SIAPA sangka anak yang dikandung selama sembilan bulan, diasuh dan dididik akhirnya menjadi insan yang meragut nyawa dirinya.
Seorang warga emas berusia 75 tahun maut apabila menjadi mangsa pukulan anak lelakinya yang menghidap penyakit mental pagi tadi.
Mangsa dikatakan meninggal dunia selepas kepalanya diketuk dan dipukul dengan kuat menggunakan tukul besi oleh anaknya, 36 tahun di Taman Cheras Awana, Kuala Lumpur.
Kejadian kira-kira pukul 10.20 pagi ini berlaku ekoran suspek berang ibunya mendesak dirinya untuk memakan ubat psikotropik yang dibekalkan pihak hospital.
Memetik laporan Harian Metro, suspek sempat menghubungi kakaknya yang tinggal berdekatan rumahnya selepas kejadian itu namun tidak dijawab.
Bagaimanapun, suspek bertindak menghubungi pihak polis memaklumkan kejadian berkenaan.
Menurut seorang sumber, suspek dipercayai mengalami masalah mental selepas dia terbabit dalam kemalangan 10 tahun lalu dan mayat mangsa telah dibawa ke Hospital Serdang untuk dibedah siasat.
No comments
Post a Comment