Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » Zain Saidin Dituduh Sombong Dengan Peminat
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

PETALING JAYA: Pelakon Zain Saidin terkejut apabila dituduh bersikap sombong kononnya dia sengaja menolak permintaan seorang peminat yang ingin merakamkan gambarnya bersama anak.

Zain, 30, berkata, tuduhan itu dibuat oleh seorang pengikut di Instagram yang kononnya telah menyaksikan kejadian tersebut di sebuah pusat beli belah di Johor.
"Saya terkejut apabila tiba-tiba ada orang memberi komen menuduh saya sombong apabila kononnya melihat saya tidak melayan peminat ketika diminta untuk bergambar bersama anak saya, Aaisyah Dhia Rana.

"Sedangkan ketika itu anak saya sedang menangis kerana lampinnya perlu ditukar. Tetapi individu yang melihat itu membuat andaian sendiri dan meletakkan komen di Instagram sehingga menimbulkan fitnah kepada pengikut-pengikut lain.

"Bukannya saya sengaja tidak mahu bergambar. Selama ini saya mahupun isteri (Rozita Che Wan) tidak mempunyai masalah jika sesiapa datang pada kami," katanya yang dihubungi mStar Online di sini pada Rabu.

Tambah Zain, dia berharap agar mana-mana individu tidak membuat andaian tanpa usul periksa sekiranya berlaku lagi kejadian seperti itu.
Sebagai seorang bapa, dia perlu mengutamakan anaknya terlebih dahulu daripada memilih untuk bergambar.

Sementara itu, berkongsi pengalaman bergelar ayah buat pertama kali, Zain berkata kerja-kerja menjaga anak tidaklah terlalu sukar seperti yang disangkakannya sebelum ini.
Kata Zain, antara rutin yang paling digemarinya ialah memandikan Aasyah, lebih-lebih lagi melihat anaknya yang begitu teruja apabila dimandikan.
"Alhamdulillah, tak susah sangat pun nak jaga anak. Rutin yang paling menyeronokkan ialah memandikan dia.

"Sekarang ini saya sanggup tinggalkan apa saja demi anak. Tetapi yang pasti dia lebih manja apabila bersama ibunya," ujar Zain.
Dalam perkembangan lain, Zain akan sibuk mengendalikan sebuah kelas kecergasan pada tahun depan yang terbuka kepada umum untuk menyertainya.-mStar

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments