Kami yakin, snek jagung Binbin ini antara jajan kegemaran kebanyakan kita semasa kanak-kanak.
Setelah sekian lama terlupa tentangnya secara tiba-tiba imej snek Binbin hangat dikongsikan di laman siber sejak akhir-akhir ini.
Ia berpunca daripada dakwaan seseorang yang menyebarkan hasil ‘eksperimen’ yang dilakukannya sendiri lalu mendakwa snek Binbin ini diperbuat daripada bahan plastik.
Cara eksperimen dilakukan individu ini cukup senang, dibakarnya snek jagung Binbin kemudian apabila ia terbakar dan mengeluarkan bau tidak enak ia dianggap sebagai bahan plastik.
Mujurlah, ramai orang Malaysia yang belajar Sains, Biologi dan Kimia membetulkan semula hasil eksperimen yang agak terpesong ini.
Sesungguhnya sebagai makanan yang juga mempunyai unsur karbon maka bukanlah sesuatu yang pelik apabila makanan boleh terbakar dengan mudah. Dan sudah adat, jarang sangat benda terbakar nak berbau wangi kan?
Apa-apa pun, diharapkan semua pihak akan lebih berhati-hati sebelum membuat sebarang perkongsian selepas ini. Pastikan ia betul-betul tepat baru sebarkan. Kalau tak yakin, katakan ia belum tentu sahih.
Kalau tidak, siapa yang malu? Kita juga.. -
No comments
Post a Comment