SETELAH dua kali putus tunang, pengacara dan penyampai radioKool FM iaitu Ikhwan akhirnya mengakui dirinya kini sedang dilamun cinta dengan seorang ibu tunggal beranak satu.
Menurut Ikhwan atau nama penuhnya Mohd. Khairul Ikhwan, 33, dia menjalinkan hubungan dengan wanita bernama Hidayu itu sejak empat bulan lalu.
“Sudah lama saya mengenalinya, cuma baru empat bulan lalu kami menjalinkan hubungan yang serius.
IKHWAN DAN HIDAYU. |
“Bagaimanapun, hubungan ini masih dalam peringkat mengenali hati budi. Paling penting, ibu bapa kami maklum mengenai perhubungan ini.
“Tidak seperti perhubungan sebelum ini, saya sendiri tidak sangka akan memilih seorang ibu tunggal. Asalkan saya tidak berhubungan dengan isteri orang, ia bukannya satu masalah.
“Seronoknya, saya turut dapat bermesra dengan anak lelakinya yang mempunyai sama minat dengan saya, iaitu bermain permainan video. Kiranya, kami boleh borak panjanglah,” katanya kepada BH Online.
Dalam pada itu, Ikhwan memberitahu, jika ada jodoh dengan Hidayu, dia ingin terus melangsungkan perkahwinan dan enggan melalui ikatan pertunangan ekoran putus beberapa kali.
“Begitupun, sekiranya keluarga mahu kami bertunang, mungkin saya tidak akan mengambil masa yang lama. Sebagai contoh, bertunang hari ini, esok terus nikah.
“Lagipun pada usia yang semakin meningkat, rasanya sudah-sudahlah nak bertunang lama-lama,” katanya.
Teman wanita Ikhwan juga dilaporkan bekerja di bawah naungan syarikat sama dengan dirinya, Media Prima Berhad. – MYNEWSHUB.CC
No comments
Post a Comment