DINDING Wall of Hope yang diconteng individu tidak tahu adab dengan perkataan `royalti milik kelate’.. |
KUALA LUMPUR – Tidak tahu adab dan tidak sensitif – mungkin itu yang boleh disimpulkan terhadap individu yang menconteng dinding Wall of Hope dengan ayat “ Royalti Hak Milik Kelate”.
Ini kerana dinding tersebut disediakan untuk menzahirkan doa dan harapan rakyat supaya pesawat MH370 yang hilang sejak 8 Mac lalu ditemui segera.
Kejadian tersebut dipercayai berlaku di sebuah pusat beli-belah di Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur.
Gambar contengan tersebut bersama dua lelaki telah mula tersebar di media-media sosial sejak semalam dan menerima kritikan banyak pihak kerana ia dilihat tidak kena pada tempat.
Misteri kehilangan pesawat milik Malaysia Airlines Bhd. (MAS) sejak 15 hari lalu dianggap sebagai krisis nasional yang mana semua rakyat bersatu dalam mendoakan supaya pesawat tersebut ditemui dengan segera manakala sebarang tindakan yang mengaitkannya dengan isu politik adalah tidak wajar.
Malah aktivis Datin Paduka Marina Mahathir dalam twitternya menyifatkan tindakan pihak tidak bertanggung jawab menconteng dinding tersebut sebagai tolol.-MG
No comments
Post a Comment