Isu Semasa
Hiburan
Global
Pelancongan
Performance
‹
›
Pelbagai
Misteri Sejarah
Informasi
Nibong Tebal: Dua remaja maut apabila motosikal ditunggangi mereka terjatuh dalam tali air di Jalan Paboi, di sini, hari ini.
Dalam kejadian 7.30 pagi itu mangsa Lim Sheng Ming, 15, dan rakannya Tan Gin Wei, 14, maut akibat kecederaan di badan serta kepala.
Menurut sumber, mereka yang masih bersekolah itu dikatakan keluar sejak jam 8 malam tadi namun tidak pulang.
"Mayat mereka ditemui pengguna jalan raya pagi ini dan kedua-dua mangsa dikatakan menunggang motosikal dengan laju sebelum terbabas dan melanggar tiang lampu.
"Mereka kemudian tercampak ke dalam tali air namun ia tidak disedari kerana keadaan gelap ketika itu," katanya.
Mayat kedua-dua mangsa dihantar ke Hospital Sungai Bakap untuk bedah siasat.
Hmetro Online
Hmetro Online
Isu Semasa
Penyakit kardiovaskular menjadi kebimbangan besar penghidap diabetes Âberikutan ia punca utama kematian dan kehilangan upaya apabila dua daripada tiga pesakit meningÂgal dunia sama ada disebabkan sakit jantung atau strok.
Malah, penularan penyakit diabetes di Malaysia kini semakin membimbangkan sehingga menjejaskan seorang dalam kumpulan lima orang dewasa berumur 30 tahun ke atas dan anggaran itu menjadikan bilangan penghidap dewasa mencecah 3.6 juta orang.
Penularan diabetes lebih ketara dalam kalangan orang dewasa yang menghidap penyakit arteri koronari (CAD) dan kardiomiopati diabetes iaitu dua keadaan kardiovaskular yang dikaitkan deÂngan kemaraan diabetes.
Kini diabetes dengan sendiri dianggap faktor risiko paling tingÂgi bagi penyakit jantung. Malah, diabetes juga risiko tingÂgi yang setara dengan penyakit jantung koronari (CHD) apabila pesakit diabetes dikatakan mempunyai risiko menghidap penyakit berkenaan sebanyak 20 peratus.
Jika tidak dikawal dengan sewajarnya, diabetes boleh menjadi permulaan lebih banyak komplikasi yang akan berlaku. Kemungkinan pesakit diabetes mendapat penyakit jantung bukan saja dua kali ganda, malah mereka juga menghidap penyakit jantung pada usia lebih muda daripada orang yang tidak menghidap diabetes.
Pakar Perunding Kardiologi Pusat Perubatan Sunway di Petaling Jaya, Dr Lim Bee Chian berkata, CAD adalah komplikasi makrovaskular diabetes yang merujuk kepada penyempitan arteri dalam jantung disebabkan enapan lemak yang turut dinamakan plak.
"Kepecahan mengejut plak kolesterol adalah punca umum, terutama dalam kalangan penghidap diabetes yang juga mengalami dislipidemia, mengakibatkan sekatan arteri dan meÂngundang serangan jantung atau strok.
"Hiperglisemia (glukosa darah tinggi) dan rintangan insulin, dua mekanisme yang menentukan diabetes Jenis II dan memacu proses aterosklerosis iaitu pengecilan saluran arteri akibat pembentukan plak di bahagian dalam dinding arteri.
"Keadaan ini boleh merosakÂkan bahagian badan, termasuk saluran darah, dan apabila ini berlaku bekalan darah berkuraÂngan atau terputus, mengakibatÂkan serangan jantung," katanya ketika ditemui pada perbincaÂngan meja bulat sempena sambutan Hari Diabetes Sedunia di pusat perubatan berkenaan, baru-baru ini.
Dr Lim berkata, walaupun teknologi dan strategi membolehÂkan diagnosis CHD pada peringÂkat lebih awal dalam kalangan penghidap diabetes, hakikatnya mereka tetap mengalami kesakitan iskemik tumpul yang meningÂkat dan selalunya mengakibatkan iskemia senyap atau infarksi miokardial senyap iaitu serangan jantung.
"Gejala jantung dalam kalaÂngan pesakit diabetes selaluÂnya terselindung, mengakibatkan terlepas atau terlewat diagnosis serangan jantung, sekali gus terlepas peluang untuk rawatan pemvaskularan semula dengan segera.
"Bagaimanapun, dalam baÂnyak kes, punca kegagalan jantung dalam kalangan penghidap diabetes mungkin tiada kaitan dengan trombosis iaitu pembentukan darah beku.
"Kardiomiopati diabetes adalah perubahan yang dikaitkan dengan diabetes dalam struktur dan fungsi otot jantung yang bukan berpunca secara langsung daripada sebarang penyakit kardiovaskular lain seperti CAD atau hipertensi iaitu darah tinggi," katanya.
Kehadiran komorbiditi seperti sindrom metabolik iaitu kombinasi hipertensi, dislipidemia Âdan obes luar biasa, tabiat merokok dan ketiadaan aktiviti fizikal menguatkan lagi penularan diabetes.
Dalam kes kardiomiopati diabetes, perubahan struktur dan fungsi yang berlaku, termasuk hipertrofi ventrikular kiri, meningkatkan kemungkinan berlaku kecederaan iskemia dan kemungkinan secara keseluruhan mengalami kegagalan jantung. Oleh itu, pesakit diabetes mudah mengalami kegagalan jantung walaupun pada peringkat awal penyakit.
Dr Lim berkata, ketika ini kemajuan dalam rawatan perubatan dan kesedaran yang semakin meningkat dalam kalangan pesakit diabetes membolehkan diagnosis CHD dalam kalangan penghidap diabetes dibuat pada kadar jauh lebih cepat.
Alat diagnostik yang lebih canggih dengan ketepatan lebih tinggi kini boleh didapati secara meluas untuk mengesan aterosklerosis dan gejala awal CHD pada peringkat permulaan. Ini bagi membolehkan intervensi awal, mengurangkan kadar penyakit dan kematian serta menambah baik kualiti hidup.
"Sebagai contoh, elektrokardiografi (ECG) rehat adalah alat yang biasa digunakan untuk mengesan infark miokardium iskemia (MIs) akut atau lama dan juga aritmia.
"Bagi menentukan tahap plak aterosklerosis, ujian fungsi seperti ECG, ekokardiografi dan imbasan radionuklida atau imbasan pengimejan resonans magnet (MRI) adalah alat berguna untuk mengesan sekatan besar hemodinamik yang ditakrifkan sebagai lebih 50 peratus penyempitan saluran darah yang mewajarkan pemvaskularan semula," katanya.
Dr Lim berkata, pelancaran pengimbas koronari tomografi berkomputer berbilang hirisan (MSCT) dalam beberapa tahun kebelakangan ini banyak meÂngubah landskap pengesanan dan pengurusan CHD.
"Angiografi koronari MSCT adalah satu teknik bukan invasif yang membolehkan pengesanan awal CHD seperti stenosis atau penyempitan pada koronari. DeÂngan resolusi ruang dan waktu lebih tinggi, MSCT membolehkan pengesanan plak secara lebih boleh dipercayai dan lesi sekatan ketara.
"Dengan kadar ketepatan peÂngesanan terbukti 99 peratus, teknologi ini memberi peluang untuk intervensi awal dan memberi kesan terbaik dalam jangka panjang," katanya.
Pada masa lalu, wujud kebimbangan terhadap risiko kanser yang dikaitkan dengan radiasi angiogram koronari pada ujian tomografi berkomputer (CT). Namun, kemajuan perubatan mengubah keadaan dan dengan pengimbas CT terbaru membolehÂkan angiogram koronari mengeluarkan radiasi yang sangat rendah.
Hmetro
Informasi
Kuala Krai: “Arus yang sangat deras meranapkan bumbung rumah tempat kami berlindung sekali gus menghanyutkan kami.
“Ketika itulah bayi saya terlepas dukungan,” kata Suhana Muhamad Abdul Ghani, 34, ibu malang yang kehilangan bayi berusia 20 bulan dipercayai lemas akibat banjir.
Dalam kejadian jam 5 petang kelmarin, Nor Adriana Adila Asrol Afendi berada dalam dukungan Suhana ketika dia bersama lima anaknya dan ibu bapanya mahu menyelamatkan diri selepas rumahnya di Kampung Kuala Bertam, di sini, dinaiki air.
Katanya, ketika menyedari air naik hampir tiga meter, mereka sekeluarga mengambil keputusan memanjat bumbung rumah dan berlindung di situ sehingga menunggu bantuan tiba.
Bagaimanapun, kejadian malang berlaku apabila arus deras meranapkan rumah keluarga berkenaan dan turut menghanyutkan mereka.
“Suami tiada di rumah ketika itu kerana bekerja, malah kami pun tidak sempat ke tempat lain dan hanya memikirkan bumbung rumah kerana air naik dengan cepat.
“Dalam keadaan hanyut dibawa arus deras itu, anak bongsu dalam dukungan terlepas. Saya diselamatkan ibu yang menarik tangan saya untuk berpaut pada dahan pokok rambutan.
“Lima anak yang lain juga berpaut pada dahan sama sebelum kami diselamatkan penduduk kampung lapan jam kemudian,” katanya ketika ditemui di rumah saudaranya di Batu Jong, di sini, semalam.
Menurut Suhana, akibat kejadian itu, anak ketiganya Nor Erini Nazirah, 9, patah tangan kanan akibat tersepit pada dahan pokok.
Katanya, anak sulungnya Ayuni Natasha, 16, menghubungi suaminya, Asrol Afendi Yusof, 40, bagi memaklumkan kejadian itu.
“Mujur telefon bimbitnya masih boleh digunakan. Suami menghubungi pihak berkuasa untuk mendapatkan bantuan,” katanya yang masih sedih mengenang nasib anak bongsunya.
Sementara itu, Asrol Afendi berkata, usaha mencari dan menyelamatkan Nor Adriana Adila diteruskan pihak berkuasa.
Hmetro
Isu Semasa
BINTANG Twilight, Robert Pattinson dikhabarkan kini tinggal sebumbung dengan teman wanita baharunya iaitu penyanyi dan komposer FKA Twigs. Seperti dilapor Contact Music, Twigs telah berpindah ke rumah baharu milik Robert di Los Angeles.
Pasangan ini dilihat ke pusat perabut bagi membeli beberapa keperluan untuk rumah baharu mereka.
Sumber memberitahu bahawa Twigs akan tinggal di rumah Pattinson sehingga 22 Januari depan sebelum meneruskan jelajah konsertnya di Tokyo, Jepun.
Hingga kini belum ada kenyataan tentang perkara tersebut daripada kedua-dua belah pihak.
Hiburan
Hangzhou: Kerana keadaan berkuap di dalam pesawat, seorang penumpang yang pertama kali menaiki pesawat membuka pintu kecemasan untuk mendapatkan udara segar ketika kapal tebang itu bersiap sedia untuk berlepas.
Tindakan lelaki itu memeranjatkan petugas Xiamen Airlines dan juga penumpang lain yang dalam penerbangan dari Hangzhou ke Chengdu kerana mereka belum pernah melihat keadaan itu berlaku.
Ditanya mengenai tindakannya itu oleh kakitangan pesawat, lelaki itu berkata, dia berasa panas dan rimas sementara menunggu pesawat itu berlepas.
Akhbar South China Morning Post berkata, petugas kemudian memindahkan lelaki itu ke tempat duduk lain, jauh dari pintu itu.
Kejadian berlaku selepas satu kejadian lain menyaksikan seorang penumpang membuka pintu kecemasan sebaik pesawat yang dinaiknya mendarat kerana hendak cepat keluar. Ia menyebabkan syarikat penerbangan itu menanggung kerugian sebanyak 100,000 yuan (RM56,000). - Agensi
Global
Beijing: Nasib seorang kanak-kanak yang dijangkiti virus HIV yang dilapor mahu diusir oleh 200 penduduk kampung mencetuskan perdebatan hangat di China semalam.
Kes itu membuktikan penderitaan yang dihadapi pesakit HIV di negara itu yang berdepan dengan diskriminasi secara berleluasa.
Penjaga kanak-kanak itu yang juga datuknya, antara penduduk kampung di Sichuan, wilayah di barat laut China yang menandatangani petisyen untuk mengusir budak berusia lapan tahun itu, dengan alasan untuk melindungi kesihatan penduduk kampung.
Akhbar Global Times melaporkan, kanak-kanak itu dijangkiti virus berkenaan dari ibunya dan disahkan menghidap HIV ketika menjalani rawatan kecil pada 2011.
Laporan sebelum ini menyatakan, budak itu yang diberi nama Kunkun oleh media China, tidak dibenarkan memasuki sekolah tempatan sementara penduduk kampung berusaha mengelak daripada bertembung dengannya.
Global
Sandakan: "Beberapa minit sebelum itu saya bersama mereka yang mengadu suhu mesin pendandang terlalu tinggi. Selepas suhu mesin kembali normal, saya ke bahagian bersebelahan yang dipisahkan dinding batu sebelum berlaku letupan amat kuat."
Demikian penyelia kilang memproses mi, Murni Abdullah, 30, menceritakan mengenai kejadian letupan mesin pendandang di kilang terletak di Jalan Chong Hua Batu 8 1/2, di sini, semalam, menyebabkan tiga pekerja terbunuh.
Dalam kejadian kira-kira jam 1 pagi itu, mangsa yang terkorban ialah Haydi Baid, 30, Sharil Muhd Amin, 30, dan Herman Kaco, 30, yang meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di seluruh badan,
Letupan mesin pendandang sebesar kereta itu turut menyebabkan banyak struktur kilang berkenaan runtuh manakala premis berhampiran termasuk beberapa kenderaan juga mengalami kerosakan.
Semua mangsa ditemui tertimbus dalam runtuhan bangunan sebelum dikeluarkan sepasukan anggota bomba sebaik dimaklumkan kejadian itu.
Isu Semasa
Kuala Lumpur: Bekas tenaga pengajar Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) yang ditahan polis kerana terbabit dalam kumpulan militan Negara Islam (IS) pagi kelmarin dikatakan tidak sempat untuk melangsungkan perkahwinan dengan seorang guru.
Suspek berusia 30 tahun itu dipercayai dalam perjalanan ke Brunei untuk berkahwin sebelum merancang menyertai IS di Syria.
Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, suspek lelaki yang berasal dari Terengganu itu akan berlepas ke Syria selepas berkahwin dengan wanita pilihannya itu.
Bagaimanapun hasratnya itu gagal selepas suspek berjaya ditahan polis di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Sepang pada jam 5.30 pagi kelmarin.
Menurut Khalid, siasatan mendapati suspek terpengaruh untuk menyertai kumpulan IS di Syria selepas berkomunikasi dengan beberapa rakyat Malaysia di sana melalui laman sosial Facebook.
Isu Semasa
Petaling Jaya: Sebuah pusat hiburan di PJS 8 di sini, menyajikan hiburan pelik apabila menawarkan persembahan tarian tiang dilakukan sekumpulan pondan ‘diimport’ khas dari Thailand.
Kumpulan lelaki digelar ‘ladyboy Siam’ itu berpakaian seksi dan mempersembahkan tarian berahi pada setiap malam Rabu setiap minggu.
Malah kumpulan pondan itu menawarkan khidmat seks kepada pelanggan lelaki yang berminat sebaik persembahan berakhir.
Kegiatan maksiat itu bagaimanapun ditumpaskan selepas anggota Bahagian Siasatan Jenayah Kongsi Gelap, Maksiat dan Perjudian (D7) Bukit Aman menyerbu premis itu jam 2.30 pagi semalam.
Hasil operasi itu, 36 penari tiang warga asing termasuk empat pondan ditahan polis.
Ketua operasi Asisten Superintendan Muhammad Mohd Jais berkata, kumpulan wanita dan pondan itu melakukan tarian tiang bagi menarik kehadiran pengunjung ke pusat hiburan itu.
“Risikan mendapati persembahan itu bermula sekitar jam 11 malam sehingga awal pagi,” katanya.
”Mereka dikesan menawarkan khidmat seks kepada pelanggan dengan bayaran RM150 sehingga RM300 untuk setiap perkhidmatan,” katanya.
Dia berkata, pelanggan dibawa ke hotel berdekatan bagi mengelakkan kegiatan mereka dikesan pihak berkuasa.
Menurutnya, pusat hiburan itu menyediakan kalungan bunga untuk dijual wanita dan pondan terbabit kepada pelanggan.
“Lagi tinggi nilai bunga yang diberikan, lagi ‘baik’ layanan diberikan kepada pelanggan.
“Semua yang ditahan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Petaling Jaya di sini, untuk siasatan lanjut,” katanya.
Difahamkan, pusat hiburan itu beroperasi sejak beberapa bulan lalu dan pernah diserbu pihak berkuasa sebelum ini.
Hmetro Online
Isu Semasa
Ini makan dia!
Gara-gara terlalu kecewa dan marah terhadap kecurangan suami, seorang isteri bertindak meninggalkan suami dan perempuan simpanannya dalam keadaan bogel di sebuah kawasan tempat letak kereta terbuka.
Kejadian yang berlaku di China ini bermula apabila si isteri, Ting Su, 29, mencurigai tingkah laku suaminya lalu bertindak mengesan lelaki tersebut menggunakan aplikasi ‘mobile phone tracker’.
Pencariannya membawa Ting Su ke kawasan parkir kereta sebuah pusat beli belah, di mana dia kemudiannya tidak dapat menahan amarah bila mendapati suaminya, Cheng, 30, berada dalam keadaan bogel sepenuhnya bersama-sama perempuan lain di dalam kereta.
Lebih menyedihkan, perempuan simpanan yang ditemui bersama suaminya adalah saudara kembarnya sendiri!
Kerana terlalu terkejut dengan kehadiran Ting Su, suami dan kakak kembarnya keluar dari kereta tersebut dalam keadaan bogel.
Ting Su kemudiannya bertindak pantas melarikan kereta tersebut sekaligus membiarkan suami dan kembarnya yang masih berbogel terkontang-kanting di ruang parking.
