu dihantar ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII) di Kota Bharu untuk dibedah siasat. Mohd Faizal berkata, ketika berada di kedai makan berhampiran rumah neneknya kira-kira jam 3.30 pagi, dia menerima panggilan telefon daripada nombor telefon neneknya. 

Dia bergegas ke rumah neneknya kerana berasa pelik apabila tidak mendengar suara wanita itu. 


Pintu dapur dikopak 

Beliau kemudiannya mendapati pintu dapur dan bilik tidur rumah neneknya yang tinggal seorang diri, dikopak. 

Sebaik nampak pintu dapur terbuka, dia terus masuk dan mendapati rumah berselerak sebelum ke bilik neneknya untuk mengejutkannya yang tidur di atas katil. 

“Saya yang belum tahu nenek sudah meninggal dunia, kemudian memaklumkan kepada jiran mengenai ada orang memecah masuk rumah nenek. Selepas membuat pemeriksaan bersama jiran, baru kami tahu nenek sudah meninggal dunia dengan mulutnya disumbat tuala,” katanya.

BH

KUALA TERENGGANU – Sebelum ini, dia pernah digelar ‘Spiderwoman’ selepas tindakan nekadnya memanjat tingkat tiga sebuah asrama sekolah menengah di bandar raya ini semata-mata ingin mencuri kabel besi tembaga.
Susulan perbuatan itu, dia telah dijatuhi hukuman penjara seminggu dan denda RM1,500, namun ibu beranak satu itu seolah-olah tidak pernah serik apabila memecah masuk pula rumah milik seorang warga emas di Jalan Haji Abdul Rahman Limbong Kuala Ibai, di sini, jam 11 malam, 17 Februari lalu.
Wook@ Murniyati A Rahman, 34, dari Perumahan Kos Rendah Kampung Bukit Tunggal, di sini, mengaku salah melakukan kesalahan itu di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan kerana pecah rumah semasa dihadapkan ke Mahkamah Majistret, di sini, semalam.
Berikutan pengakuan salah itu, dia dijatuhi hukuman penjara 24 bulan oleh Majistret Abdul Hayyi Salim.
Wook mengaku salah melakukan pecah rumah dengan memasuki rumah milik seorang warga emas, Arisah Abdullah, 62, sebelum mencuri pelbagai jenis barangan seperti sebuah televisyen Samsung 42 inci, gelombang mikro jenama Vidigo, pengisar roti, pakaian dan beg pakaian, enam keping permaidani, set pinggan mangkuk, cadar dan langsir, kerusi lipat plastik, kain samping benang emas, mesin senaman jenama Osim dan pembesar suara.
Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Inspektor Miky Dunstan Muda manakala Wook tidak diwakili peguam.
Terdahulu dalam rayuannya, Wook merayu mahkamah meringankan hukuman terhadapnya kerana mendakwa dia terpaksa melakukan jenayah itu kerana memerlukan wang untuk menyara anak dan ibu yang sudah uzur.
Berdasarkan fakta kes, mangsa meninggalkan rumahnya dalam keadaan baik jam 11 pagi pada 1 Disember tahun lalu untuk ke Kuala Lumpur.
Bagaimanapun, pada 17 Februari lalu, mangsa menerima panggilan daripada jirannya yang memaklumkan rumahnya dipecah masuk dan mangsa yang tiba di rumahnya pada keesokan harinya mendapati pelbagai jenis barangan hilang sebelum membuat laporan polis. - Sinar Harian Online

Kuala Lumpur: “Dalam keadaan tangan atau kaki dirantai, saya disepak terajang, dipukul dengan kayu, besi atau tali pinggang, kuku kaki dicabut menggunakan playar. Tidak cukup dengan itu, kemaluan turut dihentak dengan objek tumpul.
“Saya tidak dibenarkan menjamah makanan sebaliknya penyeksaan itu dilakukan konco along hampir 24 jam secara bergilir-gilir setiap hari...ia bagaikan neraka dunia,” kata Ah Kim, 39, seorang daripada mangsa along yang dikurung dalam ‘penjara’ ciptaan kumpulan lintah darat itu bagi mereka yang gagal melunaskan hutang. 
Menurutnya, dia menggelarkan penjara along itu sebagai ‘Guantanamo along’ kerana konsep penyeksaan kejam dilakukan kumpulan terbabit terhadap peminjam sepertinya.

Ah Kim yang juga peniaga sayur mendakwa mula meminjam wang RM3,000 daripada lintah darat itu pada 2009.


“Ikutkan (perjanjian), saya diarahkan membayar RM100 setiap hari sehinggalah hutang selesai. Selepas enam bulan, perniagaan mula merosot dan disebabkan itu, bayaran mula tertunggak. Disebabkan itu, kadar bunga mula meningkat dan mencecah RM13,000.

Polis kini sedang mencari sekumpulan remaja yang dipercayai terlibat dengan kes rompakan di kedai serbanika 7 Eleven sekitar  Jalan Kuchai Lama dan Taman Desa, Kuala Lumpur.
Sekurang-kurangnya tiga kes rompakan bersenjata dilakukan oleh kumpulan ini yang dipercayai berusia di bawah 17 tahun.
Berdasarkan rakaman CCTV, remaja lelaki yang terlibat nampaknya benar-benar berani apabila tidak mengenakan topeng muka ketika menyamun wang tunai dan rokok ketika merompak.
Menurut sumber polis, rompakan pertama dilakukan kumpulan ini pada jam 8.40 malam 9 Februari lalu di Happy Garden, Kuchai Lama dengan bersenjatakan parang melibatkan wang tunai RM500.
Rompakan sama diteruskan pada 12.34 tengah hari, 20 Februari di mana wang tunai RM41.10 dan rokok bernilai RM257 dilarikan, disusuli kejadian 29 Februari di Taman Gembira, Jalan Kuchai Lama melibatkan wang tunai RM99.25 dan lebih 50 kotak rokok yang dianggarkan bernilai RM699.25.
Kini, gambar kesemua suspek sudah diedarkan dan ditampal di setiap cawangan 7 Eleven untuk membantu proses mengesan mereka.
Kes disiasat mengikut Seksyen 392/397 kerana melakukan rompakan bersenjata.


KUALA LUMPUR –  Seorang pemandu pelancong maut selepas ditembak dari jarak dekat di depan sebuah klinik di Taman Seri Sentosa, Jalan Klang Lama di  sini, malam kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 10.17 malam itu, mangsa dikenali sebagai S Devanathan, 27, yang terkena dua das tembakan disahkan meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur.

Pemangku Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Asisten Komisioner Khairi Ahrasa berkata, sebelum kejadian, mangsa menaiki sebuah kenderaan bersama seorang lagi rakannya untuk keluar minum di sebuah restoran.

“Tiba-tiba sebuah kereta Proton BLM yang dinaiki oleh empat suspek melanggar bahagian belakang kereta Proton Wira yang dinaiki mangsa dan rakannya itu,” katanya.

Beliau berkata, rakan mangsa kemudian keluar dari kenderaan untuk melihat keadaan dan pada masa sama salah seorang daripada empat lelaki itu keluar lalu menjerit dengan kata-kata ‘You patut kena potong’.

“Mangsa cuba melarikan diri sejauh tujuh meter sebelum ditembak tiga das di mana dua das tembakan mengenai badan dan salah satunya menembusi mulut mangsa,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur, semalam.

Khairi berkata, suspek kemudian melarikan diri, sebelum orang awam menghubungi polis dan pasukan bantuan perubatan.

Siasatan polis di tempat kejadian menemui kesan percikan darah, satu kelongsong peluru dan dua slug peluru dipercayai dari senjata pistol automatik yang digunakan suspek menembak mangsa.

Susulan kejadian itu, pihaknya menahan dua individu untuk membantu siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Menurutnya, siasatan awal mendapati salah seorang daripada empat lelaki yang berada dalam kereta Proton BLM itu dikenali mangsa.

“Kita masih menyiasat motif kejadian. Kita juga akan meneliti rakaman CCTV di kawasan itu dan mohon mana-mana individu yang melihat kejadian tampil memberi maklumat,” katanya.

Sungai Buloh: Dua beradik lelaki berusia 18 bulan dan lima tahun dikelar hingga mati menggunakan pisau oleh pembantu rumahnya sebelum wanita itu membunuh diri dalam kejadian di sebuah rumah dua tingkat di Taman Sri Putra, di sini petang semalam.
Difahamkan, ketika kejadian, kedua-dua mangsa tinggal bersama pembantu rumah warga Indonesia itu ketika ibu bapa, datuk dan nenek mangsa keluar sejak jam 8 pagi untuk menguruskan perniagaan kedai kopi milik mereka.
Jiran yang mahu dikenali sebagai S Sivakumar, 34, berkata, biasanya seluruh keluarga berkenaan termasuk datuk dan nenek serta ibu bapa kanak-kanak berkenaan akan keluar rumah jam 8 pagi dan pulang semula jam 6 petang.

"Kejadian itu hanya disedari nenek kanak-kanak itu yang pulang ke rumah kira-kira jam 6 petang tadi (semalam) dan ketika itu, keadaan rumah agak sunyi.

"Selepas memanggil nama cucunya dari luar, nenek kanak-kanak itu masuk ke dalam rumah sebelum terkejut selepas ternampak cucunya yang berusia enam bulan berlumuran darah dan sudah tidak sedarkan diri manakala pembantu rumah yang berlumuran darah pula berada berhampirannya," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.
Beliau berkata, terkejut dengan penemuan itu, nenek kanak-kanak itu mencari seorang cucunya yang berusia dua tahun sebelum menemuinya dalam keadaan leher dikelar di tingkat dua rumah berkenaan.

Katanya, nenek kanak-kanak itu kemudian menghubungi polis dan ahli keluarga lain memaklumkan kejadian itu.

Berdasarkan sumber polis, kejadian berkenaan dilakukan pembantu rumah terbabit berikutan tiada kesan pecah masuk rumah malah tiga anjing jenis Rottweiler tidak menyalak sepanjang kejadian.

PASANGAN Bermaksiat Di Tembak Mati. Memang kejam. Namun tidak dapat di pastikan dimana lokasi kejadian Menurut sumber pasangan ini ditembak hingga mati dalam keadaan aib, iaitu ketika sedang melakukan maksiat. Apa yang menyedihkan, sepasang kekasih ini ditembak dikepala dan dibiarkan dalam keadaan yang ngeri !