Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » Lelaki Lempar Ular Dalam Bas Persiaran
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post


 Seorang lelaki yang membawa seekor ular ke dalam sebuah bas persiaran di China telah mencetuskan aksi cemas penumpang yang berada di dalam pengangkutan awam itu.
Dalam kejadian di Zhenghou, lelaki terbabit dikatakan cuba menaiki bas tersebut dengan membawa seekor ular jinak berwarna perang kehitaman yang diletakkan di dalam bekas lutsinar.
Sabaik sahaja dia memasuki bas berkenaan, pemandu bas itu terus terperanjat besar sehingga bangun dari tempat duduknya setelah melihat haiwan eksotik itu.

Pemandu bas yang panik itu difaham mempunyai fobia ophodophobia, iaitu sejenis perasaan takut melampau kepada haiwan reptilia, terutamanya ular.
Bagaimanapun, lelaki itu cuba menenangkan pemandu bas dengan mengatakan haiwan berkenaan tidak bahaya dan tidak berbisa.
Namun, pemandu bas berkenaan tetap enggan membenarkan dia menaiki bas sehinggalah berlaku sedikit kekecohan.
Ini memaksa lelaki itu melepaskan haiwan eksotik tersebut ke dalam bas akibat terlalu berang, dan terus beredar meninggalkan mereka.
Maka bermulalah acara panik ‘besar-besaran’ apabila keseluruhan penumpang yang berada di dalam bas menjerit dan cuba meloloskan diri dari pengangkutan awam itu.
Setelah kesemuanya keluar daripada bas, pemandu yang panik itu seakan-akan tiada pilihan lain selain memaksa dirinya untuk menangkap ular berkenaan, biarpun mempunyai fobia.
Dia dengan penuh perasaan gemuruh dan tidak mengetahui cara betul menangkap ular, terus menerkam bahagian kepala reptilia itu dan terus meletakkan semula ke dalam bekas haiwan terbabit.
Biarpun mempunyai fobia, tindakan berani lelaki berkenaan dipuji netizen tempatan disebabkan sanggup bertindak di luar kemampuaannya 

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments