SEJAK bergelar isteri kedua kepada Dato Red, penyanyi terkenal Adira Suhaimi tidak henti-henti terpalit dengan pelbagai kontroversi.
Antara yang kontroversi yang mendapat liputan meluas adalah gosip suaminya bersama-sama pelakon Ruhainies apabila video mesra mereka di sebuah pusat beli-belah tersebar.
Bercakap mengenai insiden itu, Adira mengakui dia berasa sakit di hati waktu berita berkenaan tersebar.
Pun begitu, dia tidak mahu mengenangnya lagi malah percaya ada pengajaran dan hikmahnya.
“Sebagai isteri dan ketika itu sedang mengandung, bila dapat tahu mengenai video tersebut, tipulah kalau saya tak sakit hati tetapi bila tahu cerita sebenar kenapa benda itu terjadi, saya sudah okey.
“Urusan saya dengan Ruhainies juga sudah selesai. Saya tidak marah atau simpan apa-apa. Biarlah apa yang terjadi di antara saya, suami, madu dan Ruhainies menjadi simpanan saya sahaja,” katanya kepada sebuah akhbar tempatan.
Dalam pada itu, Adira akui dia tidak kisah sekiranya suaminya ingin berkahwin lagi asalkan Dato Red mampu menjaga hati isteri-isterinya dengan baik.
“Saya tidak ada masalah jika dia ingin berkahwin tiga atau empat sekali pun. Janji, dia boleh jaga semua isterinya dengan baik. Jangan kahwin selagi tidak boleh berlaku adil,”katanya.
Sementara itu, Adira memberitahu, selepas ini dia ingin menumpukan sepenuh perhatian kepada anaknya yang bakal dilahirkan sekitar bulan Mac 2017 nanti.
No comments
Post a Comment