Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » Terkejut Temui Ibu Bapa Angkat Mati Ditetak
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post



SUNGAI PETANI, 25 Nov: Seorang pekerja kilang yang mahu melawat ibu bapa angkatnya ketika waktu makan tengah hari terkejut apabila menemui kedua-dua mereka ditikam sehingga mati hari ini.

Pekerja yang berusia 20 tahun itu telah ke rumah mangsa di Taman Budara, Kuala Ketil di sini pada jam 12 tengahhari hari ini.

Bekas pegawai Jabatan Kesihatan Zahari Yahya, 66, ditemui mati di ruang tamu manakala isterinya, jururawat bersara Salmah Hussein, 61, ditemui mati di dapur.

Kedua-duanya dipercayai telah dibunuh menggunakan senjata tajam setelah dipercayai disamun.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kedah ACP Mohd Nashir Ya mengesahkan kejadian itu ketika dihubungi oleh media.

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments