Salah seorang dari mereka, yang dikenali sebagai Harun,49 berkata, kira-kira jam 6.30 pagi semalam dia menyedari ternampak sesuatu seperti ikan yang besar berdekatan dengan pantai dan mendekatinya untuk melihat dengan lebih dekat
"Apabila saya melihat objek itu adalah ikan lumba-lumba, saya menelefon seorang rakan dari Jabatan Hidupan Liar untuk mengambil bangkai tersebut," katanya.
Orang ramai yang berkumpul untuk melihat mamalia tersebut mengambil kesempatan menangkap gambar dan berselfie sebelum ikan tersebut diambil oleh pegawai dari Jabatan Hidupan Liar yang tiba di tempat kejadian lebih kurang jam 10 pagi.
Melihat dari ciri-ciri pada ikan tersebut, pegawai tersebut menyatakan ikan lumba-lumba itu adalah dari jenis bottlenose hybrid.
Salah seorang staf dari jabatan tersebut berkata, berdasarkan kecederaan yang dialami oleh ikan tersebut dibadannya, dia percaya haiwan mamalia tersebut telah mencederakan dirinya sendiri di dalam pukat ikan dan mati selepas itu.
"Ia mungkin telah mati sejak malam semalam dan dihanyutkan hingga ke darat oleh ombak pada pagi ini", katanya.
Bangkai ikan lumba-lumba itu kemudiannya diserahkan kepada Institut Penyelidikan Marin Universiti Malaysia Sabah Borneo untuk bedah siasat bagi mengetahui punca kematian.
No comments
Post a Comment