Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » Suami usap perut saya setiap malam - Fouziah Gous
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post


KUALA LUMPUR: Selepas 30 tahun bersiaran, program Nona yang cukup sinonim di TV3 pernah mencipta sejarah apabila hosnya berbadan dua contohnya seperti Ezzah Aziz Fawzy dan Nurfarahim Jamsari.
Kini hosnya, Fouziah Gous turut mengikuti jejak yang sama selepas disahkan hamil tiga bulan. Ia berita baik buat Fouziah kerana tanggal 21 September ini akan genap dua tahun usia perkahwinan dengan Md Zhafran Md Yusof.
Bagi Fouziah berita kehamilan itu dilihat kena pada masanya kerana dalam tempoh hampir dua tahun mendirikan rumah tangga, ia menjadi ruang terbaik untuknya dan isteri mengenali antara satu sama lain. Ia umpama fasa berbulan madu bagi mereka kerana kedua-duanya bercinta selepas berkahwin.
"Nona kini pun sudah sebati dengan saya. Malah selama ini pun tumpuan saya lebih kepada pengacaraan untuk program Nona dan tidak menerima tawaran berlakon. Produksi Nona pun sangat menyokong dan saya berbesar hati untuk menjadi sebahagian daripada program ini.
"Jadi selama berbadan dua ini, perkembangan saya boleh dilihat menerusi program ini setiap Ahad di TV3," kata Fouziah Gous yang menjadi wajah ilham rekaan lebaran House Of Cosry, Blanc & Noir Raya 2015 Jumaat lalu ketika berlangsungnya pertunjukan fesyen itu di Hotel Royale Chulan.
Ketika ini, Fouziah mengakui masih berhati-hati bercerita mengenai berita kehamilannya kerana ia masih di peringkat awal. Dia mengakui berasa selesa tidak terlalu teruja bercerita. Malah sebelum ini sempat pergi bercuti seperti biasa seperti tiada apa yang berlaku.
Cuma dia sedar, tetap perlu menerima hakikat itu dan tidak perlu berselindung kerana hal itu pasti akan diketahui juga.
"Gembira saya memang bukan kepalang. Siapa yang tak gembira kalau dapat tahu mengandung bukan? Cuma dalam apa sudut perasaan pun, saya tidak mahu terlalu beriya-iya bercerita. Saya tak putus berdoa hari-hari supaya anak yang bakal dilahirkan ini akan sihat dan sempurna. Insya-Allah," katanya sambil menambah suami turut memanjat kesyukuran selepas dimaklumkan berita gembira itu.
"Bayangkan sejak berbadan dua ini, setiap malam sebelum tidur dia akan sapukan minyak di kaki saya selain mengusap perut. Pendek kata, apa saja permintaan saya ketika ini pasti dipenuhi. Macam puterilah ibaratnya. Perempuan mengandung memang kuat makan. Mintalah apa saja, dia akan layan dan penuhi," katanya.
Mengenai jantina anak yang bakal dilahirkan kelak, Fouziah mahupun suaminya tak kisah.
"Anak pertama ini, saya dan suami terima saja rezeki yang akan dikurniakan kepada kami nanti. Tak ada nak 'gaduh' mahukan anak lelaki atau perempuan. Janji sihat dan cukup sifat," katanya.

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments