NGERI.. seorang remaja lelaki berusia 19 tahun terpaksa menahan kesakitan apabila alat gerudi industri tertusuk pada tangan kanannya di Bandar Putra, Segamat semalam.
Mangsa yang merupakan warga Nepal kemudiannya dikejarkan ke Hospital Segamat dengan kepala gerudi masih terlekat pada tangannya bagi mendapatkan rawatan.
Bagaimanapun, doktor terpaksa mendapatkan khidmat Jabatan Bomba dan Penyelamat untuk mengeluarkan mata gerudi yang ‘terbenam’ pada tangan mangsa.
Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Johor berkata, pihaknya dikejarkan selepas menerima panggilan kecemasan dari hospital kira-kira jam 10.39 malam.
Operasi mengeluarkan mata gerudi pada tangan mangsa dilakukan oleh anggota Bomba dan Penyelamat Bandar Putra kira-kira sejam selepas meneliti keadaan tangan mangsa sebelum mengeluarkan mata gerudi tersebut.
Mangsa kemudiannya menerima rawatan doktor dan dilaporkan berada dalam keadaan stabil.
No comments
Post a Comment