Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi



Satu ketika dulu, fesyen rambut tocang menjadi lambang maruah bagi wanita di China, malah digayakan sempena menyambut Tahun Baharu Cina. Begitu juga fesyen sanggul pelbagai karakter, pernah menyerikan wanita China pada pagi perayaan. Konsep Shanghai Moulin Rouge yang sering digayakan bersama gaun Mandarin dan ceongsam, pula mendapat sambutan pada era 1020-an serta dipercayai, mengangkat darjat dan sosial wanita zaman itu.

Selain itu, rambut yang disisir rapi atau mengurai panjang pernah menjadi sebahagian nostalgia menyambut Tahun Baharu Cina suatu ketika dulu.

Bagaimanapun, kemodenan hari ini membawa pergi jauh imej lama yang dilihat lebih keanak-anakan, kaku dan tidak mengikut peredaran zaman.

Walaupun masih berlandaskan budaya dan adat resam masyarakat Cina, kebanyakan cenderung memilih gaya rambut berkiblatkan budaya luar, sama ada Barat dan fesyen Korea atau K-Pop yang sudah melanda negara ini sejak beberapa tahun kebelakangan ini.


Sesetengah wanita berpendapat bahawa menggayakan skirt yang bermanik menampakkan gaya lebih dari usia atau ia hanya sesuai digayakan pada waktu malam sahaja. Ubah persepsi anda dan lihat sendiri bagaimana anda boleh menggayakan skirt bermanik tanpa rasa serba salah. Kini anda boleh sahaja menggayak skirt bermanik ke pejabat, ke parti , majilis malah ke pusat beli-belah!

Lihat tips di bawah bagaimana cara menggayakan skirt bermanik 

Pilih skirt anda 



Skirt bermanik boleh di dapati dalam banyak rekaan, warna dan bentuk. Anda boleh sahaja memilih mana-mana rekaan. Bagi anda yang bertudung pula, jangan risau. Skirt bermanik labuh juga kini senang di dapati di pasaran. 

Baju 'Plain' atau tidak bercorak 



Adalah penting untuk anda mengetahui bahawa jika skirt anda bermanik penuh, anda perlu memilih baju yang lebih 'plain' dan tidak banyak corak. Kami cadangkan anda memilih kemeja yang berfabrik lembut dan lebih kepada warna semula jadi. Anda boleh gayakan samaada secara 'tuck in' atau biarkan sahaja kemeja di luar tetapi gulungkan sedikit lengannya untuk menampakkan gaya yang lebih segar. 

Baju panas untuk gaya lebih keremajaan 



Anda juga boleh menggayakan dengan cara yang lebih keremajaan dengan baju panas (sweater). Pilih baju panas yang bercorak sedikit untuk gaya lebih berani, tetapi jika anda mahu kekalkan gaya yang lebih klasik, anda boleh memilih baju panas yang lebih kurang sama warna dengan skirt dan tidak mempunyai banyak corak. 

Aksesori dan tudung 



Jangan memakai aksesori yang sarat. Pilih aksesori yang bersesuaian dan jika anda ingin menggayakan dengan anting-anting panjang, pilih anting-anting yang saiznya sederhana besar. Jika anda ingin menggayakan rantai, rantai mutiara panjang dan aksesori berwarna emas lembut amat sesuai. Bagi anda yang berhijab, pilih warna tudung yang sama dengan baju dan pastikan ia tidak berkilat dan penuh manik dan corak! Anda tentu tidak mahu nampak sarat bukan dan tumpuan pada skirt anda juga akan hilang. 

Kasut 



Peraturan pertama, anda perlu tahu kemana anda ingin pergi. Jangan pilih kasut yang sama berkilauan seperti skirt anda. Pilih kasut berwarna 'matte' seperti hitam atau coklat gelap dan ia lebih sesuai jika anda menggayakan dengan kasut jenis terbuka. Jika anda menggayakan dengan baju panas, kasut jenis Converse adalah pilihan terbaik. 

Selamat mencuba!




Toronto: Sebuah syarikat pakaian mula menjual sut kalis peluru dan bergaya untuk seorang eksekutif abad ke-21 yang dikatakan pasti menyebabkan perisik 007, James Bond, cemburu. 


Syarikat itu, Garrison Bespoke, menggabungkan gaya dan ciri keselamatan menerusi teknologi nano karbon ringan untuk menyerap impak peluru senapang patah dan menghalang tusukan pisau menembusinya. Keseluruhan kos sut mewah itu berharga K$20,000 (RM61,189.96) untuk pelanggan terpilih bagi mengelak dibunuh ketika berada di luar negara. 


“Kami memberi tumpuan membuat sut lengkap James Bond. Industri jahitan sebenarnya agak suram dan anda mahukan cabaran seperti ini,” kata ketua projek khas untuk Garrison Bespoke, David Tran. 

Tran berkata, sut itu hasil inspirasi perbualan dengan seorang pelanggan yang terselamat selepas ditembak di negara asing enam bulan lalu. 

Pada kunjungan berikutnya ke kedai itu, beliau mengaku masih tergamam dengan kejadian itu. 

“Selepas lima minit, kami terfikir, ‘Bolehkah kami menghasilkannya? Kami mula memikirkannya selepas itu,” kata Tran.

Masukkan 6 lapisan nano karbon 

Selaku pengasas jahitan pintar, syarikat itu tidak boleh dengan mudah menggunakan Kevlar, bahan perlindungan tempur biasa yang digunakan polis dan tentera. 

Justeru, mereka berbincang dengan kontraktor yang dirahsiakan Tran, yang sebelum ini menyediakan perisai pelindung tubuh kepada komando Amerika di Iraq. 

Sebaik saja sut dijahit, enam lapisan nipis nano karbon dimasukkan ke dalam lapisan belakang sut jaket dan di hadapan, membolehkannya terletak dengan elok. 

Walaupun lebih banyak lapisan boleh ditambah untuk perlindungan tambahan, keselesaan dan memudahkan pergerakan boleh disesuaikan. 

“Ramai eksekutif lelaki dalam industri kewangan, perlombongan dan minyak membuat pengakuan kepada kami bahawa mereka rasa tidak selamat serta gementar apabila berada di luar sana,” kata Tran. 
AFP
Trend Pakaikan Stokin Panjang Pada Kucing

Di laman sosial bergambar Tumblrs, kucing antara subjek yang sering mendapat perhatian.
Namun manusia tak pernah puas dan sentiasa berkreatif.

Mungkin bulu gebu dan aksi lincah sudah terlalu biasa, maka kini pemilik kucing menghias binatang kesayangan mereka sebelum mengepos gambarnya.

Trend yang sedang hangat diikuti adalah mengenakan stokin panjang pada kucing.
Pencetusnya adalah Katja Wulff dan teman lelakinya Dan, yang tinggal di Gothenburg, Sweden.

Mereka mempunyai tiga ekor kucing iaitu Gucci, Iggy dan Zappa tapi hanya seekor iaitu Gucci sering dipakaikan stokin atau selar ketat panjang.

Menurut Wulff, tiada masalah untuk melakukan sedemikian pada Gucci kerana ia biasanya hanya duduk diam dan merelakan dirinya dipakaikan apa sahaja sebelum diambil gambar.
Berasakan gambar-gambar Gucci dalam pakaian tersebut lucu dan comel, pasangan kekasih ini kemudiannya memuatnaik gambar tersebut di meowtfit.tumblr.com hingga menjadi tumpuan ramai.

Menurut Wulff dan Dan, kucing yang paling sesuai digayakan dengan stokin ketat adalah kucing Siam dan Mesir memandangkan baka ini mempunyai naluri ingin tahu dan gemarkan perhatian. 
Sumber: Metro UK 
tumblr_mvfop1eb4s1sm1kcto1_1280

tumblr_mvdupriQ2P1sm1kcto1_1280

tumblr_mv6riyGau61sm1kcto1_1280

Bra to Bathing Suit DIY 001

Pengeluar pakaian dalam wanita paling elegen, Victoria’s Secret (VS) akan kembali mengadakan pertunjukan fesyennya yang kerap dinantikan di seluruh dunia.

Tahun ini ia akan diadakan pada 10 Disember depan dengan disertai model-model paling 
ternama dunia memakai baju tidur dan pakaian dalam wanita yang intim.

Menurut maklumat industri hiburan, Candice Swanepoel akan memaki bra bernilai RM30 juta yang dicipta untuk Victoria’s Secret oleh pembuat barang kemas Mouawad.
Ini kali pertama Candice akan memakai bra fantasi dari VS.

Bra berkenaan akan memiliki 4,200 permata termasuk berlian, sapphires kuning, ruby yang diikat dengan emas 18 karat.

Paling hebat… ruby seberat 52 karat yang dipotong bentuk buar pir…lihat gambar di bawah…:
bra termahal
Cipta Baju Pengantin Daripada Gumpalan Rambut

Percayakah anda gumpalan rambut manusia boleh dijadikan pakaian?

Jika tidak, anda wajib mengubah fikiran kerana sememangnya ada pakaian pengantin yang direka dengan gumpalan rambut sepanjang 250 meter.

Gumpalan ini diperolehi daripada puluhan ribu rambut individu yang berlainan, 1,500 kristal dan 12 skirt bawahan dan dicipta oleh bintang rancangan bersiri, My Big Fat Gipsy Wedding, Thelma Madine.

Cipta Baju Pengantin Daripada Gumpalan Rambut

Dengan tenaga kerja seramai lapan orang termasuk pembuat pakaian pengantin, Nico dan salon dandanan rambut, Voodou, gaun 33 paun ini disiapkan dalam masa 300 jam.
Cantik, tapi berani ke nak pakai untuk majlis perkahwinan?
Naomi Campbell Cuma Minum Jus Selama 10 Hari

NAOMI Campbell mungkin kelihatan masih lincah dan memiliki potongan supermodel ketika melangkah di pentas peragaan sempena pertunjukan fesyen Atelier FW13 Couture oleh Versace baru-baru ini, tapi hakikatnya dia telah melakukan satu pengorbanan yang kedengaran tidak masuk akal.

Menurut Naomi, dia hanya minum jus semata-mata sebelum tarikh peragaan agar tubuhnya muat elok dengan jubah Versace yang disarung pada hari berkenaan.

Perkara ini terpaksa dilakukan apabila Naomi kembali ke pentas peragaan selepas lebih sedekat tidak muncul namun berazam untuk kelihatan sama seperti dahulu.
Akuinya, selama sepuluh hari dia hanya mengambil jus karot, nenas dan halia.

Bagaimanapun apabila mengingat kembali bagaimana respon penonton yang kelihatan kagum melihat dia sama seperti dahulu sebaik sahaja muncul, Naomi menyatakan semua itu berbaloi.


naomi versace
Sumber: Metro UK


Seorang billionaire dari China, Jon Jiang telah melaburkan sebanyak £130 juta untuk menghasilkan filem ala Avatar. Namun hasilnya sungguh mengecewakan apabila cinematography yang lemah dan efek 3D yang sangat ketinggalan zaman seolah-olah kartun.  Cerita yang berkisarkan cinta diantara seorang manusia biasa dengan seekor ikan duyung. Filem ini memakan masa 3 tahun untuk disiapkan dan menggunakan gadis Bond, Olga Kurylenko sebagai watak utama.