KALAU diikutkan tahun ini sahaja sudah beberapa kali Rozita Che Wan dan suami, Zain Saidin berulang-alik ke kota London.
Dah jadi macam rumah kedua dah! Itulah murah rezeki namanya.
Seperti yang kita tahu selain berlakon, Che Ta dan adik-beradiknya juga turut mengusahkan perniagaan tudung Padusi selain dirinya turut laku disambar produk-produk yang mahu menjadikan aktres cantik ini sebagai jurucakapnya.
Jadi tak hairanlah kalau dia sering berulang-alik ke London macam pergi Kuala Lumpur ke Langkawi sahaja. Hehe..
Mengakui tidak bosan berkunjung ke London dan juga kota cinta Paris, Rozita atau Che Ta mendedahkan dia ada memasang niat untuk membeli rumah dan membuka sebuah restoran di London.
Memetik Harian Metro, Che Ta berkata, “InsyaAllah kalau ada rezeki, saya dan suami mahu beli rumah di sana. Zain pun pernah mencadangkan supaya saya buka restoran di sana. Bagi merealisasikan impian itu, kami kena bekerja lebih keras.”
No comments
Post a Comment