Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi



Baru-baru ini, kumpulan pembangun aplikasi telefon 'Just Impressive' Group yang berpusat di Kota Kinabalu Sabah telah melancarkan aplikasi telefon mereka yang pertama.


Aplikasi ini adalah salah satu daripada beberapa siri Aplikasi hiburan daripada mereka, menurut Ketua Pembangun Just Impressive Group, mereka akan melancarkan beberapa lagi Aplikasi Hiburan pada masa hadapan dan sedang merancang untuk berkolebarasi bersama kumpulan-kumpulan media yang lain. 


Ahli kumpulan pembangun aplikasi telefon yang berasal dari Kota Kinabalu, Sabah ini berharap yang Aplikasi ini akan memberikan sesuatu yang baru di dalam industri pembangunan aplikasi mobile di Malaysia.

Aktiviti promosi kini sedang giat dijalankan, applikasi ini akan dipaparkan lagi di sebuah Temubual atas talian baru yang akan berlangsung pada hujung bulan ini.

Anda boleh memuat turun aplikasi ini secara percuma di Google Playstore di 

https://play.google.com/store/apps/details?id=com.superlawakapp.superlawakapps

Ataupun dengan menaip Superlawak di Google Playstore :D

Just Impressive juga menerima tempahan untuk Membina Laman web dan Aplikasi Mobile dengan harga yang bepatutuan, anda boleh menghubungi mereka di jsimpressive@gmail.com ataupun di nombor 0178142285
- - - -

Sering kali anda tertanya-tanya pada waktu dan ketika manakah yang sebenarnya paling sesuai untuk melakukan senaman harian.
Sebenarnya bila-bila masa anda nak bersenam pun boleh, cuma ikutlah kesesuaian masa dan kelapangan waktu yang ada.
Di bawah penulis sertakan kelebihan waktu-waktu bersenam yang tertentu menurut kajian daripada pakar yang berkaitan bidang ini.
Awal pagi: Menurut Ketua Jabatan Sains American Council on Exercise, Cedric Bryant, “bersenam pada waktu ini menguntungkan kerana kamu dah selesaikannya sebelum pergi bekerja”.
Midmorning: Menyediakan tubuh kamu untuk makan tengahari yang menyihatkan dan ianya mengekang pengeluaran hormon lapar, ghrelin.
Tengahari: Bersenam mengepam darah tambahan ke otak, lantas menghantar lebih oksigen dan nutrien ke neuron. Ia juga merangsang pengeluaran bahan kimia dan hormon yang memperbaiki daya tumpuan dan keupayaan untuk berunding.
Petang: Ia mengoptimumkan circadian rhythm yang membuatkan anda tidur lebih nyenyak.
Lewat petang: Suhu badan paling tinggi waktu, jadi otot anda lebih fleksibel. Testosteron yang memuncak memberikan hasil lebih mantap.
Lewat malam: Melakukan yoga sebelum tidur merendahkan tahap kortisol dan mengurangkan rasa resah, jadi mudahlah anda nak lena



Sakit kepala pasti mengganggu aktiviti harian terutama jika ia dikategorikan sebagai migrain.

Ia membabitkan penguncupan dan pengembangan saluran darah ke otak. Kebiasaannya perjalanan darah mengurang di belakang otak dan merebak ke bahagian depan. Apabila saluran yang menguncup itu mengembang, ledakan darah dengan tiba-tiba mencetuskan rasa sakit yang kuat. 

Migrain dikesan menerusi denyutan, kadangkala sakit yang kuat dan biasanya di bahagian sebelah kepala.
Selain itu, deria pendengaran dan pemandangan menjadi semakin sensitif. Apabila ia berlaku, pilihan paling mudah untuk meredakannya adalah menggunakan pil penahan sakit.  
Tetapi jika digunakan secara berterusan, ia boleh mengurangkan kesan diingini dan rasa sakit juga tidak mampu dihilangkan.


Antara penyebab migrain:

• Kekurangan zat dan nutrisi
• Faktor keturunan
• Kesan pengambilan ubat-ubatan
• Wanita yang mengalami haid
• Terlalu banyak mengambil kafein
• Mengamalkan makanan yang mengandungi MSG dan nitrat.


Antara panduan mengurangkan sakit kepala:

• Senaman pilihan terbaik malah ketika bergerak aktif, daya tahan seseorang itu akan meningkat dan mengurangkan tekanan serta tidur juga lebih nyenyak.

• Minum air sebaik-baiknya lapan gelas air sehari. Kekurangan air antara penyebab utama sakit kepala. Jika tubuh tidak mendapat bekalan air mencukupi, tubuh mula menyimpan cairan sedia ada dan menyebabkan sakit kepala atau migrain.

• Jangan lupa makanan ringan kerana apabila tubuh tidak mendapat sumber makanan diperlukan untuk tempoh tertentu, ia menyebabkan kekurangan gula dalam darah. Untuk meredakan masalah itu, ambil makanan ringan seperti epal, coklat atau gula-gula agar kandungan gula dalam darah kembali normal.

• Pastikan tidur mencukupi iaitu lapan jam sehari. Terlalu banyak tidur atau sedikit tidur boleh menimbulkan sakit kepala.

• Apabila terlalu lama menghadap komputer, luangkan masa berehat seketika dengan berjalan sambil mengambil udara segar atau bersandar ke kerusi sambil memejamkan mata dan tarik nafas secara perlahan-lahan.

• Elak terkena cahaya terang atau pancaran matahari bagi mengurangkan sakit kepala.

• Ambil kain lembut dan basahkannya dengan air sejuk, kemudian letakkan di kepala dan leher bahagian belakang. Untuk bahagian mata, ambil tuala kecil dan rendam dalam air suam, letakkan pada mata beberapa minit. Ulang beberapa kali. Cara ini boleh melegakan sakit kepala.

• Berfikiran positif dan tenang membantu diri untuk mengurangkan sakit kepala.

• Untuk petua menggunakan bahan semula jadi, boleh menggunakan beberapa biji limau kasturi (saiz kecil) yang diperah atas kepala satu persatu. Ketika memerah limau, ramas rambut dan picit kepala untuk memudahkan perjalanan darah. Kulit limau pula boleh dimasukkan ke dalam bekas berisi air bersih dan kemudian jirus air berisi kulit limau ke atas kepala dan badan. Lap tetapi jangan hilangkan bau limau kasturi kemudian tidur seketika.

KEMATIAN seorang lagi pendaki akibat tergelincir di Bukit Tabur, Taman Melawati, Gombak 14 Januari lalu menarik kembali perhatian kepada bukit yang tersergam indah itu.
Ia antara lokasi riadah terkemuka bagi warga kota yang gemarkan aktiviti lasak.

Bukit Tabur mula meniti di bibir pendaki sekitar tahun 2006 selepas ia menjadi perhatian para juru gambar amatur.

Gambar-gambar keindahan Bukit Tabur yang tersebar di alam maya menarik minat bukan sahaja jurgambar malah penghuni kota yang gemarkan sukan lasak itu.

Maka tidak hairanlah, mereka yang menaiki Bukit Tabur ini tidak mengira peringkat umur dan juga latar belakang.

Ada yang naik kerana suka-suka, bersukan mahupun bagi tujuan merakamkan gambar matahari terbit di sebalik bukit-bukau dan kehijauan alam flora di bukit ini.

Namun, di sebalik ceritera keindahan Bukit Tabur ini, ia juga tidak sunyi dengan insiden-insiden ngeri sehingga meragut nyawa pencinta alam yang mengunjunginya.

Dalam bulan ini sahaja, dua insiden berlaku di Bukit Tabur. Yang pertama pada 5 Januari melibatkan seorang wanita yang mendaki secara berseorangan di bukit itu.

Anggota Bomba dan Penyelamat serta Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) mengambil masa kira-kira 15 jam untuk membawa mangsa turun.

Operasi menyelamat yang disifatkan paling lama diambil oleh pasukan itu.

Tidak sampai 10 hari selepas insiden itu, seorang lagi wanita turut terjatuh di bukit yang sama akibat tergelincir.

Malangnya, mangsa tidak dapat diselamatkan. Mangsa jatuh ke dalam gaung setinggi 60 meter. Seramai 55 anggota polis, bomba dan JPAM terlibat dalam operasi menyelamat mangsa yang tidak sedarkan diri ketika ditemui.

Operasi yang mengambil masa tiga jam itu terpaksa menggunakan helikopter untuk mengeluarkan mangsa daripada tempat kejadian.

Mangsa yang dibawa ke Hospital Kuala Lumpur bagaimanapun meninggal dunia setengah jam kemudian akibat kecederaan parah yang dialaminya.

Begitulah tragisnya insiden Bukit Tabur, aktiviti sihat boleh bertukar bahaya jika salah langkah. Berikut beberapa kronologi insiden Bukit Tabur yang dilaporkan media;

- 14 Januari 2014: Soleha Abdul Rahman, 25, dilaporkan terjatuh dari Bukit Tabur kira-kira 60 meter ke dalam gaung. Mangsa kemudiannya disahkan meninggal dunia akibat kecederaan parah.

- 5 Januari 2014: Noor Asmahani Hashim, 28, mengalami kecederaan belakang, tangan dan wajah setelah terjatuh ke dalam gaung sedalam 10 meter.

- 3 Disember 2013: Guru sains, Ng Pee Tat, 30an, maut setelah tergelincir di sebuah cerun yang curam ketika pertama kali menyertai pendakian di Bukit Tabur bersama rakan-rakannya

- 28 September 2013: Tan Tick Soon, 51, jatuh sejauh 60 meter di cerun curam dan mengalami kecederaan serius. Jabatan Bomba dan Penyelamat mengambil masa empat jam untuk menyelamatkan mangsa

- 17 Disember  2012: Seorang jurutera berusia 27 tahun terselamat setelah terjatuh dari ketinggian 100 metre ke dalam gaung di Bukit Tabur. Chan Wing Sing bagaimanapun mengalami kecederaan buku lali dan pinggang.

- 19 Disember 2009: Lima sekawan dilaporkan sesat selama lima jam ketika mendaki Bukit Tabur, namun berjaya ditemui dengan selamat.

-23 September 2009: Lim Kok Leong, 51, terselamat daripada maut setelah dahan-dahan pokok memperlahankan jatuhan mangsa ketika mendaki berseorangan di Bukit Tabur. Mangsa terperangkap selama lima jam sebelum berjaya diselamatkan.

- 28 Mac 2009: Dua doktor ditemui mati di dalam gaung berhampiran Klang Gates di Ulu Ampang selepas sebuah ekspedisi mendaki di Bukit Tabur. Kedua-dua mangsa Dr Haliza Mohd Shafie, 53, seorang pakar kanak-kanak dan Dr Amin Tai Abdullah @ Tai Yen Ming, seorang pakar bedah kanak-kanak dilaporkan tergelincir dan jatuh dalam jarak sekitar 500 meter.

-15 Oktober 2008: Seorang pelajar kolej jatuh dari ketinggian 100 meter namun terselamat ekoran dahan-dahan yang menahan mangsa dari jatuh dengan lebih cepat. Mangsa bagaimanapun dilaporkan cedera parah antaranya luka dalam di dahi, retak tulang rusuk serta tertusuk ke paru-paru.

Mee segera merupakan mee separa masak yang dikeringkan dan dicampur dengan minyak, biasanya di makan setelah dimasak atau direndam dengan air panas selama beberapa minit. Makanan ini amat “popular” di kalangan orang bujang mahupun golongan yang sedang “kekeringan” poket..

