MEMILIKI wajah yang cantik dan berbakat besar, namun kerana pandangan skeptikal masyarakat terhadap golongan wanita yang bertugas sebagai DJ, Tatiana Alvarez terpaksa mengambil keputusan drastik!
Demi mengejar cita-cita sebagai ‘Disc Jockey’, wanita itu sanggup mengubah penampilannya menyerupai lelaki bagi mengaburi mata masyarakat terutama pelanggan di kelab malam.
Menggunakan nama Matt Muset ataupun gelaran ‘Musikillz’ ketika berlagak sebagai seorang lelaki, Tatiana berkata banyak perkara yang terpaksa diubah terutama dari segi penampilan, pergerakan tubuh serta layanan terhadap orang sekeliling.
Imbasnya, suatu ketika dahulu dia banyak menerbitkan muzik namun ramai yang berkata, dia menggunakan kecantikan untuk mendapat perhatian.
Tidak setuju dengan kata-kata tersebut, Tatiana berhasrat untuk mengikis imej seksi yang seringkali dikaitkan dengan wanita, lantas bertekad untuk mengubah penampilan diri.
Melalui banyak transformasi termasuk meminta bantuan rakan yang bekerja sebagai jurusolek bagi mengubah wajahnya sehinggalah membeli alat kemaluan lelaki, semua dilakukan semata-mata untuk tampil lebih maskulin.
Tatiana berpuas hati setelah ramai menghargai bakatnya selepas itu.
Media antarabangsa melaporkan, Warner Bros tertarik dengan kisah hidup Tatiana lalu membeli hakcipta kerana berhasrat untuk menfilemkannya.
Aktres Jennifer Lawrence disebut-sebut mungkin memegang watak sebagai DJ wanita ini.
No comments
Post a Comment