Di Ukraine, terdapat seorang gelandangan yang dikatakan sangat bercita rasa dalam memilih pakaian hariannya.
Kenali Slavik, gelandangan yang berusia 55 tahun ini tidak mempunyai tempat tinggal yang tetap dan hanya bermalam di tepi-tepi jalan sahaja.
Slavik adalah seorang gelandangan gipsi, cara hidupnya adalah berbeza dengan gelandangan lain, dia tidak membawa banyak beg juga tidak menggeladah dalam tong sampah.
Menariknya, Slavik tidak pernah memakai pakaian yang sama, boleh dikatakan dia akan menukar pakaian dua kali sehari dan sentiasa berlainan fesyen mengikut musim dan keadaan semasa.
Malah, dia akan menyesuaikan fesyen bersama gaya rambutnya dan janggutnya juga dicukur bagi tampil normal seperti orang biasa.
Mungkin kedengarannya agak aneh bagi gelandangan tetapi Slavik mempunyai tempat simpanan rahsia bagi pakaiannya dan tiada siapa yang mengetahui bagaimana dia mendapatkan pakaian setiap hari.
No comments
Post a Comment