Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » Wanita Pesakit Mental Menyamar Petugas SPR
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post




Tumpat: Seorang wanita berusia 50-an mencuri tumpuan di pusat pengundian awal di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tumpat apabila tampil menyamar sebagai petugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Wanita itu hadir dengan memakai pas SPR yang dikeluarkan pada 2012 dan mengaku bertugas ketika proses pengundian bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Pengkalan Kubor, kira-kira jam 12 tengah hari.

Difahamkan, wanita itu sudah berada di pusat itu sejak jam 11.30 pagi dan kehadirannya disedari pegawai SPR bertugas apabila dia turut meminta diberikan dua helai baju-T.

Setiausaha SPR Datuk Abdul Ghani Salleh ketika dihubungi berkata, sebaik wanita berkenaan memasuki pusat undi, kelibatnya diperhatikan pegawai bertugas dan ditahan untuk semakan.

“Wanita itu didapati mengenakan pas dikeluarkan SPR pada 2012 dan pemeriksaan lanjut mendapati dia mengalami masalah mental.

“Petugas SPR bertindak dengan memintanya keluar dari kawasan pusat undi dan kehadirannya tidak langsung mengganggu proses yang bermula sejak 8 pagi hingga 3 petang,” katanya.

Dalam pada itu, seramai 105 pengundi awal menunaikan tanggungjawab membuang undi bagi PRK itu berbanding 109 pengundi berdaftar.

Mereka terdiri daripada anggota keselamatan yang hadir sejak jam 8 pagi manakala pengundi terakhir tiba pada jam 2.20 petang.

Tiga anggota tidak hadir berikutan bertugas di luar kawasan dan seorang bercuti sakit.

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments