Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » CNN datang ke sekolah minta maklumat lampau Zaharie
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post


KUALA LUMPUR – Seorang bekas rakan sekolah Kapten Zaharie Ahmad Shah kesal dengan laporan negatif media asing yang dilihat cuba menyalahkan juruterbang itu dalam insiden kehilangan pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370.
Jalil Saad yang juga Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Penang Free berkata, beliau tidak senang dengan laporan nagatif media asing yang cuba mencari kesalahan Zaharie.
Beliau berkata media asing seperti CNN (Cable News Network) dan Asia Wall Street Journal (AWSJ) datang ke sekolah itu minggu lalu bagi mendapat butiran lebih lanjut tentang juruterbang tersebut.
“Saya beritahu mereka saya tidak setuju dengan laporan mereka sebelum ini terutama CNN yang cuba menggambar imej negatif Zaharie dengan mengaitkannya dengan pengganas,” katanya dipetik Bernama.
Beliau berkata juruterbang itu yang merupakan rakan sekolahnya di sekitar tahun 70-an merupakan seorang yang bercita-cita tinggi dan bekerja kuat untuk mencapai cita-citanya menjadi juruterbang.
“Saya berharap semua media asing tidak membuat spekulasi mengenai Zaharie sehingga siasatan ke atas kehilangan misteri pesawat yang dipandunya selesai,” tambahnya.
Semasa perhimpunan di sebelah pagi, para pegawai, guru dan pelajar sekolah tertua di Asia Tenggara ini yang mempunyai kira-kira 1,045 pelajar bertafakur selama seminit bagi mengingati penumpang dan anak kapal pesawat yang hilang.
Bendera turut dinaikkan separuh tiang.
Pelbagai pihak sebelum ini membantah pelbagai laporan negatif media asing berhubung insiden MH370 termasuk cubaan mengaitkan kejadian itu dengan pendirian politik Zaharie yang juga penyokong Parti Keadilan Rakyat (PKR).
Selain itu, media asing seperti CNN juga memetik kenyataan beberapa individu yang menggambarkan Malaysia sebagai sebuah negara ekstremis selain menuduh kerajaan cuba menyembunyikan fakta mengenai insiden berkenaan. – New Malaysian Post

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments