Isu Semasa
Hiburan
Global
Pelancongan
Performance
‹
›
Pelbagai
Misteri Sejarah
Informasi
SEBELUM ini, ramalan kaum Maya mengenai kemusnahan dunia dan bumi pada 20 Disember 2012 ternyata salah dan silap sama sekali.
Malah, pihak penerbitan Hollywood turut membikin filem 2012 yang mengisahkan kepercayaan kaum tersebut berhubung isu terbabit.
Baru-baru ini, pakar astronomi dari Ukraine pula tampil dengan
ramalan mengatakan tanggal 26 Ogos 2032 merupakan tarikh baru kiamat
akan melanda.
Ini kerana mereka dikatakan telah menemui asteroid yang boleh
memusnahkan bumi dengan kuasa 2,500 bom nuklear pada tarikh tersebut.
[Wow] - Berita Dunia
Sebuah sekolah di Roundhay, Leeds, UK kini sedang disiasat apabila
tersebar cerita sekolah ini membenarkan pelajar seawal usia 11 tahun
merokok di padang permainan pada waktu rehat.
Malah, guru dikatakan turut membekalkan rokok kepada pelajar-pelajar terbabit.
Difahamkan, cara ini diperkenalkan oleh pengetua sekolah sebagai cara untuk mengatasi masalah ponteng.
Bagaimanapun, sekolah berkenaan menghentikan serta merta amalan ini apabila ia dikutuk oleh banyak pihak selepas ia tersebar.
Elmete Central School mempunyai kira-kira 75 pelajar, kebanyakannya mempunyai masalah pelajaran dan disiplin.
Pertubuhan kebajikan anti-merokok menyelar tindakan ini dan
menyifatkannya sebagai sesuatu yang sangat tidak beretika tidak kira
walau apa pun alasannya.
[Wow] - Berita Dunia
Shanghai: Mayat seorang pelumba haram yang mati dalam nahas ditinggalkan di tengah jalan sebagai amaran kepada pemandu lain.
Tao Lung, 28, yang memandu Jaguar F-Type berharga £79,000 (RM400,026) mati selepas terbabit dalam kemalangan ketika cuba memintas sebuah kereta lain.
Kedua-dua kereta dipandu dengan kelajuan melebihi 240 kilometer sejam di jalan raya di kawasan perumahan apabila sebuah kereta keluar dari sebuah rumah, mengakibatkan seorang daripada mereka merempuh kenderaan itu selepas gagal membrek.
Lung yang memandu di kota Kunming, wilayah Yunnan, China terbabas lalu melanggar pokok sehingga terpelanting dari keretanya.
Dia kemudian dilanggar sebuah kereta lain menyebabkan dia mati serta-merta.
Penduduk berkata, mereka bosan melihat pelumba jalanan dan memberi amaran kepada polis bahawa kemalangan hanya menanti masa untuk berlaku di kawasan itu. Seorang penduduk berkata: “Mereka yang memandu laju di sini adalah golongan kaya dan polis tidak bertindak untuk mengekang kegiatan mereka.
Apabila polis tiba, mereka tidak menutup mayat mangsa, sebaliknya hanya membiarkannya terdedah untuk dilihat oleh orang ramai.
“Mereka mungkin mahu menyampaikan mesej bahawa berlumba secara haram di jalan raya menyebabkan padah seperti itu. Kerana itu mereka membiarkan saja mayat itu bergelimpangan,” kata seorang penduduk.
Polis gagal mengambil tindakan kerana mereka di kalangan orang kaya. Mayat mangsa ditinggalkan terbiar di tengah jalan kira-kira sejam dan dapat dilihat oleh orang ramai.
Mayat Lung hanya dibawa dengan van selepas polis selesai menjalankan siasatan sepenuhnya. Kira-kira 220,000 orang mati di jalan raya di China setiap tahun, paling ramai berbanding negara lain. - AFP
[Wow] - Berita Dunia
ISLAMABAD: Seorang model dan ratu cantik dari Singapura yang hilang di Pakistan ditemui maut dalam sebuah parit di pinggir bandar ini, kata polis kelmarin.
Fehmina Chaudhry, 27, seorang model di Singapura yang berasal dari bandar pelabuhan Pakistan di Karachi, hilang Khamis lalu ketika melawat bandar ini untuk membeli hartanah, kata polis.
“Polis menahan broker hartanah dan selepas disoal siasat, dia memberitahu pegawai dia membunuh model itu dan membuang mayatnya ke dalam sebatang anak sungai di pinggir bandar ini,” kata jurucakap polis Islamabad, Muhammad Naeem kepada AFP.
Promoternya di Pakistan, Asif Hashmi mengesahkan kematian Chaudhry dan berkata mangsa sudah berkahwin dan mempunyai seorang anak lelaki dan perempuan.
“Beliau adalah seorang dermawan yang dedikasi dan merancang menubuhkan sebuah sekolah fesyen di Pakistan,” kata Hashmi menambah bahawa mangsa memenangi beberapa pertandingan ratu cantik. -AFP
[Wow] - Berita Dunia
LOS ANGELES - Seekor ikan laut raksasa mirip ular sepanjang lima meter (m) ditemui di luar pantai California Selatan di sini pada Ahad lalu. Bangkai haiwan berwarna cerah itu ditemui oleh seorang pengajar aktiviti menyelam dari Institut Marin Pulau Catalina, Jasmine Santana.
Ia yang kelihatan seperti ikan dayung dilaporkan mati atas faktor semula jadi.
Santana mengesan satu objek yang berkilauan pada kedalaman kira-kira 9m semasa dia menyertai lawatan menyelam di Teluk Toyon, Pulau Santa Catalina. Dia kemudian mendapati terdapat bangkai ikan ganjil tersebut.
Lebih 15 orang membantu menaikkan makhluk tersebut ke pantai selepas ia ditemui. Ikan spesies laut dalam itu jarang ditemui kerana ia hidup pada kedalaman lebih 914m.
Spesies berkenaan boleh membesar sehingga 15m sekali gus dianggap sebagai ikan bertulang yang terpanjang di dunia. Sampel dan rakaman video ikan ganjil itu telah dihantar ke Universiti California di Santa Barbara untuk dikaji. - AP
[Wow] - Berita Dunia
CALAPE, Filipina - Beberapa orang mendirikan khemah di tengah-tengah kawasan sawah padi di wilayah Bohol, tengah negara ini.
Mereka sanggup tinggal di kawasan sawah padi itu kerana untuk mengelak gegaran susulan gempa bumi.
Gempa bumi kuat yang berukuran 7.2 pada skala Richter itu melanda wilayah tersebut kelmarin sehingga mengakibatkan lebih 100 orang terbunuh.
Banyak rumah, bangunan termasuk gereja runtuh akibat gempa bumi itu. - Agensi
Kosmo
[Wow] - Berita Dunia
SEORANG pemilik restoran di Moscow, Russia berjanji kepada pengunjung yang datang bahawa mereka akan disajikan dengan pengalaman menarik apabila beliau hanya mengambil pasangan dua beradik kembar seiras untuk bekerja di restoran itu.
Restoran yang dikenali sebagai Twin Stars itu hanya mengambil kembar untuk bekerja sebagai penjaga bar dan juga pelayan untuk menarik lebih ramai pelanggan dan juga meletakkannya sebagai satu-satunya restoran seumpama itu di dunia memperkenalkan layanan sebegitu.
Pemiliknya Alexei Khodorovsky, beliau mendapat inspirasi dari sebuah filem terbitan tahun 1960 mengisahkan tentang seorang perempuan yang berada dalam sebuah dunia yang semuanya mempunyai salinan pendua termasuk dirinya.
Rata-rata para pengunjung restoran itu menyifatkan ia sebagai idea yang baik.
Satu pasangan kembar lelaki Arytem dan Roman cukup gembira bekerja sebagai penjaga bar di restoran itu dan menganggap ia sebagai satu pendekatan kreatif menarik pelanggan.
Menurut pemiliknya, pasangan kembar seiras dengan pengalaman pernah bekerja di sebuah restoran amat sukar ditemui.
“Bertemu dengan pasangan seperti Arytem dan Roman adalah seperti bonus untuk kami, kami mempunyai tiga pasangan kembar dan ia adalah satu pengalaman yang begitu mengujakan,” katanya.
[Wow] - Berita Dunia
SICHUAN – Ngeri dan menakutkan, Sesiapa juga yang melihat Long Chao pasti tidak menyangka yang dia masih hidup meskipun lehernya tercucuk dengan tujuh batang besi.
Kejadian berlaku ketika dia sedang bekerja membina bangunan.
Chao, 40, mengalami kemalangan berkenaan akibat mesin yang digunakan gagal berfungsi dengan baik, lalu tujuh batang besi itu tertembak ke arahnya.
Dia kemudiannya dikejarkan ke hospital. Doktor terpaksa mengambil masa selama enam jam untuk mengeluarkan besi-besi berkenaan.
Besi tersebut dipotong terlebih dahulu bagi membolehkan doktor membedah lehernya dengan lebih mudah.
Menurut Dr. Wang Qing, mangsa bernasib baik kerana masih hidup biarpun batang besi itu hampir mengenai arteri.
Tidak diketahui sama ada Chao mengalami lumpuh akibat insiden menakutkan itu.
[Wow] - Berita Dunia
Subscribe to:
Posts (Atom)

Recent Comments