Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » Nelydia Nafi Diri Dikongkong Qi Razali
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

Sebolehnya dia mahu menjaga hati sang kekasih. Namun, dalam memelihara hubungan yang terjalin tidak bermakna dia membenarkan teman lelakinya mencampuri urusan kerja.
Bagi pelakon berbakat, Nik Zaris Nelydia Senrose Nik Sen (Nely), 20, apabila di dalam sesuatu perhubungan pasangan harus tahu batas pergaulan atas tiket percaya.

“Segala keputusan menerima sesebuah tawaran adalah keputusan diri saya sendiri. Dia (Qi) tidak pernah melarang dan saya juga tidak pernah membabitkan dalam soal kerja saya. Setiap tawaran yang saya terima adalah keputusan yang dibuat sendiri, namun tidak pula membelakangkan keluarga dan juga Qi. 

“Satu sudut lain pula, apa jua maklum balas sama ada buruk atau baik yang diterima daripada peminat berhubung lakonan saya, saya akan bertanggungjawab sepenuhnya,” katanya yang hampir satu setengah tahun menjalinkan hubungan dengan pelakon serta pengacara, Qushairi Mohammed Razali atau Qi Razali, 37.

Sepanjang berhubungan dengan kekasih hatinya itu, akui Nely mereka jarang bercakaran. Ini kerana dia meletakkan rasa hormat yang begitu tinggi pada Qi, selain lelaki itu sendiri menghormatinya sebagai seorang wanita.
“Qi seorang lelaki yang bercakap lembut dan sangat menjaga butir bicaranya sekalipun sedang memperkatakan soal yang kurang menyenangkan hatinya.

“Dia matang dan selalunya akan menyelesaikan masalah dengan cara yang berhemah. Kerana itu saya selesa dan menghormatinya,” katanya. 

Pernah sekali hubungan mereka memuncak rasa cemburu, apabila foto intim Nely bersama aktor kacak, Sharnaaz Ahmad semasa promosi drama bersiri, Bukan Kerana Aku Tak Cinta, menjadi bualan ramai khususnya di laman sosial sehingga mengusik hati Qi. 

Dalam satu laporan gosip, Qi tidak senang dengan perihal itu dan mula mengongkong Nely. Ramai berpendapat, Qi sepatutnya lebih memahami kerana beliau juga bergelumang dalam arena yang sama. 

Dakwaan itu disangkal oleh Nely, malah dia mempertahankan kekasihnya dengan mengeluarkan kenyataan selain keluarganya, Qi adalah tulang belakang dalam kerjayanya. 

“Qi sentiasa menyokong apa juga keputusan yang dibuat. Malah dia tidak pernah menghalang impian saya menjadi seorang pelakon. Qi juga akur tentang perjalanan kariernya yang masih jauh. 

“Tetapi saya nafikan dalam hubungan cinta pasti ada disulam cemburu, tetapi bukanlah cemburu buta atau yang tidak munasabah. Perasaan cemburu adalah normal bagi hubungan percintaan bagaimanapun perkara tersebut hendaklah diselesaikan cara baik dan kompromi,” katanya. 

Dalam menjayakan sesuatu watak, Nely berkata, dia perlu melakonkan watak dengan baik dan mengikut kehendak skrip. Sebolehnya, dia ingin menjiwai watak yang dilakonkan serta tidak mahu menyusahkan ramai pihak terutamanya produser, pengarah serta pelakon yang terbabit. 

Adegan mengusap perut sendiri seperti mengandung, aksi intim bersama Sharnaaz Ahmad antara adegan-adegan yang baginya amat sukar. Namun ia perlu dilaksanakan bagi memenuhi tuntutan watak di dalam sesebuah drama sekali gus memberikan yang terbaik kepada setiap watak yang diamanahkan. 

“Buat masa sekarang hubungan saya boleh dikatakan dalam hubungan cinta yang matang. Qi amat menyenangkan kerana mempunyai sifat berdikari, matang dan amat menyenangkan saya.

“Dalam hubungan ini, apa yang saya mampu katakan saya tidak akan menolak jodoh dengan Qi jika ditakdirkan tuhan. Saya masih muda banyak lagi yang perlu ditempuhi dalam selok belok kehidupan. Saya serahkan semuanya kepada ketentuan takdir,” katanya. 

Penuntut jurusan psikologi di Kolej Universiti SEGI itu juga bersyukur hubungannya bersama Qi masih seperti biasa dan direstui oleh keluarga masing-masing. 

Menerusi satu wawancara sebelum ini, Qi pernah mengeluarkan kenyataan bahawa dia tidak pernah menghalang impian Nely semata-mata melebihkan perasaannya sendiri.

Malah, mereka berdua amat memahami komitmen masing masing dan sedikitpun tidak pernah mengongkong kerjaya teman wanitanya itu selain berharap Nely terus mempunyai masa depan yang cerah dalam bidang lakonan kerana gadis itu mempunyai bakat yang besar.

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments