ISU kontroversi melibatkan selebriti berpenampilan seksi dan berani berbikini bukanlah perkara baru dalam industri seni.
Peliknya, meskipun dikecam dan dikritik senarai tersebut masih terus bertambah dan terbaharu, melibatkan nama pelakon popular dari era 90-an, Nor Albaniah.
Menerusi laman Instagram, pelakon filem Adik itu dilihat berkongsi gambarnya mengenakan bikini berwarna hitam, menampakkan sebahagian perutnya yang terdedah.
Bila melihat bentuk badan Nor Albaniah, rasanya sukar untuk percaya usianya kini sudah menjangkau 45 tahun.
Difahamkan, Nor Albaniah ketika itu sedang bercuti di sebuah pulau yang terletak di pantai timur.
Seperti biasa, menerusi sebuah akaun Instagram yang sering memaparkan gosip artis, netizendilihat meninggalkan komen mengkritik dan menyifatkan Nor Albaniah sebagai “pelakon senja yang tidak sedar diri”.
Bagi kami, Nor Albaniah juga perlu peka dengan keadaan semasa dan sensitiviti masyarakat kita khususnya yang beragama Islam.
– MYNEWSHUB.CC
No comments
Post a Comment