Akibatnya, pasangan curang tersebut mendapat malu besar gara-gara ramai memandang seterusnya merakam insiden tersebut.
Pelbagai
Acap kali kita mendengar aduan mengenai layanan buruk oleh sesetengah kakitangan hospital kerajaan kepada pesakit.
Biarpun tidak semua berperangai begitu, namun tidak salah untuk kita merenung perkongsian cerita oleh Ajeli Anuar di akaun Facebook Penduduk Sungai Petani.
Menurutnya, dia telah menerima layanan yang cukup kasar dan tidak profesional daripada kakitangan Hospital Alor Setar, Kedah hari ini.
Tulisnya:
“Pagi tadi punya cerita…
Lokasi : Hospital Alor Setar Kedah.
Jam : 11.15am
Tarikh : 18.12.2014
Hari : khamis.
“Kami dtg ke hospital hari kerana ada temujanji dgn doktor syakir. Bila kami smpai d hospital trsebut, Kami tnya staff yg brtugas harini d kaunter servis.. bila Kami tunjuk kad temujanji dgn doktor syakir tu.. tiba2 je, staff tu tggikan suara kat Kami..
: katanya setiap hari rabu dan khamis tiada klinik rawatan berkaitan la.
: Kami pun bgthu la kat staff tu. Kami bkn suka2 je nk datang kesini harini. Kami dtg ni bersebab. Doktor syakir yg suruh Kami dtg ni.
“Lps Kami bgthu kat staff tu… dia terus masuk dalam bilik d blakang kaunter. Kami ingat dia nk kol kat doktor syakir n tnya tntang temujanji Kami ni. Rupa2nya dwg buat x tahu je.
“Kami tahu sebab Kami nampak yg diorang x buat apa2 pn yg berkaitan dgn Kami, walaupn dwang kat dlm bilik.. Tp Kami nampak sbb pntu x tutp.. lbih kurang 20minit Kami mnunggu di kaunter servis trsebut.. Kami Cuba Panggil semula staff yg ambil kad temujanji Kami tu. Bila dia dtg ke kaunter semula. Dia boleh cakap..
: kan saya dah bagithu tadi, hari rabu Dan khamis tiada rawatan klinik!
: Kami pn bgthu lg, saya tahu.. masalah sekarang ni, doktor yg suruh Kami dtg hari ni kul 11.30 pagi. Kalau takde rawatan hari ni, knp suruh Kami dtg?
“Pastu, dia trus sembang dgn org lain kat sebelah Kami tnpa hiraukan Kami selepas tu..
Kami ambil semula kad temujanji tu.. lpas tu Kami ambil gambar (di bawah). Terus dia tengking kat Kami..
: kenapa awak pandai2 amik gambar kat sini? Awak ada kebenaran ke?
“Kami jawab..
: saya amik gambar ni, sbb Kami nk bgthu kat umum yg servis Di hospital alor setar ni teruk.. Kami nk, semua org tahu yg staff dlm hospital alor setar ni layan kami mcm haiwan.. Kalau ye pun hari ni takde rawatan klinik.. knp tidak maklumkan kpd Kami trlbih dahulu sblm ni? Mcm hari ni pula.. sepatutnya puan bgthu kat kami tarikh temujanji Kami ni ditunda kepada tarikh lain.. Tp, puan marah pula kat kami.. mcm ni ke cara pekerja kerajaan layan org awam mcm Kami ni?
“Lps Kami ckp mcm tu, Kami trus keluar n blik rumah..
SAYA BETUL2 TERASA HATI DGN SIKAP STAFF D HOSPITAL ALOR SETAR TADI TU. SAYA SANGGUP X PERGI MNIAGA DI PASAR SEMATA MATA NAK BAWA MAK SAYA JUMPA DOKTOR HARI NI. TP LAIN PULA YG BERLAKU. DAH LA MAK SAYA NI UZUR, NK JLN PN X LARAT. SAMPAI D HOSPITAL ALOR SETAR. KENA MARAH PULA KAT STAFF. MCM NI KE LAYANAN DIORANG KAT WARGA EMAS??”
Bagi kami, sikap seperti inilah yang mewujudkan persepsi bahawa perkhidmatan hospital kerajaan adalah teruk.
Kasihan pada kakitangan yang bersungguh-sungguh memberi layanan terbaik kepada pesakit kerana secara tak langsung, mereka turut terkena tempiasnya.
Apapun, diharap agar pihak atasan Hospital Alor Setar dapat menyiasat aduan ini agar tidak berlaku lagi di kemudian hari.
Source: Mynewshub.cc
Source: Mynewshub.cc
Isu Panas
KEMUNCULAN gambar keindahan tasik berwarna biru yang terletak di Bandar Seri Alam, Masai, Johor secara tiba-tiba menjadi perbualan ramai terutama di kalangan netizan.
Mana taknya, rata-rata masyarakat Malaysia termasuk penduduk negeri Johor sendiri tidak mengetahui kewujudan tasik indah yang tersembunyi ini.
Bila dah hangat diperkatakan, pasti ramai yang ingin melihat dengan mata kepala sendiri keindahan tempat ini apatah lagi tasik berwarna biru dikatakan amat sukar ditemui di tanah air kita.
Malangnya, keindahan tempat ini bukan mudah untuk dinikmati kerana menurut sumber yang dipercayai, selain lokasi tersembunyi, tasik ini merupakan tasik larangan kerana berbahaya.
Penduduk berdekatan kawasan ini mendakwa tasik tersebut merupakan bekas lombong kuari hingga menyebabkan kawasan indah ini tidak boleh diwartakan sebagai pusat pelancongan kerana air tasik tersebut mengandungi kandungan kimia berbahaya.
Menurut pengunjung yang pernah ke tasik biru ini, pemandangan tasik larangan ini sangat menakjubkan hingga segala penat lelah melalui jalan yang curam serta berbatu ke kawasan tersebut seolah-olah hilang dibawa angin sejurus tiba.
Tasik yang terletak berhadapan Universiti Kuala Lumpur Mitec, di Pasir Gudang ini sememangnya bukti keindahan ciptaan Ilahi.
Ia turut dikenali juga sebagai Tasik ‘Love’ kerana mampu membuatkan pengunjung jatuh cinta sebaik sahaja memandangnya.
Pelbagai
Peningkatan jumlah jutawan ranyat China- dan menghabis berbilion-bilion dolar di luar negara. Kebanyakan daripadanya mendarat di Amerika Syarikat di mana ramai anak-anak daripada golongan elit kaya dihantar untuk mendapatkan pendidikan kolej di Amerika - dan mereka hidup mewah. Vocativ mendapati budaya pelajar-pelajar Cina di California. Mereka memandu kereta mewah seperti Ferrari dan Maseratis dan Konserto kekayaan mereka menonjol dalam kumpulan dalam talian, seperti "Kereta Super di Amerika".
Pelbagai
Lelaki berkenaan, yang juga seorang jurulatih kecergasan memandu kereta MyVi milik tunangnya ketika kejadian.
Selain memecahkan cermin Hilux, lelaki tersebut juga dilaporkan menggugut kakitangan Pejabat Kesihatan tersebut. Sebab ugutan tidak pula dinyatakan.
Tindakan lelaki berkenaan telah mendapat perhatian ramai setelah gambarnya bersama stereng lock disebar di media sosial.
Isu Panas
MANILA – Serbuan pasukan komando polis Filipina ke atas penjara terbesar negara itu, Bilibid di bandar raya Muntinlupa dekat sini awal subuh semalam berjaya membongkar kehidupan mewah beberapa raja dadah tempatan yang menjadi banduan di situ.
Perkara amat memeranjatkan itu didedahkan Setiausaha Kehakiman Filipina, Leila de Lima sekali gus membuktikan ramai pegawai penjara bersubahat menerima rasuah daripada tahanan terbabit yang menjalani hukuman di penjara berkeluasan 550 hektar itu.
Antara ditemui dalam serbuan mengejut itu ialah beberapa bilik kurungan yang langsung diubah suai menjadi seperti vila lengkap dengan 20 pendingin udara, lampu strob dan bola cermin ala disko, bar, jakuzi, anak-anak patung seks serta dadah jenis metamfetamin.
“Mereka sepatutnya hidup terkurung seksa dalam bilik tetapi apa yang berlaku, banduan mewah ini menjadi raja pula,” kata de Lima kepada pemberita dan mengesahkan polis juga menjumpai wang tunai 1.4 juta peso (RM110,000) dalam operasi serbuan itu.
Turut ditemui ialah sebuah pentas konsert mini lengkap televisyen skrin rata, satu set dram, gitar dan keyboard serta sebuah peti besi rahsia yang mengandungi beberapa utas jam tangan mahal jenama Rolex dan Patek Philippe selain banyak dompet Louis Vuitton.
Polis turut menjumpai beberapa bilik mandi dengan dinding dilindungi jubin marmar, pancuran mandi air panas dan sebuah tab mandi dilengkapi televisyen skrin rata manakala sebuah lagi bilik rahsia menyimpan sejumlah jenama minuman keras harga mahal.
Penjara Bilibid yang dibuka sejak 1940 sepatutnya menempatkan 8,900 banduan tetapi rekod menunjukkan ia kini dihuni 23,000 tahanan dengan beberapa vila mewah dibina untuk pesalah raja dadah, ketua samseng dan banduan berprofil tinggi. – Agensi
Global
Bahau: Seorang warga emas yang tinggal di Rumah Sejahtera Mahsan, dekat sini, mengalami detik mencemaskan apabila dicampak seorang lelaki yang menceroboh masuk kawasan berkenaan, pagi semalam.
Difahamkan, dua lelaki berusia lingkungan 30-an bertindak menceroboh kawasan rumah yang dihuni 14 warga emas berusia 60 tahun ke atas melalui pintu pagar belakang untuk mencuri.
Ketika kejadian jam 3.45 pagi itu, mangsa, Tham Lee Woh, 70, tersedar sebaik mendengar bunyi salakan anjing di luar rumah berkenaan lalu keluar untuk memeriksa.
Tham berkata, ketika berdiri di longkang belakang rumah berkenaan, secara tiba-tiba dia diserang dua lelaki tidak dikenali.
"Salah seorang daripadanya yang berbadan gempal memeluk saya lalu mencampakkan saya ke dalam longkang berkenaan. Terkejut dengan tindakan itu, saya menjerit meminta tolong. - Hmetro
Isu Semasa
Kuala Lumpur: Sekumpulan 30 jutawan penipu warga China dan Taiwan dikesan menyewa dua banglo mewah di Seputeh dan Cheras di sini, untuk dijadikan markas operasi menipu orang ramai menerusi panggilan telefon.
Difahamkan sindiket 'Macau Scam' terbabit memperdaya orang ramai membabitkan kerugian RM12 juta sejak Julai lalu.
Sindiket itu dikesan menyewa dua banglo mewah itu dengan bayaran RM10,000 sebulan kerana beranggapan lokasi itu selamat dan sukar dikesan pihak berkuasa.
Kediaman itu bagaimanapun diserbu polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman dan polis dari negara China tengah hari semalam.
Timbalan Pengarah JSJK (Siber dan Multimedia) Bukit Aman Senior Asisten Komisioner Mohd Kamarudin Md Din berkata, seramai 30 suspek berusia 20 hingga 40 tahun itu ditahan selepas didapati menjalankan aktiviti penipuan membabitkan warga China di negara asal mereka.
Isu Semasa
Kluang: Mengejutkan apabila satu pasangan remaja berusia 15 dan 17 tahun mendirikan rumah tangga akhir bulan lalu hingga menjadi 'viral' dan tersebar secara meluas di laman sosial Facebook kebelakangan ini.
Difahamkan, pasangan terbabit Muhd Muaz Mislan, 15, dan Nur Izzati Amiera Ishak, 17, dinikahkan pada 30 November lalu selepas mendapat persetujuan keluarga kedua-dua belah pihak.
Muhd Muaz, dalam satu entri di laman sosial Facebook miliknya sehari selepas majlis itu menafikan perkahwinan pada usia muda itu disebabkan mahu menutup perkara negatif sebaliknya atas dasar keluarga.
"Asal (apabila) kahwin muda je (saja) mesti orang cakap macam-macam, benda itu Muaz dah sedia awal sebenarnya.
"Perkahwinan Muaz bukan atas dasar sebab bunting ke, dia nak mati ke (atau) apa benda semua la (lain-lain hal) tetapi atas dasar keluarga," katanya dalam entri Facebook miliknya, semalam.
Isu Semasa
Dasar manusia tak mengenang jasa! Seorang amah yang digaji untuk menjaga cucu majikannya berusia dua tahun, sanggup bertindak kejam dan keji apabila menyuapkan budak lelaki tersebut dengan najis.
Perbuatan terkutuk itu diketahui nenek mangsa selepas tercium bau busuk dari mulut cucunya.
Menurut Sinar Harian, cucu tersebut tinggal bersama neneknya sementar ibu bapanya bekerja di Ipoh.
Kejadian disedari oleh neneknya yang pulang ke kediaman mereka yang terletak di USJ 18.
Setelah mendapatkan cucunya, wanita berusia 48 tahun itu mengesyaki sesuatu tidak kena kerana tercium bau kurang menyenangkan yang muncul dari mulut mangsa.
Ujar satu sumber, “Nenek mangsa memeriksa tubuh badan cucunya dan terkejut apabila lihat ada kesan seperti najis di celah gigi.
“Dia kemudian bertanya dan cucu lelakinya memberitahu pembantu rumah dikenali sebagai ‘Aning’ telah memberinya makan najis ketika berada di dalam tandas di tingkat atas, rumah teres dua tingkat itu.”
Tambah individu itu, nenek mangsa sudah meragui tingkah laku pembantu rumah yang baru bekerja di situ selama tiga bulan sebelum ini lagi.
Perbuatan jijik si ‘Aning’ tadi menyebabkan kanak-kanak malang itu muntah dan mengeluarkan cecair busuk berbau najis.
Timbalan Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Superitendan Tan Ah Chua yang dihubungi akhbar tersebut mengesahkan kejadian itu.
Menurut beliau, selepas kejadian tersebut ,nenek mangsa terus menghantar wanita itu ke ejennya semula.
Tambah Tan, “Bertindak atas laporan, kami menahan pembantu rumah berusia 42 tahun berasal dari Indonesia di pejabat ejen pembantu rumah dan kes disiasat bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.”
Isu Semasa
BALI – Kegembiraan seorang wanita untuk mengambil gambar selfie dengan seekor monyet bertukar menjadi sebaliknya apabila monyet itu menarik rambutnya.
Kejadian itu juga membuatkan wanita itu yang juga seorang pelancong dan monyet tersebut sama-sama terkejut dan terpinga-pinga dengan mulut masing-masing ternganga.
Beberapa keping gambar selfie yang tidak menjadi itu kemudiannya dimuat naik dalam Reddit oleh seorang pengguna dikenali sebagai ThatGuy1331.
Gambar itu memaparkan wanita tersebut tersenyum riang kerana dapat berselfie dengan monyet tersebut sebelum binatang itu menghulurkan tangan dan menarik rambutnya.
Manakala gambar terakhir menunjukkan wanita itu dalam keadaan amat terkejut, seolah-olah melihat hantu dan cuba melepaskan diri.
Beberapa pengguna Reddit telah memberikan komen terhadap gambar tersebut.
“Jika anda senyum dan menunjukkan gigi kepada monyet, ia menunjukkan tanda anda bersikap agresif terhadap binatang itu.
“Jika anda mahu senyum, maka anda harus bersedia untuk berlawan dengan monyet tersebut,’’ demikian antara komen yang ditulis pada gambar berkenaan.
Pelbagai
Mulai 1 Januari ini, restoran makanan segera terkenal seluruh dunia, Mcdonald dikhabarkan akan menghentikan penjualan kepada pelanggan yang mengalami berat badan yang berlebihan.
Perlaksanaan yang dikira agak sedikit bias ini sebenarnya adalah bertujuan untuk menyedarkan pengguna yang mengalami masalah obesiti dan ia mungkin dilihat hanya berkuat kuasa di negara Uncle Sam buat masa ini.
Menurut mereka, kadar obesiti di Amerika Syarikat meningkat dua kali ganda sejak dua dekad lalu dan ia menjadi masalah kesihatan yang semakin serius kerana lebih dua pertiga daripada penduduknya mengalami tersebut.
Menurut laporan, mulai 1 Januari 2015 pihak Mcdonal tidak lagi melayan pelanggan yang mempunyai berat lebih daripada 77kg untuk wanita manakala 111kg untuk lelaki.
Walaubagaimanapun, sukatan bagi kanak-kanak pula adalah berbeza kerana ia bergantung kepada umur dan ketinggian.
Pihak Mcd melaksanakan sistem penimbang seperti gambar di bawah, setiap pelanggan harus berdiri di atas penimbang semasa membuat pesanan.
Global
Semalam, beberapa blog tempatan telah menyiarkan foto menunjukkan adegan pergaduhan antara Liza Abdullah dengan Tunku Hanis di satu lokasi yang tidak diketahui.
Kononnya, kedua-dua pelakon ini berperang besar hingga terpaksa ditenangkan oleh orang ramai.
Foto tersebut secara tak langsung mengundang pelbagai komen daripada netizen termasuk kritikan negatif yang mengaitkan para artis dengan perangai buruk.
Namun hakikatnya, ia hanyalah babak lakonan dalam sebuah drama melibatkan kedua-dua pelakon itu!
Perkara itu dijelaskan sendiri oleh Tunku Hanis menerusi Murai.com yang memberitahu, dia agak terkejut dengan penyebaran foto itu.
“Bukan sahaja terkejut malah saya rasa kelakar pula sebab saya dan Kak Liza memang sangat baik dan memang ketika itu saya suruh Kak Liza berlakon seperti kami bergaduh betul.
“Tak mungkin saya nak bergaduh dengan dia, saya hormat dirinya sebagai seorang pelakon hebat dan senior,” katanya.
Hai, tak pasal-pasal jadi mangsa fitnah pula..
Tak mengapalah kerana mungkin Tunku Hanis dan Liza boleh berbangga kerana lakonan mereka benar-benar menjadi!
Hiburan
Subscribe to:
Posts (Atom)
Recent Comments