Seorang ibu bernama Pn Nurbustaniah atau nama Facebooknya Intan Hidayah semalam melalui laman Facebooknya meluahkan rasa sedih dan terkilannya dengan sikap tidak bertanggungjawab segelintir netizen yang menyiarkan gambar anaknya dengan kapsyen palsu.
Menurutnya anaknya bukan mengalami sakit parah seperti yang disebarkan di laman sosial.
"Tolong berhenti sebarkan tentang mata anak saya,mata anak saya bukan sakit parah,tolong siasat dulu betul2 sebelum sebar..anak saya sumbing muka bukan sakit parah," tulisnya.
Memetik tulisan di page badan NGO kebajikan berdatar Kelab Kebajikan & Sukarelawan Sosial - KELSS, penyebaran tentang 'sakit mata parah' anak Pn Nurbustaniah telah berleluasa dengan kepsyen palsu oleh pengguna FB sejak beberapa hari lalu menimbulkan keresahan pada Pn Nurbustaniah iaitu ibu kepada adik Hidayah.
Menurut Puan Nurbustaniah yang dihubungi krew NGO berkenaan di Perlis, anaknya selamat jalani pembedahan pada 16 Mei lalu di PPUM Petaling Jaya dan semalam telah pulang ke rumah.
Siakapkeli.my
No comments
Post a Comment