Namun begitu tahukah anda, di sebalik kesedapan dan keenakan mee segera yang mempunyai pelbagai perisa itu sebenarnya kurang sihat sekiranya dimakan dalam kuantiti yang banyak dan secara berterusan. Bayangkan kandungan di dalam bahan perencah mee tersebut mengandungi kadar MSG yang tinggi dan garam yang tinggi. Bahan perisa ini mempunyai pelbagai kesan negatif kepada kesihatan terutama terhadap fungsi buah pinggang. Terdapat kajian yang mengatakan bahawa individu yang alah kepada MSG mengalami panas dada, perubahan warna wajah kepada sedikit merah atau sakit kepala yang melampau setelah mengambil produk yang mengandungi MSG yang tinggi.

Selain itu, kandungan dioxin dan plasticizers yang terkandung dalam pek pembungkusan (biasanya dalam bentuk mangkuk atau cawan) juga dikatakan mampu mempertingkatkan risiko serangan kanser di kalangan pengguna. Bahan kimia yang terlarut dalam air panas akan menjadi bahaya sekiranya di makan dari mangkuk secara terus.

Jangan lupakan juga teknik memasak mee segera anda. Tahukah anda, kandungan wax yang menyelaputi mee segera mengambil masa selama 4-5 hari untuk mencernanya. Bagaimana pula dengan kesan terhadap ibu mengandung dan kanak-kanak?

Kanak2 yang berumur bawah 5 tahun akan mengalami masalah penyerapan nutrisi sekiranya dia mengambil mee segera lebih dari 3 kali seminggu. Pengambilan mee segera yang terlalu kerap bagi ibu mengandung juga boleh mengakibatkan keguguran atau menganggu proses pertumbuhan janin. Jadi, anda para wanita, cubalah elakkan mengidam mee segera ya.. Cuba gantikan dengan makanan lain yang lebih berkhasiat.

136 bahan penambah kebanyakannya bahan kimia dibenarkan ditambah di dalam mi segera oleh Codex, piawaian makanan WHO/FAO. Gambar di atas menunjukkan bahan ramuan itu.Daripada 136 bahan penambah itu, 24 daripadanya adalah garam natrium, di samping garam makan juga turut ditambah. Disebabkan itulah kenapa mi segera mengandungi natrium yang tinggi.

Satu paket mi segera sahaja boleh mengandungi kira-kira maksimum pengambilan harian yang dibenarkan 2,400 mg natrium.Di samping banyak bahan penambah dan paras natrium yang tinggi, mi segera juga mengandungi jumlah lemak yang tinggi. Kebanyakan mi segera digoreng dalam proses pembuatannya. Menurut Majlis Pengguna Hong Kong (HKCC) dan Pusat Keselamatan Makanan (CFS), sampel 3 cawan mi segera didapati mengandungi lebih daripada 30g daripada jumlah lemak bagi setiap pakej, yang merupakan lebih daripada 50% daripada had pengambilan harian bagi jumlah lemak untuk diet 2,000-kcal.Huraian lanjut, sila dapatkan akhbar Utusan Pengguna keluaran Nov-Dis 2010.



10 Ramuan Melampau Dalam Mi Segera:

Adakah mi segera makanan sebenar atau makanan palsu?
Apakah bahan penambah ini sebenarnya dan sejauh manakah ia selamat?

Berikut beberapa ramuan yang mungkin anda mengambilnya bersama dengan mi segera anda.

1) Kalsium Sulfat: Kapur Paris.

2) Asid Tartarik: Bahan kimia yang digunakan dalam julap dan untuk memutihkan cermin. Lebih beracun berbanding 100% alkohol tulen.

3) Kalsium Oksida: Digunakan rawatan sisa buangan dan dalam racun serangga.

4) Tertiary Butylhydroxyquinone (TBHQ): Produk berasaskan petroleum; satu bentuk butane (cecair dalam pemetik api).

5) BHT: Risiko karsinogen dan kesan berbahaya kepada ginjal.

6) Propyl Gallate: Satu xenoestrogen (sebatian seperti hormon). Boleh memberikan kesan sampingan kepada pembiakan, perkembangan janin yang sihat dan menghalang pengeluaran sperma.

7) Pentasodium triphosphate: Bahan pencuci paling berkuasa (sering digunakan dalam bahan cuci), bahan samak untuk kulit; juga digunakan dalam pengeluaran kertas, penapisan petroleum, aplikasi lombong dan rawatan air.

8) Propylene Glycol: Pelarut sintetik yang dianggap racun neurologi. Digunakan untuk pembuatan bahan pendingin, antibeku automotif, cecair yang berfungsi dalam tekanan hidraulik dan sebagainya. Jumlah berlebihan yang diambil boleh membawa kepada kerosakan buah pinggang.

9) Polydimethylsiloxane:
Digunakan dalam kanta sentuh, syampu (untuk menjadikan rambut berkilat dan licin), minyak pelincir dan jubin tahan panas.

10) Pewarna tiruan (contohnya: Sunset Yellow FCF dan Tartrazine): Menyumbang kepada hiperaktiviti dalam kalangan kanak-kanak; mungkin turut menyumbang kepada gangguan visual dan pembelajaran, kerosakan saraf; mungkin menjadi penyebab kanser.



Kerosakan buah pinggang disebabkan pemakanan yang tidak sihat.
anda nampak apa yang berlaku dalam tubuh anda?

Percutian atau melancong merupakan aktiviti untuk merehatkan diri dan minda setelah penat bekerja. Untuk melancong mahupun pergi bercuti, anda perlulah melakukan pelbagai perancangan, termasuk persiapan belanjawan agar tidak berlaku pembaziran dan memastikan percutian anda berjalan dengan lancar.
Perancangan kewangan yang rapi dan teliti sangat penting bagi mengelakkan kekusutan fikiran setelah pulang bercuti. Berikut adalah beberapa tip yang boleh diamalkan jika anda merancang untuk melancong atau bercuti, tidak kira di dalam negeri mahupun di luar negara.

1. Menabung


Mempunyai tabungan yang mencukupi sangat penting untuk bercuti. Jika anda mahu merancang untuk bercuti, mula menabung seawal mungkin. Asingkan duit persiapan percutian ke dalam tabung khas. Disiplinkan diri anda dan terus fokus pada perancangan anda.

2. Pakej promosi


Apabila memilih untuk bercuti di luar negara, pilih negara yang mengadakan promosi pelancongan. Tanya ejen pelancongan tempatan. Selidik terlebih dahulu tempat-tempat menarik di sesebuah negara, supaya percutian anda diisi dengan aktiviti dan pemandangan yang memberikan kepuasan percutian yang maksimum. Biasanya menjelang musim sejuk, negara di Eropah giat mengadakan promosi pelancongan.

3. Perancangan percutian


Sebelum melancong dan bercuti, anda perlu membuat persiapan diri dan minda dengan perancangan yang rapi dan teliti. Tentukan dengan betul negara, kota atau tempat peranginan yang sesuai sepanjang tempoh percutian anda.
Buatlah pendaftaran di tempat yang akan anda kunjungi. Untuk menjimatkan tenaga, perbelanjaan dan masa, rancang untuk mengunjungi lokasi menarik berhampiran dalam sehari. Melalui perancangan itu, anda boleh mengetahui jenis pengangkutan ke lokasi pilihan dan bayaran tambang.

4. Bajet semasa bercuti


Sediakan anggaran perbelanjaan harian semasa anda bercuti, termasuk kos penginapan, makan, pengangkutan, dan cenderamata yang akan dibeli. Anggaran perbelanjaan semasa bercuti adalah satu langkah wajib bagi mengawal perbelanjaan anda semasa bercuti, terutama jika anda bercuti di luar negara.

