Bagaimanapun, gambar tersebut tidak pula menyatakan dimanakah tempat itu secara jelas sehingga menimbulkan perasaan gusar dalam kalangan rakyat Malaysia yang khuatir kejadian berlaku di Malaysia.
Namun, setelah disiasat, gambar-gambar yang tersebar itu sebenarnya diambil di Rayong, Thailand. Ini berikutan gambar asal dimuat naik oleh seorang pengguna facebook Thailand yang bernama Prajug Dongsri(akaun telah dimatikan).
Menurut laporan dari beberapa portal berita Thailand, kejadian ini telah pun dibawa ke kabinet Thailand bagi perbincangan.
Namun, isu ini perlu juga dipandang serius oleh rakyat Malaysia kerana banyak bahan-bahan makanan di Malaysia di import dari Thailand.
No comments
Post a Comment