MEMANG hebat, skill menari wanita yang juga seorang pesara guru berusia 60 tahun ini sememangnya luar biasa dan menakjubkan bagi golongan yang seusia dengannya.
Video tarian lincah Shirley Clements bersama anak muridnya di Sekolah Menengah Ridge Panorama di British Columbia itu mula viral selepas ianya dimuat naik di laman web Ellen Degenerees.
Shirley merupakan pesara guru tarian dan persembahan itu merupakan kejutan yang dibuat untuk meraikan persaraan beliau.
Dengan iringan lagu popular Uptown Funk nyanyian Bruno Mars, gelagat wanita itu memang gempak dan sama sekali tak dijangka, rasanya orang muda yang tak miliki skill pun tak boleh lakukannya!
No comments
Post a Comment