Apabila bercuti ke luar negara, anda juga haruslah mengetahui kadar pertukaran wang negara yang ingin dilawati supaya percutian tersebut bersesuaian dengan anggaran perbelanjaan anda. Ini juga penting bagi mengelakkan anda tertipu semasa menukar wang. Mengetahui kadar pertukaran wang asing memudahkan perancangan perbelanjaan, terutama ketika membeli-belah.
5. Tempahan awal


Industri pelancongan banyak bergantung kepada keadaan ekonomi sesebuah negara serta permintaan pelancong tempatan atau asing. Oleh itu, adalah lebih baik jika anda menempah tiket penerbangan atau tiket bas lebih awal, bagi mendapatkan harga yang murah. Tempahan saat akhir adalah sangat mahal dan merugikan terutama ketika musim perayaan dan cuti sekolah. Begitu juga dengan tempahan penginapan. Anda juga haruslah membuat tempahan lebih awal bagi mengelakkan kesesakan atau sebarang masalah semasa percutian anda.

6. Bercuti bersama anak-anak


Jika bercuti bersama anak-anak, pastikan persiapan makanan dan kelengkapan mereka yang lain. Jika tempat yang ingin dituju menyediakan kelengkapan dan makanan yang bersesuaian untuk anak-anak anda, pastikan anda memasukkan keperluan perbelanjaan ini dalam anggaran perbelanjaan percutian anda. Jika anda lebih selesa untuk membawa semua kelengkapan anak-anak anda sendiri semasa bercuti, pastikan anda membawa kelengkapan yang secukupnya dan harus mempersiapkan diri dan minda anda untuk lebihan tenaga dan perhatian yang diperlukan untuk mengawasi bagasi yang banyak. Di sini, perancangan yang rapi juga memainkan peranan yang penting.

7. Peta


Sebaik sahaja anda sampai ke destinasi percutian anda, pastikan anda membeli peta tempat tersebut. Ini akan memudahkan anda untuk merancang jenis pengangkutan yang sesuai untuk pergi melawat tempat-tempat menarik yang telah anda tetapkan sebelumnya.

8. Pengangkutan


Dapatkan maklumat yang mencukupi mengenai tempat atau negara yang ingin dilawati supaya lebih selesa dan mudah bergerak serta merancang aktiviti dan tempat yang bakal dilawati. Pilih pengangkutan yang paling murah serta pemandu pelancong yang tahu mengenai selok-belok kawasan percutian tersebut bagi mengelakkan anda daripada ditipu ataupun tersesat.

Apabila anda bercuti di dalam kumpulan atau beramai-ramai, anda digalakkan menggunakan perkhidmatan teksi kerana ia lebih murah berbanding bas atau kereta. Justeru, anggaran perbelanjaan percutian anda dapat diringankan kerana berkongsi dan dibahagikan secara adil beramai-ramai.
9. Sarapan percuma


Manfaatkan sarapan percuma yang disediakan oleh pihak hotel dan makan hingga kenyang. Jika anda bercuti di Eropah, makanan di sana adalah mahal. Dengan memanfaatkan sarapan yang disediakan di hotel, anda boleh mengurangkan lagi perbelanjaan anda.

10. Ole-ole/ buah tangan


Buat penyelidikan di internet atau dalam kalangan rakan atau keluarga yang pernah berkunjung ke tempat percutian yang anda rancangkan. Dapatkan maklumat tentang kawasan yang menjual buah tangan yang murah. Senaraikan juga semua nama ahli keluarga dan rakan supaya anda tidak membeli buah tangan secara berlebihan. Senarai ini membantu anda berbelanja dengan bijak dan secara adil dan saksama.

11. Dana Kecemasan


Simpan 20 peratus daripada anggaran perbelanjaan percutian anda untuk dana kecemasan. Dana ini amat berguna jika berlakunya sebarang perkara yang tidak disangka seperti jatuh sakit dan memerlukan rawatan hospital. Dana ini juga membantu anda untuk menampung perbelanjaan anda sekiranya anda telah terlebih belanja daripada anggaran perbelanjaan anda.

12. Penggunaan wang tunai


Sebaik mungkin cuba gunakan wang tunai untuk membayar perbelanjaan, terutama apabila bercuti di luar negara. Anda akan dikenakan caj perkhidmatan atau faedah yang tinggi jika menggunakan kad kredit.



LONDON – Benarkah perbuatan mengirim pesanan serta gambar lucah secara elektronik atau ‘sexting’ mendorong aktiviti seksual? Kajian terbaru di dalam The Journal of Pediatrics mendapati jawapannya mungkin betul apabila ia membabitkan bukan saja pelajar sekolah tinggi tetapi juga murid sekolah rendah berusia 12 hingga 14 tahun.

Jurnal berkenaan mendedahkan kajian yang dijalankan ke atas 420 responden gred tujuh di lima sekolah rendah awam di bandar Rhode Island, Amerika Syarikat mendapati pelajar cenderung untuk bercium, melakukan seks oral atau hubungan seks berbanding rakan sebaya yang tidak menghantar mesej lucah.

Responden menjawab beberapa soalan seperti “dalam enam bulan terakhir, pernahkah anda mengirim mesej seksual untuk mengurat seseorang?, pernahkah terbabit dengan pelbagai aktiviti seksual seperti bercium dan hubungan seks serta sama ada mereka menjalinkan hubungan romantik yang kasual atau serius.

Cenderung aktiviti seks

Hasilnya, 22 peratus daripada responden menghantar ‘sexting’ dengan 17 peratus daripadanya hanya menghantar teks manakala 5 peratus lagi menghantar teks berserta gambar lucah. Kata saintis, lebih membimbangkan adalah ‘sexting’ dikaitkan dengan kecenderungan perlakuan seksual seperti menyentuh alat sulit, seks oral dan seks vagina.

Menurut pengkaji, kumpulan ini 4 hingga 7 kali lebih cenderung melakukan perlakuan seksual lain. Pelajar yang mengaku menghantar gambar menunjukkan kadar lebih tinggi dalam melakukan aktiviti seks. Remaja yang mengamalkan ‘sexting’ juga berasakan ahli keluarga dan rakan sebaya cenderung membenarkan perlakuan banyak lagi aktiviti seksual.

Kurang pemantauan

Muat naik foto seksual yang melampau seolah-olah amalan lazim dikalangan remaja dan pra remaja di media sosial, sebahagiannya kerana pegawai sekolah dan ibu bapa tidak memantau penggunaannya. Michael, 16, pelajar sekolah tinggi di New York, berkata ‘sexting’ popular di sekolah tinggi dan dianggap suatu perkara remeh.

“Ramai memuat naik foto diri sendiri di ruang Facebook, walaupun sekolah menegur perbuatan buli, ‘sexting’ tidak pernah dibincangkan mahupun dihukum,” katanya.

Akibatnya remaja yang tidak cukup matang untuk memahami akibat daripada bertukar mesej berbaur seksual, mereka terdedah kepada pemangsa seksual, kata saintis lagi.
“Memang remaja lebih pantas menguasai dunia digital berbanding ibu bapa, sifat kurang matang dan tidak sedar akan akibatnya membawa kepada akibat negatif yang serius,” kata mereka lagi.

Di San Diego, 12 pelajar sekolah tinggi Daerah San Dieguito Union mungkin didakwa apabila remaja perempuan menghantar gambar bogel mereka kepada teman lelaki yang kemudian disebarkan ke enam lagi sekolah tinggi dan sebuah sekolah rendah. Berkongsi gambar bogel remaja kini diklasifikasikan sebagai menyebarkan gambar pornografi kanak-kanak di sesetengah negeri.

Bagaimana sekolah dan ibu bapa membendung gejala ‘sexting’? Ada ibu bapa yang menggunakan aplikasi seperti EyeGuardian, yang dibangunkan dua bapa dan cepat menyedarkan ibu bapa setiap kali kandungan lucah serta ada unsur penyalahgunaan dikongsi anak di akaun Facebook.

Selain itu, aplikasi ZipIt juga mensasar kepada remaja. Jika remaja menerima teks dari seseorang yang meminta foto lucah, aplikasi akan mencadangkan mesej alternatif seperti gambar bakul sampah berserta teks ‘inilah gambar sampah saya.’ – AGENSI

Semua pasti risau tentang makanan yang halal semasa melancong ke luar negara. Di Australia dan New Zealand makanan halal ada di bandar besar seperti Sydney, Christchurch dan Queenstown. Bagi mereka yang nak jimatkan belanja sudah semestinya nak bawa sedikit sebanyak bahan makanan dari Malaysia. Betul tak? Kami pun begitu juga. Nak save bajet katakan.
Sharing kami di sini based on pengalaman dan bacaan kami sebelum berangkat ke Australia dan New Zealand.  Semoga info dan tips kami dapat menjadi rujukan sahabat dan saudara mara kami.

Makanan yang BOLEH dibawa:
  • Mee segera seperti Maggi/Mamee/Bubur Nasi yang berperisa ayam, kari, vegetarian dsb.
  • Ikan sardin/tuna dalam tin.
  • Rencah sambal tumis, kari ayam, kuah kacang seperti jenama Brahims, Aliff dsb (kecuali yang ada bunga cengkih).
  • Kiub ayam, tomyam especially jenama Maggi.
  • Ikan bilis (dipaketkan di kilang seperti beli kat Tesco/Giant).
  • Beras, bihun, spageti dan lain-lain yang tidak mempunyai unsur-unsur terlarang seperti telur.
  • Nescafe (yang tak ada susu, hanya guna non-dairy creamer).
  • Susu formula untuk bayi ataupun anak-anak kecil.
  • Ubat-ubatan yang dinasihat/dibenarkan (prescribed by your doctor). Panadol atau balm boleh bawa.
  • Rempah ratus yang berbentuk serbuk dipaket.

Makanan yang TIDAK BOLEH dibawa:
  • Serunding daging/ayam.
  • Bahan makanan yang mengandugi telur.
  • Hasil tenusu seperti mayonis, susu, cheese etc.
  • Minuman/makanan yang mengandungi coklat ataupun susu (Milo 3-in-1).
  • Buah-buahan.
  • Rempah ratus yang berbentuk biji seperti bunga cengkih, lada hitam yang masih belum dikisar.
  • Daging, ayam mentah ataupun makanan yang berunsurkan bahan-bahan ini.

Sebelum kita turun dari kapal terbang, kita akan diberikan “ARRIVAL CARD”, jangan lupa untuk tanda “X”pada ruangan disediakan seperti makanan ataupun ubat-ubatan yang dibawa. Please declare whatever you bring. Jika anda didapati tertangkap dan jika sabit kesalahan membawa bahan terlarang. Anda akan disaman on the spot lebih kurang AUD340+++ jika sabit kesalahan. Selain itu, boleh dibicarakan, denda lebih dari AUD60k ataupun penjara selama 10 tahun.

Kalau boleh, asingkan siap-siap bahan makanan yang kita bawa dalam satu beg/kotak. Sediakan senarai ringkas bahan makanan yang dibawa tu in case pegawai kat situ tanya dan periksa. Pada pandangan kami barang seperti beras, sayuran, telur, roti… semua boleh beli kat Australia & New Zealand. Tak mahal pun.

Untuk dapatkan maklumat lebih lanjut untuk apa yang perlu di “DECLARE”, boleh rujuk di website ini
Rujukan  HALAL restaurant at South Island New Zealand