Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » Pegawai Polis Perkosa Suspek Kes Curi Ketika Sedang Tidur di Balai Polis Petaling
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post



Kuala Lumpur: Seorang pegawai polis ditahan kerana disyaki merogol seorang wanita yang juga suspek kes curi barangan di sebuah pasar raya di ibu negara, kelmarin.

Dalam kejadian jam 3 pagi wanita berusia 19 tahun itu dipercayai ditahan bersama teman lelakinya di sebuah rumah oleh suspek. 
Menurut sumber, suspek dipercayai membawa mangsa ke biliknya di Balai Polis Petaling, di sini manakala teman lelaki mangsa dikatakan ditahan di lokap. 

Sumber memberitahu, sebaik tiba di bilik suspek, mangsa diarahkan baring di sofa di pejabat suspek sebelum mangsa dikatakan dirogol ketika tidur.

“Mangsa membuat laporan polis mendakwa dirinya dirogol suspek jam enam pagi selepas dikatakan tertidur,” katanya.

Sumber berkata, suspek kemudian bertindak membawa suspek keluar daripada pejabatnya dan menghantar mangsa ke sebuah pasar raya sejam selepas kejadian. Difahamkan mangsa yang kini dalam keadaan trauma telah dilindungi serta diletakkan di bawah penjagaan Bahagian Siasatan Seksual, Penderaan dan Kanak-kanak Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur. 

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments