Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » Benar Atau Tidak Bayi Ini Menderita Digigit Semut ‘Charlie’?
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post


Sejak kebelakangan ini imej seorang bayi dengan wajah mengerikan tersebar di laman sosial.
Dikhabarkan, bayi ini merupakan mangsa gigitan semut Charlie atau di negara ini biasa dipanggil semut semai atau semut kayap.
Semut jenis ini yang banyak terdapat di negara lembab beriklim panas tropika termasuk Malaysia amat berbahaya kerana bisa dikeluarkannya boleh menyebabkan sakit kulit yang amat serius.
Walau pun bahaya semut Charlie adalah benar, namun pemeriksaan kami mendapati terdapat kesalahan fakta pada berita yang disebarkan ini.
Pertama, semut Charlie tidak menggigit atau menyengat. Sebaliknya ia mengeluarkan cairan berbisa apabila rasa terancam ketika bersentuhan dengan sesuatu permukaan seperti kulit manusia.

Cairan ini amat berbahaya kerana mampu jadi penyebab sakit kulit yang dahsyat, malah ia mempunyai tahap keracunan 12 kali lebih tinggi daripada bisa ular tedung!
Oleh sebab itu jangan sesekali menampar atau memicit semut Charlie jika ia merayap pada kulit sebaliknya tiup hingga ia jatuh atau ambil serangga ini secara hati-hati tanpa menggunakan jari secara langsung.
Semut Charlie biasanya terdapat di kawasan pertanian terutama bendang, ladang kacang soya, padang dan hutan. Namun bagi sesetengah penuntut universiti, mereka tentu mengetahui tentang semut ini yang ada kalanya mengunjungi mereka di kampus.
Dan satu lagi fakta yang perlu diketahui, semut Charlie sebenarnya bukanlah semut tetapi sejenis KUMBANG.
Kembali kepada kisah bayi digigit semut Charlie yang tersebar, ternyata dakwaan ia digigit tidak benar kerana serangga ini tidak menggigit.
Kedua, rupa bayi ini pada kami lebih menyerupai sejenis penyakit kelainan genetik yang diperturunkan dalam keturunan iaitu neurofibroma.
Sebagaimana kita sedia maklum, sudah banyak kes cerita tidak benar disebarkan di media siber menggunakan gambar yang diceduk dari luar negara.

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments