Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » Pulau Ketam Dikhuatiri Tenggelam
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post



KUALA LUMPUR - Pulau-pulau di sekitar perairan negeri Selangor kini berdepan ancaman kemusnahan, malah lebih buruk, ia dikhuatiri akan terus lenyap daripada peta dunia akibat terdedah kepada hakisan ombak berikutan kemusnahan besar-besaran hutan paya laut yang sebelum ini melindunginya.
Dalam tempoh 20 tahun lalu, hutan paya laut seluas 6,424 hektar di perairan Selangor iaitu hampir seluas 16,060 buah padang bola, telah musnah ekoran pembangunan rakus dan kegiatan sindiket mencuri pokok bakau.
Enam buah pulau yang dikesan bakal lenyap akibat mengalami hakisan teruk itu ialah Pulau Ketam, Pulau Klang, Pulau Che Mat Zin, Pulau Tengah, Pulau Selat Kering dan Pulau Pintu Gedong.
Daripada kesemua pulau tersebut, hanya Pulau Ketam didiami kira-kira 5,000 penduduk.
Penyelidik Program Geoinformasi Bahagian Perhutanan dan Alam Sekitar, Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM), Hamdan Omar mendedahkan, enam pulau tersebut tidak mustahil akan lenyap ekoran hakisan selepas hutan paya laut yang selama ini menjadi pelindung pulau-pulau itu musnah.
"Kajian mendapati keluasan hutan paya laut di perairan Selangor pada tahun 2010 hanya tinggal 22,530 hektar berbanding 28,954 hektar pada tahun 1990.
"Penyusutan hutan paya laut dalam tempoh 20 tahun di kawasan tersebut dikesan sebanyak kira-kira 22 peratus," kata beliau ketika ditemui Kosmo! baru-baru ini.


-Kosmo

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments