Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » Murid Tahun Lima Diterajang Cikgu Hingga Pengsan Dan Muntah
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post


Kuala Terengganu: Sudahlah disepak, seorang murid tahun lima mendakwa dipijak gurunya bertubi-tubi sehingga pengsan dan muntah di surau sebuah sekolah rendah di daerah ini, kelmarin.
Dalam kejadian jam 1.20 petang, mangsa, Wan Luqman Al Hakim Wan Omar, 11, dikatakan bergaduh dengan rakan yang mengejek nama bapanya dan pergaduhan itu disedari guru lelaki terbabit yang ketika itu berada di kawasan surau. 
Guru terbabit yang naik hantu dikatakan bertindak luar dugaan apabila menyepak kepala mangsa hingga dia jatuh sebelum memijaknya sehingga pengsan. 

Bapa mangsa, Wan Omar Wan Mohammad, 43, berkata, kejadian itu disedari anak saudara perempuannya yang bergegas ke rumahnya bagi memaklumkan kejadian itu.

Katanya, dia yang panik segera ke sekolah dan mendapati anaknya sudah lembik, terbaring dalam pejabat guru besar akibat dibelasah guru muzik terbabit. HM

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments