Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » Bekas Pelakon Kanak-Kanak Bollywood Jadi Pelacur
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post


Mumbai – Bekas bintang filem kanak-kanak Bollywood, Shweta Prasad telah ditangkap dalam serbuan polis selepas terlibat dalam bidang pelacuran.
Shweta, 23, mengaku membuat pilihan yang salah dalam hidupnya dengan menjadi pelacur.Dia ditangkap di Hyderabad pada Ahad lalu, dan turut sama ditahan dalam serbuan itu ialah seorang ahli perniagaan Mumbai.
Shweta terkenal selepas menjadi pelakon utama dalam filem Makdee yang diterbitkan pada 2002 ketika berusia 11 tahun. Dalam filem itu, Shweta menjadi kanak-kanak yang ditangkap oleh ahli sihir.
Dia juga berjaya menggondol anugerah pelakon kanak-kanak terbaik bagi filem berkenaan.
Shweta ditahan di Hyderabad pada Ahad lalu. Dalam kenyataannya kepada polis, dia mengaku menjadi pelacur selepas tidak mendapat tawaran filem hingga menyebabkannya kehabisan wang.
“Ia merupakan pilihan yang salah yang dibuat untuk wang. Keadaan ini disebabkan kesukaran untuk saya meneruskan kehidupan seharian tanpa wang.
“Apabila ada orang yang menggalakkan saya menjadi pelacur, saya melakukannya kerana wang. Terdapat ramai pelakon wanita yang bergelut dalam industri perfileman dan menjadi pelacur,’’ katanya.
Polis bagaimanapun menyifatkan Shweta sebagai mangsa dan telah dihantar ke rumah pemulihan.
Dalam masa sama individu yang telah mengekspoitasinya dengan menjadikan Shweta sebagai pelacur juga ditangkap.
Shweta sebelum ini turut membintangi beberapa filem termasuk Kahaani Ghar Ghar Ki.

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments