Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » Pengarah Studio Astro Awani Maut Digilis Treler (8 Gambar)
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post




KUALA LUMPUR, 23 Sept (Bernama) -- Pengarah Studio Astro Awani, Ilancheliyan Adaikalam, 49, maut dalam satu nahas jalan raya di Bulatan Segambut di sini, Selasa.

Dalam insiden pukul 1.36 tengah hari, mangsa mati di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala setelah digilis sebuah treler.

Pegawai Siasatan dan Perundangan Trafik Kuala Lumpur, DSP S.Markandan berkata motosikal yang ditunggang Ilancheliyan dipercayai bergesel dengan treler terbabit menyebabkan mangsa terjatuh di atas jalan raya.

"Ketika kejadian, mangsa dalam perjalanan ke tempat kerja manakala treler itu dalam perjalanan dari pusat bandar menuju Selayang," katanya ketika dihubungi BERNAMA.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Selayang untuk bedah siasat.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. - BERNAMA

Mangsa banyak dalam liputan berita-berita penting di Astro Awani seperti MH17 dan MH370. Takziah diucapkan kepada keluarga mangsa dan juga mereka yang mengenalinya 







About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments