Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » Wanita Baling Kasut Ke Arah Hillary Clinton
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post


LOS ANGELES Seorang wanita menyerbu melepasi kawalan keselamatan dan membaling kasut ke arah Hillary Clinton di Las Vegas tetapi tersasar dan bekas Wanita Pertama Amerika Syarikat itu berseloroh mengenai kejadian itu.
Wanita itu bertindak sedemikian ketika Clinton berucap pada pertemuan Industri Kitar Semula Sisa Pepejal (ISRI).
Clinton yang dikatakan bakal calon Demokrat untuk pilihan raya president 2016, mengelak ketika kasut itu melayang pada paras kepala di sebelah kiri beliau.
“Apakah itu, kelawar?…Apakah ada orang melempar sesuatu kepada saya?” kata Clinton pada mulanya.
Selepas kembali tenang beliau menambah: “Apakah ini sebahagian daripada Cirque du Soleil?” — merujuk persembahan tarian akrobatik di Begas.
“Saya tidak tahu pengurusan sisa pepejal begitu kontroversi. Nasib baik beliau tidak pandai bermain bola lisut seperti saya,” katanya menyebabkan hadirin ketawa.
Wanita berambut perang itu segera diiring keluar dari dewan dan ditahan. – AFP

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments