Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » Ibu Kelar Leher Bayi Baru Lahir, Kemudian Ke Kelab Malam
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post


JERMAN – Bimbang kehidupan bebasnya termasuk hubungan seks akan terjejas, seorang gadis bertindak kejam dengan mengelar leher bayi yang baru 30 minit dilahirkannya, sebelum dia pergi berlibur di sebuah disko.
Gadis itu, Nadine Koenig, 20, dari Regensburg, telah  membunuh bayinya itu dengan pisau kerana bimbang kehidupannya akan terganggu dengan kelahiran bayi tidak berdosa tersebut.
Perkara itu didedahkan oleh pendakwaraya  dalam perbicaraan kes bunuh terhadap gadis berkenaan.
“Awak bimbang kehidupan sosial dan hubungan seks awak akan terjejas dengan kelahiran bayi itu, menyebabkan awak tidak dapat berfikir dengan betul dan bertindak kejam,’’ kata pendakwaraya Ulrike Klein.
Nadine yang menyembunyikan kehamilannya daripada ibu bapanya, telah melahirkan bayi tersebut di rumahnya, pada bulan Februari tahun lepas.
Selepas membunuhnya, dia membuang mayat bayi itu berhampiran Danube. Setelah Nadine ditangkap, ibunya, Kerstin, 44, membunuh diri.

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments